Petang ni ada masa terluang, hari jumaat balik cepat, izzmi pun tidur ada masa untuk aku surf internet, blog walking, tapi tengok kat bloglist aku tue, tak ada entry yang terbaru, masing2 tak update bz agaknya, macam aku juga lah..so aku pun mengodei blog che det, baca post2 terbaru dan yang lepas, dan aku terjumpa satu artikel yang Tun tulis yang aku kira sangat menarik....coz aku pun orang kedah jugak, cuma aku buka orang Ulu he..he..
By
Dr. Mahathir Mohamad on February 11, 2009 3:05 PM
By
Dr. Mahathir Mohamad on February 11, 2009 3:05 PM
Orang Ulu
1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.
1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.
2. Ada yang terdiri daripada adik-beradik Mak saya. Ada Tok Karin (loghat Kedah - Kaghin), Lebak, Din, Mak Chah, Mak Bedah, Mak Doh. Orang pekan anggap orang ulu ini agak kolot dan lekeh. Mereka jalan kaki, naik perahu untuk ke pekan Alor Setar (Aloq Staq). Tak pakai kasut pun.
3. Bahasa mereka juga lain daripada bahasa kami orang pekan. Sesungguhnya mereka tak tahu apa. Bawak buah sikit, padi huma, beras pulut, sebagai buah tangan. Kadang-kadang mereka tidur di rumah tak perlu katil, hampar tikar sudah cukup.
4. Di sekolah Inggeris ramai juga anak orang ulu belajar bersama saya. Mula kekok sikit tetapi cepat faham dan guna bahasa Inggeris. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini. Kadang-kadang lulusan lebih baik daripada anak orang pekan
.5. Saya ke universiti. Budak Melayu tak ramai. Tapi di antara mereka ada juga anak orang ulu, terutama di Fakulti Sastera. Lulus Bachelor of Arts (B.A. - Sarjana Muda Sastera) mereka sertai Kerajaan, ramai di Kementerian Luar. Jadi second secretary (setiausaha kedua), first secretary (setiausaha pertama) dan kemudian jadi duta.
6. Boleh juga cakap orang putih dengan orang putih, anak orang ulu ni. Boleh berhujah dan bergaya sebagai Pak Duta.
7. Sebenarnya ramai anak orang ulu yang belajar sehingga dapat Phd. (Doktor Falsafah) di universiti luar negara kembali jadi pegawai tinggi Kerajaan.
8. Sekarang anak orang pekan pun susah nak kerja di luar negeri. Tak suka cocktail party kerana segan nak bercakap. Orang asing nak cakap bahasa lain, kerap kali guna bahasa Inggeris. Tetapi ini bukan masalah. Yang jadi masalah di cocktail party orang minum arak. Sebab itu pegawai tak suka pergi cocktail party.
9. Yang suka pergi cocktail party pegawai bukan Melayu. Mereka boleh bergaul dengan orang asing, bercakap dengan mereka bukan main fasih lagi, dan sudah tentu minum arak. Tetapi berguna juga mereka kerana mereka dapat dengar dan faham pendapat duta-duta asing.
10. Nampak sekarang sama saja - anak orang ulu atau anak orang pekan. Dulu kedua-dua boleh, sekarang kedua-dua pun tak boleh.
11. Pada pengalaman saya sejak 70-tahun dahulu, anak orang ulu ada kebolehan, tak kolot, tak lah lekeh sangat. Bila diberi peluang boleh buat. Anak kawan saya, Hassan Nawin (orang ulu dalam kelas saya) jadi pilot Boeing 747. Ada yang jadi doktor, pakar bedah, peguam, duta dan macam-macam lagi.
12. Rupa-rupanya mereka tak begitu lekeh. Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar. Mereka boleh, kalau diberi peluang. Kalau tak percaya, buat kajian. Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa? Ramai juga orang ulu.
13. Saya sendiri tak mimpi jadi doktor. Zaman saya di sekolah, doktor Melayu yang saya tahu hanya Doktor Arif, Pulau Pinang.
14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.
15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.
16. Hai lah nasib!
Aku respek sangat pada che det, dulu, kini dan selamanya, biarlah orang nak kata apa pun kat dia, tapi dialah pemimpin ulung, lagipun dia orang kedah..loghat kedah dia tak pernah hilang,aku bangga dengan Tun, cuma aku agak terkilan kerana Mukhriz kalah ditangan khairy Jamaludin, aku tak suka dia. walaupun ada kawan aku sorang ni cakap si khairy ni hensem.....he..he..,
Ni link nye...http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/orang-ulu.html
Ni link nye...http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/orang-ulu.html
5 comments:
wahhh,,tak sangka kak lela upanya orang kedah,,dan saya juga mengagumi tun mahathir,,saya pung frust anak dia tak menang pemilihan UMNO baru-baru ne,,,
wan,
kak lela sayang dr M, bila lah nak dapat jumpa dia secara live
saya pernah jumpa tun masa kt UIA dulu,masa tue tun dan isteri nak konvo.ada anugerah khas,saya ingat lagi masa tu terhad sangat student yang dapat masuk hall,kami siap dapat kupon makan free lagi.berdebar gler masa tue dapat tgk meka berdua,,very sweet.
saya cadangkan kak lela g melawat kt Galeria Seri Perdana,,bekas kediaman keluarga tun,,byk sgt gmbar2 kat sana.nostalgia.g lah bersama anak2.sejarah tue.
thanx kak lela coz blog walking tetiba tersepak blog saya lak..
balik kampung...ooooo..balik kampung....hati giranggg...
Post a Comment