Tuesday, December 30, 2008

Nak cite pasal meeting jugak

Semetelah 2 orang kawan aku cite pasai meeting, aku pun nak cerita jugak, lama betul meeting semalam, tak pernah lagi sepanjang dalam profesion aku sebagai guru, meeting sebegitu lama, naik berasap ponggong duduk kat kerusi..tapi aku heran aku tak jelas sangat agenda meeting tue, balik2 benda yang sama..yang selalu diulang 5,6 kali, bagi buku perancangan yang bak kata win copy n paste tue.., tapi mujur alhamdulilah aku dapat juga jadi guru kelas 1A, mungkin aku akan ajar juga 1E, BM, tapi tak pa lah, kalau semua cikgu tak nak ajar kelas last, siapa lagi nak ajar, kesian pulak kat budak2 tue,

Kali ni jawatan aku masih lagi kekal penyelaras Kia2m, su panitia BM, ditambah lagi satu penyelaras RMT, ada lagi 2,3 sebagai AJK, tak kisah lah tue, jawatan tue tetap dan berpencen lah kot selagi aku tak tukar sekolah...

Tahun 2009, beban guru kelas terutama cikgu tahun satu dah berkurang, tak payah kutip yuran lagi (dimansuhkan) tak payah nak kutip duit untuk peralatan sekolah budak2, semua mak bapak pergi beli sendiri untuk anak2. Lega sikit aku, kalau tak, nak uruskan tali leher, baju sukan,ntah apa2 lagi lah, yang membanyakkan kerja.Jumaat orientasi tahun satu, cikgu cuma kutip duit insuran takaful rm1.50 jer, yang lain cuma semak dokumen2 murid.
Suka aku...!!!!

Aku anak felda

Bangga jugak aku walau lahir sebagai anak felda, tapi sebenarnya aku lahir kat kedah, tapi masa aku umur 7 bulan, parents aku dapat masuk tanah rancangan, so tinggallah negeri jelapang padi, kami menetap di felda sampai sekarang, tapi yang bestnya area felda aku tue dikelilingi oleh orang utara, so loghat utara masih menebal kat situ.., rumah kat situ pun dah cantik2..besar2, tak macam mula2 dulu rumah papan 2 bilik jer, keputusan yang ayah aku buat untuk berhijrah adalah keputusan yang paling tepat, dengan masuk rancanganlah, ayah dapat menyekolahkan kami adik beradik hingga ke menara gading, kalau kat kg dulu, tak tau lah nasib macamana, Jom kita tengok apa yang ada kat kg aku..


inilah mahligai ayah aku he..he.. walaupun tak cantik, kira macam banglo gaklah, rumah sebuah2, keta atos aku tue pun enterframe jugak, masuk dalam gambar.., rumah aku dikelilingi oleh pokok2 buah, rambutan, manggis, cempedak, sukun dan pokok kelapa..he..he..sekarang ni rambutan baru nak menguning, manggis dah berputik, buah cempedak tak menjadi, sukun pulak memanjang jer ada, biasa mak aku goreng buat kerepek.


Buah rambutan gading baru nak menguning.



Intai2 buah manggis pun tak masak lagi..



Buah ni kalau nak makan kena cuci dan peram dulu.




Korang kenal tak buah apa ni??? Mak aku suka buat kerepek, tapi kalau goreng pun sodapp.., buat minum petang bertemankan teh panas, semalam aku goreng untuk mak mertua aku..banyak gak dia makan.

Mak aku pulak, dari aku kecik2 lagi, sebaik saja dia dah pencen mengajar sekolah agama rakyat, dia banyak habiskan masa mengajar mengaji anak2 dan cucu2 jiran, ramai jugak anak murid dia, pernah mengjangkau 30 orang, mak aku tak ambik duit pun, cukup sebagai saham untuk akhirat katanya...selain pada tue mak aku rajin sangat..pergi berzanji atau marhaban untuk majlis cukur jambul, majlis khatam quran, atau umah orang kawin, aktif sangat mak aku ni..ada masa dia akan mengajar tajwid untuk orang2 tua kat felda tue..sekarang dia dah pandai bawak skuter untuk pergi memenuhi undangan untuk berzanji, marhaban dan baca yassin..


Ni sebahagian daripada budak2 yang datang mengaji kat rumah, anak2 aku pun kalau balik kampung dia orang akan di paksa mengaji dengan mak aku, garang mak aku ni rotan punyalah panjang, dia libas jer sapa2 yang degil. Tapi setakat ni tak adaa lagi jiran2 yang datang serang mak aku sebab rotan anak dia. Yang aku pernah dengar cerita..budak2 yang kena hambat dengan rotan oleh ayah dia suruh datang mengaji adalah he..he..tue yang best duduk kampung kan...orang zaman sekarang ni jer kalau rotan anak dia sikit sibuk nak repot polis..

Selama 4 hari juga aku dok kampung, penat sikitlah, sebab kena buat semua kerja, izzmi pulak asyik meragam rindu nak balik KL kot..tapi tak pa lah, bila lagi nak tolong orang tua kan...

Thursday, December 25, 2008

Balik kampung dan selamat menyambut awal Muharam

Cuti krismas, aku ambil keputusan untuk balik ke kampung aku dipahang. Kebetulan adik aku zairol nak balik, aku ikut dia skali, hanya aku dan anak2 je blik, hubby aku esok dah keje. Kali ni blik bawak atos biru, coz keta aku acident, kalau nk tau butiran lanjut, boleh masuk blog dia ada link kat sebelah kiri tu, ok lah, 2,3 hari mungkin tak dapat update blog, coz internet pun guna dial up, slow giler. Sblm tu aku nak ucapkan selamat menyambut awal muharam, jgn lupa untuk membaca doa akhir dan awal tahun pada hari tersebut.

