Friday, July 24, 2009
Ranjis2 di pilis
khemah pengatin betul2 depan rumah, korang abaikan lah pintu pagar yang buruk tu yer
Jiran selang sebuah pada rumah aku ni akan mengadakan kenduri kawin anak perempuan sulong, susah jugak aku nak keluar masuk rumah, kanopi sampai 4 buah, aku dengar belanja rm15k untuk semua tue, kanopi, pelamin, katering, makk oiiii..akui dok terpikir..akan2 datang nak kawin kan anak berapa lah hbis gamaknya, aku ada dua orang anak dara, dah siap pesan kat anak2, korang nak cari bf cari orang kaya tau..boleh minta hantaran mahal2...ha..ha.. kejinya aku..
kanopi untuk pengantin betul2 depan pagar rumah aku, tadi terpaksa alihkan kereta, kalau tak alih macamana nak keluar masuk rumah kan...
Wednesday, July 22, 2009
Kursus lagiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!
btw...aku nak buat biasa2 jer, aku sebolehnya tak nak masuk campur atau ambik tahu, tapi kenapa aku rasa geram dan menyampah, mungkin terpengaruh dengan kenangan silam kot..aku teremosi seketika atau mungkin lantaran jiwa ku yang kacau...membuatkan aku teremosi hu..hu...
Monday, July 20, 2009
Pesan untuk puteri2ku
mama nak korang baca dam ambil sebagai panduan..disebalik kejadian tuhan,ada maksud tersirat yang boleh dijadikan panduan, ini mama jumpa artikel kat internet...tentang fitrah pokok semalu yang korang panggil dengan nama mimosa pudica tue, fitrah yang boleh diadaptasikan dalam kehidupan sebagai seorang perempuan...kisah ini berlaku di zaman rasulullah s.a.w dulu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.. Fatimah terkejut.. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..
Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..
Kedua ~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..
Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul ‘Alamin)..
Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..
untuk alia, get well soon, mama tahu ko stress sebab UPSR tak lama lagi, buat yang terbaik, dan mama sentiasa mendoakan agar kau berjaya.
Tuesday, July 14, 2009
Lemak2 tepu yang degil
so cuba cari alternatif terapi minda supaya yang negatif2 tue dapat aku buang dah 2 hari berturut aku beriadah bersama anak2 di padang, main bola, berjalan cepat,berpeluh sikit, buat permulaan ni, malam2 melepek penat, agaknya sistem badan terkejut tiba2 jer ada kerahan...aku berazam untuk amalkan aktiviti ni setiap petang at least dapat keluar peluh jadilah walaupun tak kurus, padahal keinginan nak kurus tue meluap2..
dalam pada tue aku rasa macam nak tukar profesion tak nak jadi cikgu lagi, jadi pereka grafik ke.., aku cenderung ke arah tue, reka grafik, edit2 gambar, satu kepuasan bagi aku jika dapat menghasilkan imej yang menarik hasil dari kreativiti, aku boleh habiskan masa berjam2 untuk edit gambar walaupun ada kerja lain yang lebih penting menanti aku..he..he...
Monday, July 13, 2009
Reputasi kini menjadi bisu
aku suka banget lagu ni, pencetus semangat aku yang makin kelabu, dan ada part2 dalam liriknya, menggambarkan keinginan dan impian aku dalam hidup. Ingin menggapai bintang, mengharapkan sesuatu yang baru, itulah impian daku....aku perlukan inspirasi ke arah yang lebih positif, tak ada semangat nak kerja, kawan2 baik sorang demi sorang pindah..Berbahagialah buat korang kerana telah bertemu dengan 'situasi' seperti apa yang korang impikan selama ni
Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…
Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
Saturday, July 11, 2009
Keboringan yang terlampau
Meneruskan kehidupan macam biasa, malas dan bosan...btw aku dah booking baju untuk majlis perkahwinan adik aku bulan 11 nanti, dia kata temanya warna purple....cantik giler baju ni, aku rasa macam tak sempat jer nak tunggu bulan 11, aku pakai dulu ler raya nanti he..he.., ntah2 tak sempat raya dah pakai..gi sekolah. Adik ..kalau cek nak tukar tema warna lain pun tak pa..kak lela boleh beli warna lain pulak....so banyaklah baju kak lela..hemmm macam aku pulak nak kahwin
Saturday, July 4, 2009
Back to normal
Semuga aku juga berjaya mendidik anak2 sebaik mungkin...aku risau andai satu masa nanti..bak kata justin timberlake dalam lagunya what goes around comes around
Thursday, July 2, 2009
Hujan di pagi hening
Data yang aku key in jer tak der problem..terus balik rumah....pukul 2.00 ambik anak sekolah..ada parcel untuk aku (tudung online ..cantik giler) singgah pasar tani beli santan, ketupat, buah cempedak. lompat tikam, keropok lekor...chau balik...
terus masak gulai darat udang.....hemmmmm yummy..baunya pun dah sedap belum makan lagi.....tidur sekejap. pukul 5 petang bangun goreng cempedak untuk minum petang, kejap lagi my hubby balik...
sekian adanya entry aku yang boring..
Wednesday, July 1, 2009
Hidup umpama roda
Baju chiffon yang aku beli dan belum sekalipun aku pakai telah rosak, terbakar kena iron, sedih dan lebih ironis lagi aku siap beli tudung untuk macth kan dengan baju tue memang sedondon habis lah....rasa sedih dan terkilan tapi bila fikir balik, mungkin itu satu peringatan yang tuhan beri pada aku...mungkin selama ni aku alpa dan lalai atas nikmat yang tuhan dah berikan pada aku...
Yerlah...bila difikir2 hidup sekarang jauh lebih senang berbanding dulu, rezeki murah, gaji jauh lebih mencukupi berbanding dulu, dapat saving duit tiap2 bulan, tuhan dah beri peringatan supaya aku beringat2 dan tidak lalai, berkongsi rezeki dengan orang lain...tapi untuk berada di tahap ini bukan sekelip mata, dulu2 baru kerja memang susah, walaupun banyak impian dan angan2 nak itu nak ini..tapi tak semua boleh dapat, kena dahulukan yang mana lebih penting, kena korbankan keinginan diri dengan dahulukan keperluan...tapi bila dah makin lama bekerja gaji makin naik, lulus PTK dapat naik greg ke DG32, alhamdulilah, duit bukan jadi masalah lagi, cuma kena perlu beringat untuk simpanan masa tua, insyallah tahun depan akan naik ke gred DG41 pulak, semua rezeki ini untuk anak2. syukur alhamdulilah, terlalu banyak yang tuhan beri, tapi terlalu sedikit aku membalasnya.
p/s btw hari ni beli nasi lemak belanja kawan2 makan....balik sekolah beli bermacam2 kuih muih untuk in laws aku...bak kata adik aku rezeki harus dikongsi dengan orang lain. supaya duit lebih berkat.