Monday yang blues......., seperti biasa, seperti selalu setiap kali tibannya monday..hatta sebelum tidur malam tadi bila teringat esok adalah monday, fikiran jadi tak menentu, semangat pun lesu. Malasnya nak kerja..permulaan minggu yang sibuk, dalam kepala dah dapat bayangkan..seawal pukul 5.30 pagi, bangun buat rutin seperti biasa, keluar rumah menuju ke sekolah pukul 6.50, kalau tak jem pukul 7.10 dah sampai sekolah, menuju ke kantin monitor budak2 (RMT) , 7.30 loceng bunyi..assembly, kadang2 cepat, kadang2 lambat habis bila ramai cikgu2 yang bla..bla..bla....habis perhimpunan masuk kelas..mengajar, mengajar dan mengajar...itulah rutin, yang selamanya akan menjadi rutin selagi aku bernyawa, selagi aku memegang profesion sebagai seorang guru.
btw..hari ni aku kena mempengerusikan mesyuarat panitia Bahasa Melayu coz ketua panitia berkursus..., lagiiiii ler aku boring!
Sunday, February 22, 2009
Friday, February 20, 2009
Belajar guna photoscape

Jom kita belajar photoscape cuma perlu download . Aku pun baru jer download software ni, memang mudah jika nak dibandingkan dengan photoshop, boleh buat banner, page header dan edit gambar. Sebelum tue aku nak bagi kredit kat blog http://www.dilarangmelarang.com/ . Aku dapat info ni melalui blog tue ..kat atas tue aku tunjukkan gambar dan banner yang aku buat guna photoscape, aku pun tak mahir, cuma baru dok godei-godei
Thursday, February 19, 2009
Rindu Nak balik kampung
Dah lama tak balik kampung, dah 2 bulan..teringat kat mak dan ayah, rasa macam nak telefon, tanyakhabar.., tapi kalau aku telefon, aku akan rasa bertambah sedih, rasa bersalah pun ada, tapi aku tahu orang tua aku sihat....seminggu sekali aku akan call juga orang tua aku.
Boring punya pasal..google nama kampung aku felda sungai kemahal, macam2 aku jumpa, jumpa gambar2 orang kampung aku, gambar kawin budak2 kemahal, jumpa laman web ternak lembu anak jiran aku kat sana...he..he..canggih lah, ternak lembu pun ada laman web, tak sangka betul, orang yang ternak lembu tue aku kenal, sama sekolah dengan aku zaman sekolah rendah dulu, walau tak dapat lanjutkan pelajaran peringkat tinggi tapi sekarang dah kaya pun dia, kaya pada aku yang keje gomen ni, kaya pada aku yang ada degree ni...Aku jumpa juga blog amy (member baik adik aku, now jadi pensyarah kat Universiti Malaysia Pahang) dan tak ketinggalan blog aku, blog zairol (adik aku) macam2 ada...hilang juga rasa rindu...
Hemmm, macamana nak balik niii ...Tahun ni alia nak ambik UPSR, asal cuti jer ada tuisyen, ada kelas tambahan, ada kem motivasi, macam tak ada ruang untuk aku..curi2 masa balik kampung...adehlah!!!! apo nak di kato. Plan nak balik juga 28hb ni. Hantar alia klinik UPsr kat bentong, then aku boleh balik kampung..yey!!!! tak sabar!!!

Wednesday, February 18, 2009
Update yang malas..
Malas nak update blog, setiap hari login tapi tak buat apa pun, touch up yang mana patut, kemalasan yang melampau..tambahan pulak 2,3 hari ni panas betul, kat sekolah berpeluh2, bila dekat2 nak balik tue, rasa haru biru, budak2 pun dah penat, otak pun dah tak leh terima pelajaran lagi. Cuaca panas, mulalah bising, dengan 31 orang murid pelbagai suara.., budak darjah satu kan..., rasanya duduk kat zoo pun tak sebising macam niii. Jangan salah anggap aku tak kata kat anak2 murid aku macam yang duduk kat zoo, aku cuma bandingkan suasana sahaja...zaman sekarang ni..kalau salah cakap sikit kena saman. Dan budak2 sekarang advance suka putarbelitkan kata2 cikgu. Media pulak kalau buat laporan lebih sudu pada kuah...
Aku selalu cakap macam ni pada anak2 murid aku, boleh tolong diam sikit tak..??? dekat zoo pun tak bising macam ni tau..., ha! tengok betapa berhemahnya aku, mana ada kasar2. Sekarang ni jeling budak atau cakap kasar pun tak boleh takut budak2 trauma. Kalau nak ikutkan cikgu lagi banyak trauma..., tadi seorang murid perempuan kelas 1E cakap dengan aku, 'cikgu!, cikgu cantiklah, tapi kenapa cikgu garang, selalu kalau orang cantik tak boleh garang!!! Eh! ye ke! kalau macam tu aku tak nak garang lah, nanti aku tak cantikk!! Bak kata budak tue lah. Pandai budak sekarang buat reverse psikologi......

