Monday, December 28, 2009

Jom try


Aku dah guna produk ni dah 2 bulan, dah 6 kotak, pada mulanya saja nak try sebagai supplemen untuk menggantikan ketagihan aku pada nescafee, memang giler nescafee sehari aku leh minum 3 cawan (3 in one yang mild tue) jadi aku ambik cocoa collagen power plus (ccpp) sebagai alternatif merawat ketagihan tue.., yang aku perasan bila aku minum nescafee badan aku semakin hari semakin gemuk agaknya sebab krimer dalam nescafee tue, berat aku yang normal dulu 49, 50 kg, leh melambung naik jadi 63kg. Aku cepat letih dan lesu, pukul 10 malam aku dah terlentang tidur letih sangat, tambahan pulak kurang exercise metabolisme dah low jadi memang badan bagai di pam. So kebetulan aku terbaca tentang khasiat minuman ni kat cari.com dan testimoni yang power dari orang yang mengamalkannya apa salahnya aku nak try...

Bila aku rasa memang sedap ada rasa kopi + koko, biasanya kalau minuman berkafein lain, bila kita buang air mesti berbau kan, tapi untuk ccpp ni sikit pun tak bau. aku ambik satu sachet sebelum sarapan sebagaimana yang disarankan, sapa yang nak menten berat badan kena ambik sebelum sarapan, sapa yang nak tambah berat kena ambik selepas makan, apa yang bestnya, memang ccpp ni boleh menten kan berat badan, ha..ha.. sekarang aku dah jadi ahli, jadi kawan2 kalau nak try leh bgtau aku yer...
kat sini aku paste kan kebaikan minuman ni


Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman…Koko Pracampuran… adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:
• Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit
• Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri
• Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung
• Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda
• Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
• Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan

• Khasiat CCPP bagi anak dara:-

Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
Kulit cerah dari dalam
Kulit mulus, gebu
Jerawat less
Parut jerawat insyaallah hilang
Less jeragat
Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
Tumit pecah2 bertambah licin
Less rambut gugur
Naik seri pengantin ...
Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
Hormon stabil
Perjalanan darah lancar
If high water retention .. leh turun kg
Seimbang berat badan
Mengenyangkan
Kencing lawas
Lebam bawah mata less
Muka glowing ..
Hilang lenguh2 sendi
Lancar penghadaman
Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
Melambatkan Proses Penuaan
•
• Khasiat CCPP bagi yg dah berkahwin:-

Menjadi SUPER POWER ...
Mengetatkan vagina
Yang monopous insyaallah ada pelincir
Yang bermasalah dr segi pelincir insyaallah solve problem
Hubungan suami isteri lebih intim ...
Yang dah bersalin, pinggul kembali kecik. Kemas .. tulang pinggul rapat. Biasa dh bersalin pinggul akan lebar.
Tambah air susu bg yg menyusu
Bantu mengecutkan rahim
Repair rahim yang bermasalah. (utk cyst, fibroid jgn bergantung pd CCPP. Please dptkan rawatan doktor)
Membantu mudah lekat (mengandung if dh smp rezeki insyaallah)
Memperbetulkan kitaran haid yg lebih teratur
Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
Kulit cerah dari dalam
Kulit mulus, gebu
Jerawat less
Parut jerawat insyaallah hilang
Less jeragat
Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
Tumit pecah2 bertambah licin
Less rambut gugur
Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
Hormon stabil
Perjalanan darah lancar
If high water retention .. leh turun kg
Seimbang berat badan
Mengenyangkan
Kencing lawas
Lebam bawah mata less
muka glowing ..
Hilang lenguh2 sendi
Lancar penghadaman
Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
Melambatkan Proses Penuaan
•
• Semua wanita/anak dara berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini. Ibu mengandung dan lelaki dilarang mengambil produk ini.

Wednesday, November 4, 2009

Aku dah ready untuk berkonvo













semua dah beli, harap2 semua berjalan lancar, panjang umur dan tiada aral melintang insyallah
baju dan tudung online shopping, baju beli kat butik neps, tudung tempah khas...jahit dengan sal, online shopping gak..memang puas hati tempah tudung kat dia, setanding dengan ariani dan de zahra..hand bag carlo rino cik abang aku beli kat parkson...kasut alfio raldo....bunga???? tak ada lagi cik abang lah kot belikan...., nak booking hotel legend nak bawak anak2 sekali tido situ





Wednesday, October 28, 2009

Sungai makan orang

trajidi ni ..menganggu minda aku sebenarnya, kesian..sampai sekarang masih belum jumpa lagi 2 orang murid yang hilang tue, korang boleh baca kat blog cikgu aznee ni tentang sungai makan orang ....


Kredit untuk blog cik aznee

http://tentangaznee.blogspot.com/

Saturday, October 10, 2009

Aku sangat bosannnnnnnnnnnn hari ni

Nothing to do. my hubby balik kelantan ambil orang tua dia. my MIL masuk wad so bapak mertua aku tak ada orang jaga. Plan nak balik cuti deepavali ni..tapi my hubby terpaksa on the spot balik coz mak sedara dia yang "baik hati "tue menelefon sambil marah2 dan mengungkit dan menuduh yang bukan2...

Now the problem is..., my baby sitter ke sabah selama 5 hari, sampai hari Rabu...so sapa nak jaga anak aku..ni, terpaksalah aku cuti lagi..asyik cuti jer...alia pulak janji nak jaga adik esok, tapi last minute nak pergi sekolah pulak, katanya nak tengok sapa yang menang untuk majlis penutup bulan kemerdekaan ..payah betoiii. bawak izzmi pergi sekolah baru tau.

