Tuesday, September 23, 2008

Aku ni....

- Seorang yang penyayang tapi juga seorang egois.
- Seorang pemaaf tapi tak sesekali melupakan.
- Lembut hati..tapi juga mengungkit.
- Ikhlas tapi mengharapkan balasan..dan dihargai.

Teruk tak aku ni???, aku rasa ia check and balance, kerana kita hidup mesti bertolak ansur dan saling menghargai, kalau terlampau berlembut hati nanti orang tak hiraukan dan fikirkan perasaan kita, mengungkit juga perlu kerana kita hidup atas prinsip..

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan datang lagi..

Dah 17 hari kita berpuasa, syukur alhamdulilah kerana kita berpeluang menyambut ramdhan sekali lagi pada tahun ni, aku sememangnya berazam untuk merebut pahala berlipat ganda pada bulan puasa ni, tapi adakalanya situasi tak mengizinkan buat aku rasa keciwa ...maklumlah ada baby,banyak masa menguruskan dia sahajalah, dengan peel tak mau tido dia tue..buat aku haru biru tapi itu semua alasan..kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..

Selalunya bila bulan puasa ni, kita mesti akan terkenang orang tua kat kampung, macamana lah situasi mereka di sana? Makan apa? bulan puasa macam ni aku paling ingat pada ayah aku, sebelum dia kena stroke dulu, memang ayah kuat makan, kalau bulan puasa ada menu tetap dia, tauhu sumbat dan goreng keledek, wajib ada. kadang2 kita orang bersungut juga, boring asyik kena buat goreng keledek jer, tapi ..mak aku kata mujur juga goreng keledek senang jer nak buat, kalau dia nak makan kuih seri muka ke..lepat pisang ke??? lagi haru..Masuk ramadhan yang ini dah dua tahun ayah berpuasa sejak sembuh dari stroke dia tue, sekarang pun makan dah control tak makan yang berlemak lagi, menu ayah yang utama sekarang sup sayur dan ikan goreng itu saja, ayah pun dah kurus berbanding dulu, dan bila dah kurus nampak sangat wajah dia yang tua..Memang ayah aku seorang yang rajin dizaman sihat dia dulu, ayah rajin meneroka tanah2 terbiar untuk tanam kelapa sawit..sekarang ayah dapat menikmati hasil lumayan dari tanaman kelapa sawit dia tue, sampai dapat upgrade rumah aku kat kampung tue dengan nilai rm49k, by cash. Tapi sayangnya ..zaman senangnya dia dalam keadaan tak sihat..tangan kiri ayah masih tak boleh gerak..mungkin ada hikmah disebalik itu semua.

Ayah aku walaupun garang zaman mudanya, tapi dia seorang yang sangat pentingkan pelajaran, sebab tue lah kami ke enam2 anak2nya semua berjaya, walaupun tak kaya tapi alhamdulilah boleh hidup selesa.Boleh dikatakan hampir semua anak2nya berijazah Ayah aku jenis tak kedekut, kalau dia ada duit..dia akan bagi anak2nya makan yang sedap2, sebab tuelah walaupun kami anak peneroka ..aku dah biasa makan ikan2 atau udang, ketam  yang mahal dan besar2 tue...tapi terhad yang jual kat felda jer lah..he..he..dan setiap kali hari raya satu2nya kakak ipar aku tue yang tak bekerja tue akan dapat duit raya dari ayah..he..he..sebab kami semua berkerja ayah tak bagi duit raya, tapi cucu2 dia yang 14 orang memang dia bagi banyak..bayangkan kalau sorang dapat rm20.

Entah kenapa aku ingat sangat pada orang tua kat kampung especially ayah aku, seorang yang pendiam, tak banyak cakap, sayang semua anak2 dan menantu2. aku bangga punya ayah dan mak seperti mereka berdua, walaupun hanya orang kampung, peneroka felda saja ..tapi aku bangga!

Thursday, August 28, 2008

i'm back!!!!

