Tuesday, February 17, 2009

Domain percuma

Tadi aku dah berjaya mendapatkan domain percuma dari zonestraits.com, sebagaimana saranan adik sufi untuk refer pada tutorial yang dia dah link kan untuk aku, aku berjaya membuat dengan jayanya tanpa sebarang problem, macam cantik jer.., http://www.walaila.via.my, tapi bila aku save dan view blog aku, semua header yang ada hilang, tinggal background coklat tue jer..ala tak cantik lah pulak, so aku swicth balik ke blogspot, ni nak kena tanya sufi lagi ni...

Saturday, February 14, 2009

Tukar URL dan Template Baru

Walaupun aku suka sangat dengan template lama, sehingga bersusah payah minta bantuan calipso, akhirnya terpaksa juga tukar, template lama yang cantik dan berwarna garang tue selalu bermasalah, untuk aku yang tak berapa pandai nak buat coding, aku dah cuba banyak kali, betulkan code font dia tapi, tak jadi2, asyik error jer, aku pun naik feed up, tukar template.

Untuk memuaskan hati aku lagi.., tukar URL sekali, hurm

Wednesday, February 11, 2009

Hari ni aku naik train...

Naik train pun nak bagitahu orang ke??? memanglah kalau orang yang duduk KL dah biasa dah dengan public transports ni, tapi aku yang baru 3 tahun dok Kl jarang2 naik LRT, Monorail, Rapid KL apa semua ni, maklumlah ada kereta sendiri, tak pun suami aku hantar. Tapi semalam aku kena menghadiri taklimat di PPDKL kat Jalan Hang Tuah. Mulalah aku susah hati, kat KL ni kalau kena berkursus walaupun dalam satu wilayah, tapi tempatnya jauh2, nak pergi pun susah takut sesat barat, kereta pun banyak, jalan pun banyak tambah2 aku ni penakut..so semalam suami aku tak dapat hantar, dia kurang sihat. Aku ambik keputusan naik LRT dari Cempaka ke Hang Tuah...sambil jinjing satu laptop, tapi laptop ni aku dah masukkan dalam beg galas biasa, takut aku nak bawak dalam beg laptop tue, nanti kena ragut ke apa...mampus aku!
Sampai kat stesen Hang Tuah, aku pun tercangak2, macamana aku cross jalan niii,..rasa2 aku ada jejantas..tapi mana pergi...aku naik ke stesen monorail, mana tau ada jalan...tak ada pun.., turun balik, nampak pak cik dok jual karipap....'pakcik boleh tumpang tanya, macamana nak pergi seberang sana'? Maaf buk!! saya baru sini, baru 3 hari, saya ngakk tau" Lorrr!!! Indon rupernya! Cis!. Tak Puas hati naik lagi kat stesen monorail tue, tanya adik yang jual magazines kat kiosk tue...'adik! Boleh tak cross kat sana melalui stesen ni'? Bila dia kata tak boleh, aku pun turun tangga ..then kebetulan nampak sorang amoi pegang payung sedang melintas jalan.
Aku pun tak ada pilihan, beranikan diri untuk melintas jalan, dengan kereta yang banyak dan laju, ni kalau kena langgar dengan laptop sekali nihh!!!he..he.... alhamdulilah berjaya juga melintas denga selamat, Menapak aku dalam 200m, PPDKL ni dulunya adalah tapak asrama sek Victoria Instution, aku juga melalui masjid AL BUkhari yang tersergam indah tue...masjid ni adalah sumbangan jutawan al bukhari yang sangat2 aku kagumi kemurahan hatinya..., dan sifat dermawannya....
Berpeluh jugak aku, sampai kat dewan kursus ,tersenyum aku bila salah sorang cikgu tue (baru aku kenal) cerita pengalaman dia melilau2 cari jejantas, dia bagitau ..dia ternampak aku melintas, dia pun ambik keputusan melintas jalan jugak..saya nampak ada orang berlari2 melintas jalan..saya pun lintas jugaklah...eh!!! orang tue akak lah kot pakai tudung oren....!!!! He..he...memang aku lah tue.
Lastly barulah aku tau jejantas yang ada dulu, telah dirobohkan untuk buat fly over..hurmm patut pun!!!!!

