Akhirnya setelah lama menunggu untuk pakai streamix dapat juga..yang jadi lambat tue, sebab tak ada port, agaknya kat Kl berlambak orang pakai streamix..tu masuk waiting list..punyalah lama, nasib baik hubby aku ni rajin pergi hunga..hunga..kat TM ..telefon sana sini, rajin buat follow up, hubby aku ni memang kaki komplen, kalau dia tak puas hati, sound direct jer..so bila dapat tau dah ada port, so my hubby pergi Low yat cari modem untuk wireless, beli Belkin 4 in one RM 190, balik rumah dia cuba nak buat sendiri, tengok2 cina low yat tue tersalah bagi, yang ada router jer, modem tak ada, malam2 tu jugak pergi Low Yat..tukar, balik rumah, dia cuba lagi..telefon toll free Belkin Company, untuk guide macamana nak buat configuration..uii tak sangka staff tue memang dari Negara India, puas hubby aku nak faham speaking mamat tue..aku pun heran apasal suami aku bercakap kat telefon bukan main kuat lagi..agaknya mamat tue tak faham slang english dia, dan mamat india tue tak faham slang english suami aku he..he.., tapi setelah berhempas pulas tak berjaya jugak..configuration done, tapi internet tak2 dapat,
Terpaksalah panggil adik aku..untuk pasang wireless streamixx ni, sebab zairol dah biasa pasang untuk kawan2 dia..
Dah ada wireless, senang sikit, mana2 kat area rumah leh online, next year nak kena buat projek multimedia..tue yang aku nak sangat pakai wifi ni..sebelum ni guna ezynet yang mahal giler..terkejat aku bil baru2 ni mencecah rm200, pakej yang aku ambik ni unlimited rm70 sebulan, kira oklah..
Saturday, December 20, 2008
Tuesday, December 16, 2008
Hidup perlukan Pengorbanan
Hidup perlukan pengorbanan, dan sejauhmana kah pengorbanan itu dihargai,kalau kita mengharapkan seseorang itu berkorban untuk kita...,apakah yang perlu kita lakukan untuk memuaskan hati orang yang melakukan pengorbanan..bagi aku yang penting memahami..kerana hidup perlu ada give and take.., kalau kita merasakan dan mengharapkan orang berkorban untuk kita, maka kita perlu membuat apa yang termampu untuk menggembirakannya..
Saturday, December 13, 2008
Pukul 3 Pagi..........
Aku terjaga pukul 3 pagi, kononnya nak study, tapi sebenarnya aku memang tak boleh nak pejamkan mata pun, pusing kiri pusing kanan..mata tetap tak mau lena, banyak sangat pikir agaknya, pikir pasal nak exam, hari selasa ni exam last paper untuk subjek research method multimedia, susah sikit subjek ni aku risau betul dah lah modul dalam bahasa Inggeris, selalu bila aku tak faham term2 tertentu, aku selalu search guna google.., cari dalam bahasa melayu, sayangnya tak banyak, yang banyak terjemahan adalah dari Indonesia, salute aku kat indon ni..banyak2 betul artikel berkaitan komputer yan dia orang terjemahkan ke dalam bahasa indonesia, Ini lah salah satu kerugian kalau tak mahir bahasa inggeris, yang ini juga aku tekankan pada anak2 aku, supaya belajar bahasa Inggeris sedari awal supaya dia orang dapat kuasai bahasa tersebut dengan baik....
Dan.., yang buat aku sedih tentang salah satu result asignment aku, hari tue aku tak sempat nak siapkan asignment, maklumlah banyak sangat komitment,sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja, masa sangat terhad, tambah ada baby pulak..aku hanya mampu siapkan 2 tugasaan, satu lagi orang lain buat.., yang buat aku frust yang orang buat tue lah aku dapat D+ (lulus di pinggiran) yang 2 lagi yang aku buat sendiri tue dua2 aku dapat A, rasa menyesal sangat kalau aku buat sendiri dah tentu result tak seteruk macam tue,apa nak di kato..!!!! dah lah exam hari tue susah giler..macam nak kena repeat jer paper tue..adehlah sedih!!! Frust!!! Nasi dah jadi bubur.., makan jer lah kan..
Oklah..nak study lah pulak, lepas exam ni..aku plan nak pergi bercuti..yeay!!!!
p/s...selalu tertanya2 siapakah gerangan yang selalu masuk blog aku ni dari Santa Clara, california,????

Wednesday, December 3, 2008
Tetamu yang tak disangka.
Semalam blog aku dikunjungi oleh saudara calipso, antara orang yang mahir dalam blogger ni, korang leh baca komen dia pada entry 'terlajak perahu boleh di undur', bangga gak aku.., dia banyak menulis tutorial untuk blogspot ni..korang boleh tengok..dan lawat blog dia kat link aku kat sebelah kiri tue..kalau korang nak apa2 maklumat untuk touch up blog korang leh tengok kat blog dia...macam2 ada..!!!!!!
Tuesday, December 2, 2008
Maid ..!!!! Mestikah????

