Walaupun aku dah masuk tahun ke 3 di sekolah tue, ini lah kali pertama aku menghadiri mesyuarat agung PIBG, sebelum2 ni aku asyik ada kelas kat oum, tahun ni dah tak ada kelas, nak tak nak terpaksa hadir juga, hadir sebagai kakitangan sekolah merangkap ibu bapa juga.Tahun ni di adakan dwi sambutan bermula dengan Mesyuarat Agung PIBG, di ikuti dengan Hari Anugerah Cemerlang, kenapa lewat??? yerlah tahun lepas Ketua Pengarah suruh buat exam, minggu akhir persekolahan, HAC kenalah buat awal tahun ni.
Bukan main grand kali ni, kerana yang merasmikannya Datuk2 belaka, so bila dah datuk persiapannya meriah lah sikit, apa yang aku kata meriah perhiasan pentas macam nak buat majlis kahwin, ada duit pulak sekolah kalau bab2 ni..hummm!!!!
Ok berbalik pasal mesyuarat PIBG tadi, memang agak panas, yang menyebabkan panas adalah seorang encik ni..asyik nak komen jer, asyik muka dia jer bangun 7,8 kali, aku rasa tahun depan nak buat mesyuarat PIBG panggil dia jer lah orang lain tak payah, sebab dia aktif, isu yang sama setiap tahun, seperti yang diceritakan oleh kawan2 aku, pasal tandas, pasal kantin, isu ni panas betul, tiap2 tahun berbangkit. aku rasa pasal tandas ni, didikannya dari rumah jugalah, kalau mak ayah tak ajar cara2 menjaga kebersihan tandas, habit tue dia orang bawak ke sekolah, sekolah juga dipersalahkan, macamana tue juga kantin. Buang sampah rata2. betul tak???
Tapi tak ada pulak isu berbangkit atau saranan, maupun idea yang bernas ke arah kecemerlangan akedemik para pelajar, yang dia orang tau komplen jer, bagi idea tak ada..???
So..biarkan lah...sekarang cikgu semua ambik cara playsafe.
Oh ya pasal anugerah cemerlang, kat sini adalah 2,3 gambar jom layan...
Ni 2 orang daripada 3 orang kuat yang decorate pentas untuk dwi sambutan tue, dia orang kreatif, kalau bagi kat aku hancuss!!!
Daah siap pun..cantikkan!!!!
Tumpang 2 kaki bergambar kat depan pentas
My doters naik pentas ambik hadiah (bangga juga aku, walaupun anak orang lain 3,4 kali naik pentas ambik hadiah)
2 comments:
hahha... mak bapak mana tahu hal anak2 dia kat sekolah.. sufi masa dulu pon selalu tgk budak2 jahat bukak paip x tutup, kencing tak basuh( tandas la... ) n ada lagi teruk, merokok kat dalam tandas..
dulu masa sek xberani nak inform cikgu pasal takut kena belasah... ialah, amsa tue badan halus ja.. x macam sekarang... huhu.. masa mesyuarat PIBG, selalu tgk mak bapak budak jahat la yg selalu komplen banyak, diorang xsedar anak diorang macamna.. maybe dah terlampau percaya anak sendiri kot...
berbalik pada hal sekolah.. mmg sentiasa xdak duit kalo nak derma2 kat pelajar miskin yg xmampu beli buku.. yg diorang tahu, paksa beli walaupon xpakai sangt pon... huhu.. jgn marah arr cikgu.. hehe
anyway, mmg lawa hiasan suma nie.. mmg mahal suma nie kan nk buat??? erm... nak tanya, yg naik pentas tue alia ker??? huhu... mesti kak bangga kan?? hehe
ooo... gudluck.. all the best untuk dia... =)
Post a Comment