Monday, February 9, 2009

Precious moment

Eh!!! Mama menangis yer!!! Tegur alissa anak aku, Mana ada mama menangis, ha.tengok! Aku suruh anak aku tengok mata aku, 'tu mata mama merah' balas alissa lagi, Aku tak menangis cuma rasa terharu, terharu bila ingat kisah2 lama, yerlah aku dah menempuh berbagai2 dugaan dalam hidup yang mungkin orang lain tak tahu, hanya sahabat2 aku dibentong sahaja yang mengetahuinya...

Hurmm...mengapa yer aku terharu, aku rasa tersentuh bila baca entry tie kat blog dia, Saja aku copy and paste kat sini...untuk kongsi dengan pembaca yang lain.

Pagi tadi, seorang yang aku anggap kakak merangkap jiran datang kesekolah aku... katanya saja nak jumpa teman2 lama. Kakak ni namanya kak lela. Dulu2 kak lela dan aku mengajar satu sekolah di daerah ni... tapi tulah , kerana mengikut suami kak lela terpaksa berpindah ke tempat lain. Dan aku rasa perpindahan itu juga adalah yang terbaik buat kak lela pada masa tu............
cerita lama ok.....Kak lela, boleh eekk tie bercerita kisah2 lama ni......Ini cerita mula2 aku posting kat sinilah.... kaklela nilah orang yang pertama bercakap dengan aku walaupun hanya melalui talifon sekolah. Aku dapat rumah sewa dan masa tulah aku pertama kali bersemuka dengannya. Cantik dan bergaya orangnya...Esoknya aku pertama kali daftar di sekolah baru.... dan yang pasti kak lela jugalah guru yang menegur aku dan mengajak aku duduk berhampiran mejanya. Sejak itulah kami mulai rapat dan mesra...Nak dijadikan cerita... kak lela ni ada menggossipkan aku dengan seorang guru lelaki sekolah tu yang akhirnya kini menjadi suami aku... hahaha. Memang dah jodoh aku kut.Kami juga sama2 beli rumah...dan duk berjiran pulak tu. Masa tu kami pun sama susah sama2 senang. Bertukar halia, bawang, garam dan macam2 di pagar dapur rumah. hihihi. Kalau ingat memang rasa nak gelak pun ada... Rajin jugalah kami buat mesyuarat pagar kat belakang tu....bergossiplah apalagi hhahaha.Biasala perempuan.....Tapi jangan ingat orang lelaki tak bergossip tau.. Kadang2 lagi teruk ekeke. Kenapa....Tak caya????? ini fakta ok bukan otar...heh...heh cam fafau la pulak.Kadang2 aku rasa rindu pulak nak berjiran dengan kak lela... rasa hidup ni taklah bosan sangat ada masa boleh gak borak2 kat rumah niiii... tapi yelah, kaklela dah bahagia dan sebagai kawan aku pun tumpang gembira juga. Tadi aku tengok kaklela sedikit berisi...(sori kak....tapi orang yang menulis ni apa kurangnya heh heh) aku rasa tu tandanya hati kaklela senang kut sekarang nih.....Apapun aku doakan semoga persahabatn ini berkekalan dan kita akan berjumpa lagi nantinya. Ok kaaakkk......Kalau akak baca n3 ni harap akak tak marah yer... tapi memang tie rasa gembira dapat jumpa akak...cuma tak boleh berbual panjang tadi......
Alhamdulilah, oklah duduk Kl ni cuma belum jumpa kawan2 sebaik korang semua, dulu kita sama2 susah tapi bila dah senang tak dapat bersama, tapi apa nak buat..tempat seorang isteri adalah disisi suami kan....!!!!
Dulu memang bergaya lah sebab muda lagi badan pun kurus, sekarang dah berisi umur pun dah tua, kurenglah sikit tapi mainten lah..he..he..
Bukan setakat bawang, halia pinjam..ada lagi barang yang kita pinjam..(bila emergency kehabisan stok) ingat tak tie???? memang kelakar. Hurm kalau dapat stok kain (aku jual kain, tolong member) tie jugalah orang pertama yang aku inform dulu...dan kami akan habiskan masa membelek kain satu demi satu cari yang mana berkenan.
Banyak lagi...kenangan2 yang tak cukup untuk aku ceritakan di sini, tapi semalam aku puas hati dapat jumpa kak ramidah, zalina, rohani, kak tengku, ini lah orang bersama2 aku ketika aku dilanda masalah yang maha hebat dulu. Cuma agak frust kak ha tak ada...ingin aku nyatakan di sini..aku sayang kat korang semua, takkan jumpa dah kawan2 sebaik korang...keep in touch alwayz
btw...nampak ija semakin cun, cuma berisi sikit....