Aku tengah pening ni...member aku bagitahu maid dah ada..dia kata agency yang provide maid ni ada connection dengan maid dia, sounds good!!! Macam ok jer, setahu aku bibik dia ok lah setakat ni tip top, dan aku rasa macam ada keyakinan sedikit walau tak sepenuhnya untuk ambik maid ni, bayaran rm3500, dan gaji bulanan Rm450,
pada mulanya nak ambik maid untuk take care in law aku yang uzur tue, tapi aku rasa macam aku juga memerlukan maid untuk urusan rumahtangga mengemas lah terutamanya, basuh baju ok lagi mesin buat, tang lipat baju tue malas bebenor aku.., then aku pikirkan sekarang aku susah betul nak balik kampung, sejak ada izzmi nak drive sendiri tak boleh, izzmi mana boleh lama2..dia boring mulalah tarik baju aku masa dok drive tue..mau terjun gaung kat highway karak tue nanti..izzmi bukan macam budak lain yang boleh duduk diam dalam kereta..
Tapi ada sebab lain juga yang buat aku tak nak ambik maid nih....sebabnya biarlah aku rahsiakan....
Entahlah butiran dah bagi pada kawan aku tue...sebab dia pun tak leh tunggu lama..
bersediakah aku untuk ada orang gaji ni...????
Monday, December 1, 2008
Terlajak perahu boleh di undur...
Kalau terlajak kereta kat jalan KL ni buruk padahnya...Semalam aku ada exam kat Universiti Malaya, start kul 2.00 ptg. Tapi seawal pukul 11 aku dah keluar singgah tesco dulu, untuk beli makanan kat izzmi lepas tu nak hantar izzmi ke rumah pengasuh.Alia dan Alissa ikut aku ke UM, dia orang macam cor-pilot lah, tukang tunjuk jalan he..he.., dah siap2 semua hantar izzmi, borak2 kejap dengan akak tue pukul 12 aku dah gerak ke UM, ini bukan first time aku drive sendiri ke UM dah banyak kali dah..Masa drive aku rasa macam serabut sangat kepala otak aku ni..macam2 benda yang aku fikirkan, ingatkan izzmi, bebel kat alissa (ada ke dia nak ajak anak baby sitter tue ke UM sama) ingatkan karang nak lunch kat mana?? Mula2 everything going smoothly..tapi bila dah sampai area Mid Valley..aku tersalah masuk lorong lain ..termasuk jalan bawah, aku sepatutnya naik lorong kat atas tue..(tuelah KL ni jalan bertingkat2) alia shouted! Mama!!! mama ni nak pergi mana ni??? Mama dah salah ni...Ni jalan nak pergi KL ..bukan Bangsar!!!! Alamak!!! macamana nak buat ni..aku betul2 tak tahu..yer lah kalau jalan kat kg senang2nya leh pusing balik buat U-Turn. Rasa nak menangis pun ada..yer lah kalau sesat selepas exam tak apa. biarlah pusing sampai malam pun...ni sesat sebelum exam, aku ada masa 1 jam jer lagi nih..
Alia kata. alia tak tahu lah mama...jalan kat sini, tak pa kita cari signboard masuk bandar KL ...mujur lah ada alia...sangat2 menghargai pertolongan dia..,dialah yang bagi guide..jalan2 mana dan lorong mana yang aku kena ambik, so makan anginlah kita orang..lalu kat stesen keretapi, masjid negara, dataran merdeka, sogo. Kenapa aku tak telefon my hubby????? Dah telefon dia marah2...so.letak telefon ..usaha sendiri.
Finally..jumpa jalan balik ke rumah aku he..he..and start perjalanan semula ke UM dan alhamdulilah sempat sampai sebelum pukul 2.Terima kasih alia sebab tolong mama, nanti mama belanja makan, cakap jer nak makan apa...Dia kata alia nak Cornetto jer...
Enntahlah aku ni..memang darah gemuruh dan mudah panik, aku susah sangat nak ingat jalan2 kat KL ni..aku takut betul kalau aku berada kat lane yang salah..sebab tue aku akan tanya..lorong mama ni betul ke..??? Di KL ni kalau tak berada di lane yang betul akan membawa kita ke tempat lain, dah tue bila nak tukar lane bukan senang dengan kereta yang bersusun kiri kanan depan belakang..(sebab darah gemuruh dan tak confident lah ambik lesen keta sampai berkali2 baru lulus)Aku bila fikir nak drive jauh2 sikit kat KL ni..aku dah susah hati dah...Mujur juga..kalau tak dah tentu aku tak lekat kat rumah, drive pergi sana sini..he..he..

Subscribe to:
Posts (Atom)