Tuesday, December 23, 2008

Tirai 2008 semakin berlabuh


Tirai 2008 pun akan berlabuh, yang bestnya awal muharam berselang hari saja dengan tahun baru, lebih afdal lagi kalau kita sebagai islam sambut awal muharam kan,
Tahun 2009, tahun ke 3 aku pindah ke KL. Hemm..kalau ditanya best tak duduk di KL aku tak ada jawapan untuk itu, tak ada istilah best atau seronoknya di sini, kalau ada pun hanya berada disamping suami dan anak2, aku tak ada kawan rapat disini, adalah yang agak rapat..tapi hanya dalam part tertentu, dia memang baiklah, tapi kerana ada sedikit perbezaan status yang membataskannya, yerlah ada part yang kita rasa boleh kongsi, ada part2 yang tak boleh kongsi akibat perbezaan status ni..tapi setakat ni kalau aku susah atau rasa nak mengadu apa2, cerita kat dia jer lah. Aku rindu betul pada kawan2 lama, yang bersama2 aku masa susah dulu, sayangnya bila dah senang tak dapat bersama...rindu lah...

Satu lagi, sejak duduk Kl, dan bila setiapkali aku keluar dari KL samada balik kampong atau bercuti, perbezaan yang aku dapat rasa ..adalah dari segi udara, setiap kali balik kg bila lalu highway karak tue rasa nyamannya segarnya udara....begitu juga baru2 ni masa on the way ke penang, singgah kat perak untuk isi minyak, sebaik saja aku keluar kereta..., terasa udara segar menyapa wajah, rasa best sangat, kat Kl walaupun waktu pagi, mendung, atau selepas hujan..udaranya tak segar dan nyaman pun, agaknya dah bercampur asap kereta, naik sempit lubang hidung aku..itu yang sejak duduk Kl aku jadi macam tak bersemangat, badan pun gemuk berisi, sebab rasa selalu letih, nak bersenam pun malas.., banyak toksid dalam badan kot....selalu terkenang rumah aku kat bentong, dikelilingi bukit yang menghijau...bilalah dapat duduk sana lagi.

Monday, December 22, 2008

Kad Dari faten


Kad ni aku dapat dari dik faten yang comel tue...surf terjumpa blog Gades Merah Jambu, tak sangka tuan rumah dia gadis cilik yang comel, dan blog dia pun wahhh...sesuai dengan gadis remaja seusia dia...

Tudung Ekin

Nampak ekin mawi pakai tudung keluaran jakel tue, macam cantik jer, senang nak pakai, tak yah susah2 nak gosok. Semalam pergi Tesco aku rembat 2 helai tudung ekin, terbang duit aku rm70, aku beli yang kaler hitam, dan anak tudung yang berwarna coklat dan hijau lumut..dah cuba memang senang nak pakai, jenis kain yang berat dan terletak elok..memang tak panas..mudah diurus..aku ni memang dari dulu lagi suka mencuba fesyen tudung..dari tudung wardina, tudung dubai, tudung apa ntah yang sebelum ni..yang ada bunga2 siap dijahit dengan anak tudung sekali, dan latest ni sibuk dengan tudung ekin..

He.he.. nanti aku snap gambar..itupun kalau gambar tue lawa aku post kat sini, kalau buruk tak yah lah..

Budak-Budak Zaman Sekarang

Aku kadang2 rasa ralat dengan budak2 zaman sekarang, yang lebih cenderung pada hiburan, pada game, pada Tv tengok cerita kartun, cerita Indon, high taste, terlalu materialstik...tak payah pergi jauh..aku ambik contoh anak2 aku ni..kalau nak buat kerja rumah mengemas atau vakum karpet..boleh tanya lagi, upah berapa mama???, bila nak suruh picit kaki setiap kali aku rasa lenguh2 mesti nak upah...tak pernah nak buat sesuatu benda tue dengan ikhlas atas dasar sayang atau kasihkan ibu, mungkin salah aku juga..suka bagi upah bila buat kerja..sekarang padan muka aku, tapi masih belum telambat untuk mendidik dia orang..

Ingat hari raya aidilfitri dulu. alissa cakap.., mama kita beli baju raya kat jusco atau parkson, tak nak beli baju kat tesco atau carefour...amboiii..aku cakap alissa ni memang dah lupa diri ni...dulu kat bentong tak adalah macam ni, tapi dulu pun setiap kali raya aku belikan baju yang ada brand kat dia orang, terhad pada hari raya saja, pada hari2 biasa beli kat the store atau pasaraya ku. Mujur lah untuk baju sekolah anak2 aku tak kisah untuk beli baju kat The Store pun. Tak nak ajar anak aku terlalu materialistik atau high taste, banyak keburukan yang aku dah nampak, mungkin masa sekarang aku ada duit aku boleh beli yang branded, mana tahu akan2 datang bila aku susah, tak ada duit anak2 request yang mahal2..aku tak mampu nak beli, masa tue mula nak salahkan anak..lagipun meraka perlu diajar untuk hidup sederhana,pelajaran yang paling penting, aku ni risau kerana ciri2 kebendaan dah ada pada anak2 aku ni..aku kena buat sesuatu sebelum melarat..