Monday, March 2, 2009

Mengisi hari tua..

Pernahkah anda semua terfikir bagaimana kehidupan hari tua anda..??? Adakah kita dapat menjalaninya meneruskan sisa2 kehidupan dapat beramal ibadat dan beramal soleh, mengunjungi surau2, menghadiri ceramah2 ugama bergaul dengan masyarakat dan jiran tetangga yang selama ini kita abaikan...andai itu laluannya alhamdulilah tapi..andai sebaliknya kita diuji dan ditakdirkan pula terpaksa menjaga pasangan kita yang sakit dan uzur, apakah kita bersedia dan redha..orang yang kuat iman saja yang mampu menghadapinya kerana apa yang berlaku ke atas kita ada hikmahnya...
Kenapa aku terfikir pasal hari tua ini, hari minggu baru ni aku pulang ke kampung setelah 2 bulan aku tak balik, balik melawat orang tua aku, ayah pun dah semakin uzur.., apa yang menarik..apabila aku terdengar ayah aku berkata kepada tetamu (jiran) yang datang mengunjunginya..'pak cik ni ada 6 orang anak, tapi tinggal berdua juga, setiap hujung minggu menghitung anak mana yang akan balik..????
Dengan kata2 itu buat aku terfikir dengan 3 orang anak sekarang, kehidupan aku di hari tua macamana yer.., adakah keseorangan, kesepian menanti anak2 balik..menjenguk. Tak dapat aku bayangkan!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

insyaallah rasanya alia tue dapat diharap... u get wat u give right?