Lama betul aku tak update blog, tak ada apa cerita menarik yang nak dikongsi bersama, cuti sekolah balik kampung, kelantan dan pahang, sepanjang cuti ada kat kampung, tengok orang tua yang semakin uzur, macamanalah hari tua aku nanti..., tengok kedua mertua aku lagi kesian, uzur kedua2nya, anak2 semua jauh.
Orang tua aku pulak..nasib baik anak2 ramai, ada 6 orang, ada yang bekerja dekat dengan rumah, dan mujur juga ada jiran2 yang boleh menolong jika terdesak,
mak aku.., dah tak berapa sihat, kalau lepas memasak mesti dia akan tidur keletihan, lepas sembahyang zuhur dia tidur, pukul 4 petang bangun makan. Tapi walaupun macam tue dia tetap aktif kesana kesini ajar orang mengaji, marhaban dan berzanji, malam2 pulak ajar anak2 atau cucu2 jiran mengaji. Memang mak tak tahu penat, Muga Allah berikan mak ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Hari ni kat sekolah ada majlis hari kemerdekaan..first time aku rasa macam happy, walaupun aku macam ni, tapi sebenarnya aku ni seorang yang patriotik...dan aku sangat kagum dengan semangat patriotik allahyarham sudirman, satu2 lagunya yang amat meresap sanubari aku ialah lagu 'warisan'. lagu ni aku hafal dari zaman sekolah rendah lagi, guru kelas aku yang ajar kita orang lagu ni....sampai sekarang aku masih ingat melodi dan liriknya, memang berkesan dan menyentuh jiwa, Walaupun tadi aku jadi hakim bagi pertandingan koir lagu2 merdeka...bila group yang nyanyi lagu ni..aku pun turut sama nyanyi he..he....memang aku bagi markah yang banyak untuk kumpulan tue..menang pun dia orang...

Aku bukanlah seorang perwira..
Gagah menghunus senjata..
Namun aku rela berjuang..dengan cara sendiri ini..
Demi cinta ini....


Seronok aku hari ni..menyanyi lagu kemerdekaan sambil2 kibar bendera, masa majlis penutup..nyanyi ramai2..sedar tak sedar aku dah ada atas pentas.., yati lah ni tarik tangan aku..naik pentas untuk nyanyi ramai2 sama gb dan gpk2, pibg, hemmm...nak bodeklah tue he...he...

Oklah nanti sambung lagi, btw, my hubby dah tau ada blog ni, aku sebenarnya bukan nak rahsiakan pada dia pun.., dan aku tak kisah pun kalau dia tau..setengah orang persepsi atas blogger berlainan, tapi bagi aku bergantung atas niat masing2..untuk apa kita create blog??? untuk kepuasan, atau luahan perasaan?? untuk bisnes???..terpulang!!!! ..bagi aku, tujuan nak berkongsi cerita dengan kawan2, satu bentuk luahan perasaan...dan aku rasa bagi sesiapa yang menceburi bidang IT dan ada asas dan minat yang kukuh dalam bidang ni..mesti paling tidak ada satu blog atau pun laman web sendiri..tak percaya cakap aku??? cuba tanya rakan2 sekeliling anda!!!

Wednesday, August 6, 2008

Cuti - cuti Malaysia

Last week aku bersama anak2 gi melaka, saja jer nak pergi tengok tempat aku belajar dulu, dah banyak perubahan, tapi agak frust jugak tak sempat nak bawak anak2 tengok maktab perguruan aku dulu, masa suntuk sangat, lagipun cuaca panas giler buat aku tak berapa ada mood nak berjalan.

Aku plan nak pergi melaka lama dah, ingat nak ajak ipar duai aku sekali, tapi sebab ada personel problem tak jadi...tak payah aku sebut pasal problem tue, sangat sensitif nanti ada yang terasa pulak..

Aku sekarang ni dapat penyakit 'M' (malas) malas serba serbi, agaknya kebosanan dan keboringan aku dah sampai tahap mega...so ..aku jadi malas, hidup macam kosong ajer, nak pergi kerja malas,nak bangun pagi malas, macam orang dah putus harap, aku tak tahu kenapa????? bosan duduk KL sebenarnya..baik duduk kampung atau pinggir bandar, aku rindu betul suasana hijau macam kat Bentong dulu, dikelilingi bukit, kalau pagi2 bukit bukau tue kelihatan berkabus jer..sejuk mata memandang, Kat KL ni saban hari tengok hutan batu, dan jalan yang jem, keta yang banyak...uwaaaa tensen2..tambah pulak aku duduk pandan indah, kata orang master of the jem, jalan kat situ...
oklah aku cau dulu sebab aku bosan...