Tuesday, February 17, 2009
Domain percuma
Tadi aku dah berjaya mendapatkan domain percuma dari zonestraits.com, sebagaimana saranan adik sufi untuk refer pada tutorial yang dia dah link kan untuk aku, aku berjaya membuat dengan jayanya tanpa sebarang problem, macam cantik jer.., http://www.walaila.via.my, tapi bila aku save dan view blog aku, semua header yang ada hilang, tinggal background coklat tue jer..ala tak cantik lah pulak, so aku swicth balik ke blogspot, ni nak kena tanya sufi lagi ni...
Saturday, February 14, 2009
Tukar URL dan Template Baru
Walaupun aku suka sangat dengan template lama, sehingga bersusah payah minta bantuan calipso, akhirnya terpaksa juga tukar, template lama yang cantik dan berwarna garang tue selalu bermasalah, untuk aku yang tak berapa pandai nak buat coding, aku dah cuba banyak kali, betulkan code font dia tapi, tak jadi2, asyik error jer, aku pun naik feed up, tukar template.
Untuk memuaskan hati aku lagi.., tukar URL sekali, hurm

Wednesday, February 11, 2009
Hari ni aku naik train...
Naik train pun nak bagitahu orang ke??? memanglah kalau orang yang duduk KL dah biasa dah dengan public transports ni, tapi aku yang baru 3 tahun dok Kl jarang2 naik LRT, Monorail, Rapid KL apa semua ni, maklumlah ada kereta sendiri, tak pun suami aku hantar. Tapi semalam aku kena menghadiri taklimat di PPDKL kat Jalan Hang Tuah. Mulalah aku susah hati, kat KL ni kalau kena berkursus walaupun dalam satu wilayah, tapi tempatnya jauh2, nak pergi pun susah takut sesat barat, kereta pun banyak, jalan pun banyak tambah2 aku ni penakut..so semalam suami aku tak dapat hantar, dia kurang sihat. Aku ambik keputusan naik LRT dari Cempaka ke Hang Tuah...sambil jinjing satu laptop, tapi laptop ni aku dah masukkan dalam beg galas biasa, takut aku nak bawak dalam beg laptop tue, nanti kena ragut ke apa...mampus aku!
Sampai kat stesen Hang Tuah, aku pun tercangak2, macamana aku cross jalan niii,..rasa2 aku ada jejantas..tapi mana pergi...aku naik ke stesen monorail, mana tau ada jalan...tak ada pun.., turun balik, nampak pak cik dok jual karipap....'pakcik boleh tumpang tanya, macamana nak pergi seberang sana'? Maaf buk!! saya baru sini, baru 3 hari, saya ngakk tau" Lorrr!!! Indon rupernya! Cis!. Tak Puas hati naik lagi kat stesen monorail tue, tanya adik yang jual magazines kat kiosk tue...'adik! Boleh tak cross kat sana melalui stesen ni'? Bila dia kata tak boleh, aku pun turun tangga ..then kebetulan nampak sorang amoi pegang payung sedang melintas jalan.
Aku pun tak ada pilihan, beranikan diri untuk melintas jalan, dengan kereta yang banyak dan laju, ni kalau kena langgar dengan laptop sekali nihh!!!he..he.... alhamdulilah berjaya juga melintas denga selamat, Menapak aku dalam 200m, PPDKL ni dulunya adalah tapak asrama sek Victoria Instution, aku juga melalui masjid AL BUkhari yang tersergam indah tue...masjid ni adalah sumbangan jutawan al bukhari yang sangat2 aku kagumi kemurahan hatinya..., dan sifat dermawannya....
Berpeluh jugak aku, sampai kat dewan kursus ,tersenyum aku bila salah sorang cikgu tue (baru aku kenal) cerita pengalaman dia melilau2 cari jejantas, dia bagitau ..dia ternampak aku melintas, dia pun ambik keputusan melintas jalan jugak..saya nampak ada orang berlari2 melintas jalan..saya pun lintas jugaklah...eh!!! orang tue akak lah kot pakai tudung oren....!!!! He..he...memang aku lah tue.
Lastly barulah aku tau jejantas yang ada dulu, telah dirobohkan untuk buat fly over..hurmm patut pun!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)