Friday, January 25, 2013
Alamak macamana nak update blog
sebab dah lama sangat tak update blog aku pun tak tau macamana nak update blog, banyak yg dah berubah..godei sana godei sini...pening jadinya.
Wednesday, December 28, 2011
Beza lelaki dan perempuan
aku dapat email tentang ni, actually tak tau nak kredit kan utk sapa, andai ada hak cipta terpelihara..aku minta maaf yer, sekadar nak share dgn kawan2..
Sememangnya lelaki dan wanita dua makhluk tuhan yang berbeza. Bukan sahaja dari segi fizikal dan mental, tetapi juga dari pemikiran mereka. Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereka begitu berbeza…
1.NAMA Jika Sarah, Laila, Finas dan Shasha keluar makan, mereka akan tetap memanggil Sarah, Laila, Finas dan Shasha di antara sesama mereka.
Jika Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz keluar makan, mereka akan memanggil boroi, raksasa, hitam dan panau di antara sesame mereka.
2.MAKAN DI LUAR Apabila mendapat bil, Sarah, Fina , Laila dan Shasha akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
Apabila dapat bil bayaran, Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz akan mengeluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.
3. DUIT Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hati. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.Wanita juga sanggup mengeluarkan duit
dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.
dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.
4. BILIK AIR Lelaki hanya mempunyai 5 BARANG sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.
Wanita secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan tujuannya.
5. PERTENGKARANWanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..
Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak di sangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru!
6. KUCING Wanita memang cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini.
Lelaki? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, lelaki akan menyepak kucing itu.
7. MASA HADAPAN Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang suami,
Seseorang lelaki tidak pernah risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.
8. KEJAYAAN Seorang lelaki yang Berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk
dibelanjakan oleh isterinya.Seorang wanita dikatakan Berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!
dibelanjakan oleh isterinya.Seorang wanita dikatakan Berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!
9. PERKAHWINAN Seorang wanita berkahwin dengan mengharapkan lelaki
itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.
10. BERGAYA Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.
Seorang lelaki hanya akan bergaya ketika di majlis perkahwinannya sendiri sahaja!
11. SIFAT SEMULAJADI Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka
semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang
tidak terurus dan begitu jugalah setelah mereka berkahwin.
semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang
tidak terurus dan begitu jugalah setelah mereka berkahwin.
Seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. Lagi terserlah kecantikannya apabila mereka bangun dari tidur!
Tuesday, December 27, 2011
Entry ntah pa pe
Friday, December 23, 2011
Edit gambar guna software photoscape




Atas permintaan rakan2 aku post entry ni, dulu pernah dah post entry yang ni, tapi dah lama dh..aku sendiri malas nak selak2 post aku yg 2,3 tahun lepas.
Perisian ni memang mudah untuk edit gambar, apa yg best sebab perisian percuma kot free tak payah bayar kan..dan siapa2 pun boleh try dan belajar, mudah jer kalau photoshop mungkin agak sukar bagi orang yg tak berapa mahir kan..
Btw aku pun tak lah mahir sangat dgn photoscape ni, cuma sekali sekala untuk edit gambar.nak cantikkan pic sendiri, kalau rasa pic anda tak putih dan tak gebu try lah guna perisian ni, he..he..dengan teknologi semua orang boleh jadi cantik dan muda betul tak..
untuk entry pertama ni korang kena download dulu perisian ni ...nak download klik kat sini
kalau dah selesai download boleh lah korang explore dulu, godei2 tools yg ada..try and error tak cantik tak pa..gambar anda sendiri gak kan..he..he..lama2 korang mesti bengang dan berusaha sampai pandai untuk jadikan pic anda cantik..
oklah kalau aku rajin, nanti aku spesifik kan tools yg ada dalam photoscape tu..
ni antara gambar2 yg aku edit dan ada antaranya anak aku yg edit..
oklah kalau aku rajin, nanti aku spesifik kan tools yg ada dalam photoscape tu..
ni antara gambar2 yg aku edit dan ada antaranya anak aku yg edit..

