Thursday, September 15, 2011

Orbs - paranormal















Dah lama aku tak update blog, gara-gara fb aku tinggalkan sama sekali blog aku...now rasa rindu sangat..kesian blog aku yang dah bersawang...

Kali ni aku nak cerita pasal orbs..aku malas nak explain lebih2 malas nak taip daaa...korang boleh klik kat blog ni http://misteriparanormal.blogspot.com/2007/12/apa-itu-orb.html

kat situ korang leh dapat info tentang orbs ni...


Ok..kat sini aku nak kongsi beberapa gambar yang aku snap pada malam raya ke-4 kat kampung aku di felda sg. kemahal...saja nak snap gambar izzmi dan alissa main bunga api.., snap sana snap sini, mula2 clear jer...tapi aku mula perasan ada kat 2,3 gambar ada objek berbentuk orbs, aku panggil alissa tunjukkan gambar tue kat dia, dah mula suspen ni..., so untuk mengesahkan lagi aku snap lagi pic...dan alangkah terkejutnya aku tengok pic tue penuh dengan orbs..apa lagi lintang pukang aku lari dengan alissa berlumba-lumba nak masuk rumah lantaran takut dengan orbs niii...

ok, korang nampak tak dengan jelas objek bentuk bulat2 tue kan..ikut urutan dari bawah ke atas, tersalah uploadlah pulak...hu..hu.. dah lama betul aku tinggalkan dunia blog ni sampai aku sendiri dah hampir lupa button, dan function kat blog..tak aku recall pelan2.











Tuesday, January 25, 2011

turn to 40 (sennnnnnnnn....)


turn to 40 ..untuk lebih manis dan enak kita sebut 40 sen...ha..ha.., tahun 2011 ni umur aku akan menginjak ke 40, macam tak caya pulak..rasa masih macam awal 30-an lagi, bila dihitung2 dah lama juga aku jadi pendidik hampir 18 tahun, lama dah mengajar, bekas2 anak murid ada yg kahwin dan bekerja dah, cepatnya masa berlalu.

Di kala usia macam ni kena lah pertingkatkan apa yg perlu terutama amal ibadat, plan aku nak memperbaiki bacaan al quran aku, tue yg survey nak beli quran digital..sambil2 boleh dengar dan baiki tajwid dan sebagainya, kalau ada masa terluang pergi berjemaah kat masjid dengar ceramah agama, tapi si izzmi yg lasak nak mapus ni buat spoil, nantilah tunggu izzmi sekolah dan cerdik sikit...anak2 pun dah besar bila jalan sama2 dah jadi macam adik kakak (perasan he..he..)

Tuesday, November 2, 2010

Hidup ibarat roda

Inilah dinamakan kitaran hidup, kitaran hidup kita sama, satu masa kita berada di atas, satu2 ketika kita berada dibawah.., jangan bila terjadi sesuatu peristiwa kita pandang enteng, endah tak endah, kita berkata pedulikan kerana percaya sesuatu peristiwa itu tidak akan menimpa kita, dan kita biarkan tanpa rasa peduli atau sensitiviti tarak..
tapi kuasa tuhan, tuhan maha adil...bila dah terkena pada batang hidung sendiri, baru terasa malu, oleh kerana ego masih menebal,,tak berani nak cakap atau memulakan nya..alhamdulilah sekarang apa kau rasa....???????

Tuesday, July 27, 2010

Temuduga SPP DG41 part one

Temuduga SPP DG41
22hb Julai 2010, sesi pukul 10.00 pagi. Keluar dari rumah ke Putrajaya pukul 8.00 pagi, seperti pesan kawan2 ku yg dah berpengalaman di interview suruh pergi awal2, first comes first serves, dan pada firasat aku hemmm…pukul 8 dah dikira awal bagi aku yang sesi pukul 10 ni..
Sampai putrajaya belum pun pukul 9.00 pagi, tengok alamat SPP komplek JPM, JPM tue mungkin Jabatan Pelajaran Malaysia atau Jabatan Perdana Menteri yang mana satu yerr…tapi ada ke jabatan Pelajaran Malaysia kat Putrajaya tue kalau bukan jabatan perdana menteri..confius betul. En. Husband Tanya kat security mana ntah, then mamat tu cakap kat prensint 2, kita orang pun menuju ke presint 2..cari punya cari JPM tak ada kat situ JPN adalah cisss..mesti mamat tue tersalah dengar dan tersalah bagi info….hemmm patah balik semula cari kompleks JPM, sampai kat JPM Tanya orang kat situ nasib baik memang di situlah tempatnya,

