Asyik geram jer mana tak cepat tua, he..he..walaupun bukan aku yang kena tapi aku angin juga..ni lah pasal nurse datang sekolah untuk bagi imunisasi kat budak darjah satu, doktor pun ada sama, kelas aku dah lepas..tiada masalah sebab kad kesihatan semua dah complete, maklumlah kelas pandai selalu ibubapa lebih efisien betul ke eja ni..buku rekod kesihatan dia orang dah lengkapkan semua, masalah kalau kat kelas hujung2 ni, aku tak kata parent kelas ni tak efisien..mungkin mereka ada masalah dan sebab tersendiri, ataupun knowledge mereka bab2 ni agak kurang sikit, hampir separuh murid sekolah aku adalah anak2 warga seberang, tapi dilahirkan dimalaysia dan menjadi warganegara Malaysia mendapat keistimewaan macam kita juga bantuan buku teks, rmt, biasiswa dsbnya...untungkan...mudahnya nak jadi warganegara Malaysia..yang aku nak fokus kat sini biasanya parents dikalangan pendatang ni lah bermasalah sikit, mungkin dia orang tak tahu nak isi ke apa..atau tak ada masa sebab seharian kerja mencari rezeki...Yang aku angin dengar cerita dari guru Kelas 1E ..dia kena marah dengan doktor sebab buku rekod kesihatan murid kelas dia banyak tak lengkap, tak bertandatangan, tak ada rekod imunisasi, boleh ke doktor tu cakap, kenapa sekolah cina yang murid 40 dan 50 orang tak ada masalah macam ni, cikgu2 dia orang dapat buat, ni setakat satu kelas 30orang pun cikgu tak dapat handle, sepatutnya cikgu kena pergi buat home visit rumah ke rumah budak2 ni dapatkan maklumat sendiri dari parent dia orang. Sambil tue boleh juga cikgu claim... adioss...!!! aku dengar cerita pun bengang, apa ke halnya kita orang cikgu nak pergi rumah ke rumah ambik rekod dan butiran kesihatan budak, ingat kita orang ni kerja dengan kementerian kesihatan ke, nurse atau jururawat desa bolehlah pergi buat homevisit..macam dia orang dok buat tue..melawat ibu bersalin ke apa...kerja kita orang mengajar sahaja dan jadi perantara kepada nurse2 ni, dia orang tak tau ke..betapa kita orang terpaksa mencari masa untuk timbang berat dan ukur tinggi budak, disamping tue kena cek kadar penglihatan budak..yang guna Kad dan tutup mata sebelah...tue, padahal kita orang tak ada basic lansung pasal tue, cuma tawakal jer harap2 ujian mata yang kita orang buat ni betul dan tak ada masalah, Kalau tidak nanya budak2 tue.
Satu lagi tak ada peruntukan ..yang kita orang ni boleh claim, sedangkan bawak budak2 untuk kokurikulum pun tak leh claim inikan nak pergi rumah ke rumah semata2 nak lengkapkan rekod kesihatan budak2....walaupun kakitangan kerajaan tak semestinya sama, mungkin warga kementerian kesihatan boleh claim kalau buat home visit, kita orang tidak... @#$&***@#%^%^%
No comments:
Post a Comment