Friday, October 9, 2009

What goes around comes around

...aku suka sangat dengan ungkapan ni..., kadang2 ia jadi peringatan untuk aku supaya aku tidak melakukan perbuatan2 yang menjengkelkan atau pun boleh melukakan, menyakitkan hati orang, betullah kata orang hidup bak roda..kadang kat atas kadang kat bawah, hari ni mungkin hari kita, esok belum tahu, sekarang ni apa jua perbuatan buruk yang kita lakukan..tuhan akan balas dengan cash. Begitu juga perbuatan baik yang kita lakukan, jika hari ini kita dapat menolong orang, akan2 datang orang tolong kita, begitu juga dengan nawaitu kita, jika kita ikhlas atas apa jua yang kita lakukan..insyallah tuhan akan bagi ganjaran pada kita..

Kata orang tua2, sapa2 yang ada tanda hitam di lidahnya, segala kata2nya atau sumpahan menjadi, hemmm aku ada tanda hitam tue....mungkin secara kebetulan aku pernah menyumpah 3 orang manusia ni yang pernah buatkan aku marah, benci dan sakit hati.., sebab aku betul2 terluka atas apa yang dia katakan dan apa yang di lakukan...dan kuasa tuhan atau kebetulan sumpahan aku tue terbukti dan menjadi..nauzubillah....bila aku pikir aku rasa kesian pulak..sampai adik aku pernah nasihatkan aku supaya tarik balik sumpahan tue.....tak palah aku saja yang tahu....anak2 aku cukup takut kalau aku bercakap apa2..contoh kalau dia orang melawan cakap aku..., aku mesti cakap malam ni korang tak boleh tidur ada hantu kacau..., mula2 dulu dia orang tak percaya tapi pernah terbukti berlaku pada dia orang tue yang sekarang ni dia orang takut, dia orang akan cepat minta maaf dan minta supaya aku tarik balik kata2 tue he..he.., sebenarnya semua tue bagi aku satu kebetulan, tak ada istimewa atau kelebihan pun...

Terkenang pada orang tua di kampung, berbahagialah ibu bapa ku kerana anak2 dan cucu2nya mempunyai feel, selalu terkenang, cucu2 pulak kalau cakap nak balik rumah tok wan melonjak happy, tak sabar nak jumpa.

Wednesday, September 30, 2009

Today is wednesday

he..he.. aku tak tau nak update apa...ni pun sebab zawiyah sound .."semalam tengok blog korang apasal tak update??? aku cakap...malas!!! tak tau nak update apa, semetelah sekarang ni gila facebook, blog sudah dipinggirkan, blog kawan2 pun lama dah tak ziarah, tapi sekali sekala ada jugak singgah nak tau perkembangan terkini kawan2, cuma jadi silent readers lah,

sekarang ni..hari2 yang dilalui tiada beza dengan yang lalu, kalau adapun sedikit lega kerana aku dah berjaya menamatkan pengajian di universiti, insyallah akan konvo pada pertengahan november nanti, alia pun telah selamat menduduki peperiksaan UPSR, cuma aku tetap teruskan berdoa supaya dia mendapat keputusan yang cemerlang. tapi yang pastinya sekarang penyakit 'M' aku menjadi2, bukan tak ada kerja, adaaa....tapi malas tue selalulah pulak datang menjenguk aku setiap hari.

Syawal pun semakin beransur, ada jugak plan nak buat open house, tapi mungkin tak sebesar tahun lepas, tahun ni buat kecil2 jer kot sekadar jemput kawan2 rapat dan jiran2 terdekat,menu masih belum ada mee kari? nasi lemak? nasi dagang? tak tau lagi. Adik aku pulak sibuk nak suruh aku masak untuk dia buat open ceremony untuk rumah baru yang baru dibelinya, untung cik lin (tunang dia) kahwin dengan adik aku, semua dah complete.

Btw..aku tengah dok pikir nak buat rawatan gigi, gigi aku yang depan ni tunggu masa jer nak tanggal, kalau aku pergi dentist dah tentu aku kena buat semua, so macamana nak mengajar budak2, takkan nak pakai topeng kot.....ni pun masalah jugak, muda lagi gigi dah tanggal..tapi bak kata mertua aku, dia dulu muda jugak dah pakai gigi palsu, bila tua dah tak ada masalah sakit gigi apa semua, tak macam bapak mertua aku, gigi tahan sampai tua, tapi selalu sakit2 gigi bersilih ganti..he..he...itu kata orang yang gigi tak cantik macam gigi aku ni..

oklah, untuk sal, tukang jahit langsir aku tue...nanti akak dah siap pasang akak publish gambar kat sini, 2 malam yang lepas suami akak, dengan berkobar2nya cuba untuk pasal rel, nak jadikan rel langsir tue kembar tiga, yang ada sekarang 2 jer....hemmm..tapi tak menjadi, semalam terpaksa gak dia panggil indon tolong buatkan....malam ni aku nak gantung langsir baru kalau tak penat...OK itu kisah hari rabu aku...hua...hua...hua

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raye

selamat hari raya aku ucapkan untuk kawan2 semua, sapa2 yang mengenali diri aku..tak kira di alam maya ataupun in real life..sehari2, ampun maaf aku pinta andai ada salah silap, terkasar bahasa, termakan terminum harap di halalkan...selamat hari raya maaf zahir batin

petang ni kelik kelate coz tahun ni turn raya di sana dulu. hu..hu..