Gelihati, geram, tensen pun ada dengan my doters 2 orang ni. blog, aku lah yang terlibat dalam menterjerumuskan dia orang dalam arena bloging ni. Yang si kakak tue ok lagi dah 12 tahun, yang 9 tahun pun nak ada blog jugak. Oleh kerana dia orang dihadkan sehari boleh berinternet selama sejam jer, so masing2 akan berebut, nak dulu, itu satu, masing2 berlumba blog sapa yang paling ramai datang melawat. Dan saling dengki mendengki pulak tue, kalau si kakak ada kenalan blogger adik pun nak juga, he..he..contoh yang baik ..si adik jeles bila si SUFI selalu komen kat blog kakaknya, dan pernah sekali aku terpaksa minta maaf dengan salah seorang blogger sebab kerenah 2 beradik ni lah, berebut, yang si adik bagitahu, kawan aku jangan ambik, nasib baik budak tue ok, siap cakap lagi, best jugak kalau ada orang berebut macam artis pulak.
Sesuai dengan usia dia orang, begitulah dengan blog dia orang penuh warna-warni, serabut kepala aku tengok, fikir2 semula, biarkanlah asal itu boleh buat dia orang gembira. Aku kesian kat dia orang sebenarnya sejak pindah KL, terkurung dalam rumah kawan pun tak ada, masa kat bentong dulu, ada kawan dikalangan anak2 jiran, boleh main2 bersama, di sini kawan pun tak ada, hanya ada kawan2 sekolah itu pun jauh. Betapa ruginya kanak2 zaman sekarang, tak kenal dengan main pondok2, main teng - teng, polis sentri, tapi zaman dah berubah agaknya kalau ajak dia orang main polis sentri atau pondok2 mesti dia orang gelak, dan akan cakap ntah apa kebenda main macam ni....
1 comment:
hehe.. sekali terkeluar nama la pulak.. haha...
budak2 nie elok kalo berblog guna bahasa melayu baku.. dapat improve bahasa.. yg macam sufi xkisah sgt la.., pasal dah lepas dah pon SPM.. haha..
Post a Comment