En Hubby drop aku kat situ then pandai2lah aku..untuk hidup, kat pintu masuk kena tinggalkan lessen memandu untuk ambik pas masuk, logiknya coz masa interview nanti nak guna IC so tak adalah dia mintak tinggalkan IC. Berjalan lebih kurang 100m, memang cantik tempat ni…anak panah ‘ urusan temuduga’ menjadi panduan aku ke destinasi blok B3. Sampai pintu masuk Tanya adik yang jaga bahagian ‘ muka depan’ dia cakap selepas lift akak belok kiri dan akan jumpa bilik temuduga. Sampai! Mak oiii terkejut aku tengok dah ramai orang, aku ingat aku orang yang terawal, padahal tak awal mana pun pukul 9.30 baru sampai.

Aku tengok ada 4 buah kaunter, aku cari kaunter bilik no 4 (coz aku kena interview bilik tue) kerani lelaki tue suruh aku tandatangan, tengok list nama cisss..tinggal nama aku jer yang belum tandatangan orang lain semua dah.., tinggalkan dokumen atas meja, kejap lagi nama akan di panggil, aku pun duduk dulu, berdebar tak payah cerita tengok calon2 interview sibuk dgn nota masing2, alamak, aku benci situasi macam ni, dalam 10 minit nama aku dipanggil, kerani tue cek satu persatu dokumen dan sijil2 asal yang aku bawak, dalam hati berdoa suapaya semua lengkap coz aku bimbang andai ada yang tak complete nanti aku dihalau balik tak leh di temuduga…masa kerani tue tick satu persatu, dia tengok sijil maktab aku, then dia Tanya ‘cikgu hanya ada slip periksa akhir jerk e kat maktab, transkrip tak ada ke? Aku jawab memang tak ada, zaman saya tue tak ada transkrip lagi yang ada keputusan akhir jer.., dia angguk dan tick, alhamdulilah lepas ujian pertama, maknanya, aku akan ditemuduga juga. Then kerani tue suruh aku masukkan mykad kat mesin berhampiran untuk ambil no giliran, memang hampeh tul, akulah orang yang terakhir yang akan ditemuduga di bilik no 4 tersebut, bermakna aku kena tunggu 11 0rang lagi . Penantian satu penyiksaan, aku tengok macam2 ragam, aku pun mula gabra tengok sorang demi sorang masuk semua rata-rata 25-30 minit baru keluar. Mak oiii lamanya, apa bendalah dia orang Tanya tue. Aku dapat tahu pulak ke-empat penemuduga tue semua berpangkat dato’ orang kuat SPP belaka.
Bila ada yang siap keluar, semua pakat Tanya..hemmikut nasib ada yg ken abaca falsafah pendidikan Negara dari awal sampai hbis, Tanya isu2 semasa yang bekaitan dgn isu pendidikan masa kini.
Aku pun tumpang sekaki gak Tanya, dia orang cakap penemuduga bilik no 4 tue..pangkat dato’ juga sangat cerewet dan teliti dari segi jawapan yang dia nak, selagi jawapan yang kita bagi nak memenuhi paiwaian dia selagi tue lah dia akan Tanya dan suruh kita bercakap..mati lah aku macam ni…baca apa pun tak masuk dah…., nak terkucil pun ada, tensen giler aku terpaksa menunggu sebegitu lama, sorang demi sorang ambik masa 25 minit, aku orang yang terakhir ni buruk muka menunggu, sampai tak tau apa nak buat lagi, lantaran lama menunggu yang di baca habis hilang…..