Misi memanjat dan memetik manggis
Cuti sekolah yg agak lama ni membolehkan aku lepak kat kampung lama lah sikit pada biasa, balik dgn anak2 drive alone dah biasa pun cuma kat jalan manchis tue..ada sedikit gusar jalannya yang sempit dan bengkang bengkok tu..struktur jalan lak lopak dan lubang sana sini, YB dah lama tak balik melawat pelangai kot..hu..hu...
Dok seminggu jugaklah..apa yang best kat kampung tue..banyak betul buah durian, tapi kat rumah orang lah bukan kat umah aku, teringin aku tengok durian2 yg jual kat tepi jalan, teringin nak beli tapi aku tak pandai nak pilih durian so telan air liur jerlah...
OK kerana entry aku tajuk nya misi memetik manggis so nak pendekkan cerita..nak cerita lah niii
wah manggis sedang berbuah lebat dah mula matang dan sesuai untuk dipetik dan di makan..aku memang suka manggis tau..aku tengok 4 batang pokok manggis tu berbuah lebat jugaklah..tapi macamana nak petik ni..pokok tinggi2..buah pulak hujung2 julai, kerah anak2 panjat pokok huh..kirim salam lah, tu pun baru kenal buah manggis, kalau tak sebelum ni tak tau rupa manggis macamana..hermm nak harap sapa lagi, tak ada lelaki kat umah tue, ayah tak sihat..so apakata aku jer lah yg panjat sundrikk..dah lama tak buat keje ni tau, dulu zaman kecik2 adalah..sampai kepala pernah tersepit kat celah dahan pokok jambu he..he..itu cite dulu..
so di satu petang yang cerah aku memulakan misi aku..panjat pokok..berjaya tau..
aku dengan megahnya berjaya ha..ha..cuma budak montel tue begitu teruja nak panjat tapi tak berjaya..atas pokok aku memulakan operasi menjolok buah manggis dgn galah yg mak dah sediakan khas untuk petik manggis..dan kerahan tenaga untuk alia, alissa dan izzmi kutip buah yg jatuh, malangnya kakak2 yg agak kejam itu membiarkan izzmi sorang mengutip buah..yg dia orang berdua kontrol cun snap gambar sana sini..sungguh kurang sopan ...
finally setelah berpenat lelah dan gigih nya aku, berjaya jugak mengumpul sebakul manggis yg segar2 ni..sedap tak terkata..malamnya badan aku sakit sana sini gara2 panjat pokok manggis..
Friday, November 11, 2011
pulut mangga Vs pulut ikan masin

Antara 2 masakan berasaskan pulut yg sangat aku gemari, sekarang berada di negeri syurga makanan ni, aku tak mahu lepaskan peluang merasa masakan ni, he..he.. memang mudah sangat nak masak pulut mangga, hemm..kalau pulut ikan masin lagi lah senang, pejam mata pun dah boleh masak tau..hu..hu..cakap macam takbur jer kan..
Tapi kalau nak masak pun tak berbaloi hanya aku sorang jer yg suka masakan tradisi ni, anak2 tak suka, so buat apa masak baik beli jer..yummy dah terasa2 ke enakkan pulut mangga ni,
Biasanya masakan pulut ni terkenal dinegeri2 yg sempadan dengan thailand jer, org kedah, perlis, kelantan biasa dengan masakan ni, cuba tanya orang pahang, negeri 9, johor, aku gerenti ramai yang tak pernah mencuba pun makan pulut mangga dan pulut ikan masin ni..so sapa2 yg tak penah cuba tue baik korang try....tak rugi pun kalau rasa..cuba sekali mesti nak lagi...
p/s btw gambar2 di atas adalah ihsan dari pak google..he..he..
Thursday, September 15, 2011
Orbs - paranormal



Dah lama aku tak update blog, gara-gara fb aku tinggalkan sama sekali blog aku...now rasa rindu sangat..kesian blog aku yang dah bersawang...
Kali ni aku nak cerita pasal orbs..aku malas nak explain lebih2 malas nak taip daaa...korang boleh klik kat blog ni http://misteriparanormal.blogspot.com/2007/12/apa-itu-orb.html
kat situ korang leh dapat info tentang orbs ni...
Ok..kat sini aku nak kongsi beberapa gambar yang aku snap pada malam raya ke-4 kat kampung aku di felda sg. kemahal...saja nak snap gambar izzmi dan alissa main bunga api.., snap sana snap sini, mula2 clear jer...tapi aku mula perasan ada kat 2,3 gambar ada objek berbentuk orbs, aku panggil alissa tunjukkan gambar tue kat dia, dah mula suspen ni..., so untuk mengesahkan lagi aku snap lagi pic...dan alangkah terkejutnya aku tengok pic tue penuh dengan orbs..apa lagi lintang pukang aku lari dengan alissa berlumba-lumba nak masuk rumah lantaran takut dengan orbs niii...
ok, korang nampak tak dengan jelas objek bentuk bulat2 tue kan..ikut urutan dari bawah ke atas, tersalah uploadlah pulak...hu..hu.. dah lama betul aku tinggalkan dunia blog ni sampai aku sendiri dah hampir lupa button, dan function kat blog..tak aku recall pelan2.
Subscribe to:
Posts (Atom)