Tuesday, July 22, 2008

My Assistance




Ini penolong ketua kelas, merangkap pembantu aku, comel tak??? Nak kata murid kesayangan, semua anak murid aku sayang, cuma sebab dia penolong aku maka aku rajin jugak melayan dia, dia lah murid yang aku harapkan untuk jaga kelas, tolong ambik buku hatta tolong ambik bungkusan nasi kat kantin pun aku suruh dia juga he..he...
Dia ni ada iras pelakon indonesia..aku lupa lah nama pelakon tue.
Kat belakang tue nampak background budak meniarap he..he..kau orang jangan salah faham, dia orang menulis di papan hitam sambil meniarap, ni dah buat macam rumah sendiri, lantai tue pekerja selalu mop, bersih lah jugak, cuma ada sorang dua budak yang degil curi2 pakai kasut dalam kelas.

Thursday, July 17, 2008

Tinggal 3 beranak

Petang ni my hubby balik Kota Bharu naik air asia, balik sebab my MIL nak pindah rumah, emm rumah baru dah siap kat Pasir Mas tue..so my hubby kena balik uruskan mana2 yang nak dipindahkan, aku...tak tau lagi nak balik kg aku atau tak...aku not in mood..., rasa nak rest jer kat rumah, tapi alia ada camping kat sekolah, alissa pulak ada kem bestari solat..kalau balik kg aku best gak dapat makan durian...tapi balik rushing..tak sempat buat apa2, borak2 sembang2 ngan ayah dan mak dah kena balik KL balik

Wednesday, July 9, 2008

Family trip ke cameron

Last saturday, aku ajak adik2 ipar dan biras aku bercuti ke cameron, aku support untuk apartment, rm250 kat Brincang, aku punya plan..aku lah kena bayar, kalau ikutkan my hubby, nak pergi kita orang jer, dia kata susah nak pergi ramai2, nak arrange, satu lagi dia takut nanti adik2 dia pokai..., bagi aku pulak lainn..aku suka bercuti ramai2 dengan adik beradik, boleh sembang2 habiskan masa bersama,sebab untuk selalu berkumpul bukan senang, semetelah adik ipar aku yang sorang ni seumur hidup tak penah pun jejak kaki ke cameron, kerja kilang jer..dia dan wife dia pulak (OKU) tak boleh mendengar dan bercakap.., kesian pulak, bagi aku bila kita ada rezeki lebih apa salahnya kita berkongsi, mudah2an tuhan murahkan rezeki kita, aku juga pernah melalui zaman2 sukar dengan hutang keliling pinggang, nama dah kena blacklist dengan bank, surat saman tuntut hutang bersilih ganti sampai..., sekarang ni alhamdulilah aku boleh menarik nafas lega, gaji aku juga ada berbaki setiap bulan.So tak salah untuk aku berkongsi dengan orang lain...diam2 aku pun ada hulur duit minyak kat adik ipar aku, sekarang ni minyak mahal..suami aku tak tahu pun, balik KL baru aku cakap..aku ada bagi adik dia RM100 untuk minyak...

Family aku????, teringin jugak nak ajak dia orang berkumpul buat gathering, tapi masing2 duduk jauh, nak arrange pun payah, tambah masing2 dah kaya, lagi lah banyak songeh..he..he..tapi aku rindu jugak kat dia orang, lama dah tak jumpa dan borak2, sampai kadang2 berdetik kat hati aku, semenjak kawin ni life aku dah banyak tertumpu pada adik beradik suami..tapi bila pikir2 balik..redha ajerlah mengenangkan suami aku anak sulung, dan dalam family dia, dia lebih educated, menjadi harapan mak dan ayah untuk tengok2kan adik2 dia..Nasib baik adik aku zairol dok kat PJ,boleh juga jumpa..

Untuk gambar2 kat cameron highland boleh tengok kat www.mydodoi.wordpress.com