Masa sesi menunggu tue kadang2 aku dengar hilai tawa dato' tue, lagi bertambah cemas kita orang kat luar ni, teruk sangat ke jawapan yang di bagi sampai dato; tue ketawa tak henggat, jawapan2 yang dibagi jadi bahan ketawa dia jer. Matilah macam ni..., rata-rata yang keluar wajib dia tanya tentang NKRA, sekolah wawasan...

Sedih betul aku, bilik2 no 1, 2, dan 3 semua dah tak ada calon, dah balik habis ditemuduga, tinggal aku sorang jer lagi calon untuk bilik no 4. Tepat pukul 2 petang nama aku di panggil...
ok.....to be continued ...nanti aku cerita apa benda suka duka aku di interview..separuh masak aku di buatnya...cukuplah itu yang pertama dan terakhir aku interview spp ni...

ok sambung kemudian.....

Sunday, June 6, 2010

Cuti2 Malaysia

Kali ni kami sekeluarga akan bercuti di Kuala Rompin, kami akan menginap di Summerset selama 3 hari 2 malam, jadi elite club so dapatlah baucer percutian percuma 3 hari 2 malam di sana, nanti aku upload gambar yer....lama betul tak update blog...
wah tak sabar nak bercuti, bosan giler dok KL ni....

Thursday, March 4, 2010

Syukur alhamdulilah

Syukur alhamdulilah bisnes sambilan jual coco collagen mendapat sambutan yang teramat menggalakkan, tak sangka setakat ni aku dah berjaya menjual 50 kotak ccpp ni, dan stokis aku ada inform hari tue nama aku dah tersenarai dalam iklan di MW baru2 ni antara ejen ccpp yang paling aktif.., kadang2 tue rasa malas nak bisnes modal tak berapa besar, tapi oleh kerana selalu ada permintaan..aku pun teruskan lah, baru sekejap tadi lori hantar lagi 20 kotak..hemm sapa yang nak try leh contact aku yer...ia bukan produk untuk kurus tapi ia berperanan sebagai supplemen untuk kesihatan dalaman, rasa pun sedap sangat....,
aku yang dah 5 bulan consume ni..apa yang best tentang ccpp ni berat aku menten..walau pun aku makan banyak pada biasa, kadang2 aku risau juga bila makan banyak tapi bila timbang memang berat macam tu juga tak naik2. Satu lagi selulit2 di paha dah tak ada, aku sekarang leh pakai jeans yang sliming fit tue, tapi tak adalah fit macam budak2 remaja tue..aku pun tak suka....
syukur pada tuhan kerana murahkan rezeki aku di tahun 2010 ni...alhamdulilah.

Saturday, January 2, 2010

Thinking about you..

Dah 3 malam alia pergi..., dan 3 malam berturut2 juga aku terasa mataku bergenang bila teringatkan dia, waktu2 malam2 begini lah aku selalu teringatkan dia, hati ibu mana yang tak sedih kerana berpisah dengan anak, walaupun dia pergi semata2 untuk menuntut ilmu saja.Selama 12 tahun, dia ada depan mata, boleh lihat pandang, tegur, pantau setiap hari..kadang2 aku rasa macam aku terlalu awal melepaskan dia untuk hidup berdikari, sekurang2nya tunggu umur 16 tahun...rasa ralat juga kerana terasa terlalu sedikit ilmu yang aku bekalkan untuk dia...., banyak lagi yang aku perlu curahkan untuk dia..

dan akan bermulalah episod baru dalam hidup aku dan dia selepas ini, selama 365 hari, mungkin dia akan bersama aku 60 hari saja, yang selebihnya dia akan bersama kawan2, guru2nya.....akan berkuranglah masa nya bersama aku...untuk tempoh yang lama, 10 tahun, 20 tahun mungkin...,alia, mama memang jarang pamirkan kasih sayang mama pada alia, tapi dalam hati mama sangat2 sayang pada anak2 mama, mama dah cuba yang terbaik, mama tau..apa tersirat di hati alia selama ni, mama tau..memang alia nak sangat duduk asrama kan..., mama pun tak boleh halang, walaupun mama tahu mama akan kehilangan alia, alia tidak akan selalu berada disisi mama lagi..sebagai seorang ibu mama doakan apa saja yang terbaik untuk alia. Semuga alia sukses disana..dan bertambah matang dan berdikari