Thanks untuk Bro Calipso



Dua, 3 hari lepas, ada problem dengan blog skin aku ni, ntah tiba2 muncul pulak iklan kat page header suruh upgrade photobucket....puas aku cuba untuk menghilangkannya, buntu fikiran aku, so aku hampir2 decided untuk tukar template baru, tapi bila tukar template banyak pulak kerjanya leceh, aku pulak sekarang ni tak ada mood nak buat, so aku pun minta bantuan saudara calipso (org yang arif tentang blogspot ni, ada aku link kat sebelah) ikut seperti apa yang dia suruh aku cuba buat sendiri, tapi yerlah bagai tikus membaiki labu..lagi teruk jadinya.., he..he.. jadi dengan menebalkan muka aku minta bantuan beliau sekali lagi...walaupun aku tak kenal, tak pernah jumpa, dia dengan senang hati menolong aku untuk bina semula...terima kasih banyak2 atas pertolongan anda, semuga bertambah2 ilmu lagi, Hurm..boleh tak saya jemput cal bagi kursus blogger kat budak2 bridget bestari sekolah saya.....he..he...

Thursday, February 5, 2009

Jual Burger????

Pertama kali aku dan anak beranak jumpa dia ni..kat stesen minyak shell pandan indah, aku heran yang suami aku bagi isyarat tunjuk pada seorang lelaki...bila aku amati..oooo dia niii....!! bila dia pandang kita orang lambai-lambai kat dia...he..he..aku pun tak tau nama penuh pelakon ni..yang aku tau nama dia munir,berlakon cerita pepaya jadi orang jahat..tue.., pernah berlakon cerita pak pandir moden dan xxray...terkenal ke dia ni...??? nak kata tak terkenal tapi aku..kenal...he.he.., nampak dia borak2 dengan my hubby tadi..., so aku tanya my hubby borak2 apa dengan dia.., suami aku bagitau munir tue nak pergi jumpa David teo.., then masa kita orang gerak...suami aku sempat lagi jerit kat munir..oiii kirim salam kat pepaya, munir jawab..aku tak suka dia aaa...

Kenapa yer..pasal munir ni jadi bahan entry aku kali ni, bukan pertama kali aku jumpa artis, banyak kali dah..tapi berlalu macam tue jer lah setakat pandang then habis begitu saja, tapi untuk munir ni..aku asyik ternampak dia jer..pergi hantar alia tuisyen pun nampak lagi..aikkk!!! heran betul aku, akhirnya kemusykilan aku terjawab..patut lah tiap2 hari jumpa rupanya dia jual burger kat area rumah aku ni.., sempat jugak aku merasa burger dia semalam, memang sedaplah...marbeles..!!! kelmarin dulu aku dengar budak2 dalam bas sekolah menjerit2... pepaya....!!!! pak pandir...!!!!! budak2 minat dia kot sebab dia ni selalu berlakon watak kelakar atau watak bodoh2 alang gitu. Termasuk lah anak aku ni..nak minta tandatangan tapi malu...nak suruh aku minta ..hemmm sori lah, aku bukan jenis macam tue, kalau dr mahathir ke..syed muhammad al bukhari ke.., garenti aku mintak sain autograf.

Ni lah munir tue...muka dia pun memang kelakar lah.., tapi kat luar dia nampak hensem sikit..he..he...

Sunday, February 1, 2009

Wajah tanpa noda


Sebening wajah anakku, suci dan bersih tanpa noda, lena bagai diulit intan...muga jadi insan berguna