Monday, April 27, 2009

Air kolah tujuh masjid

Merayau-merayau kat blog orang, masuk blog adik aku zairol (tadi adik aku sms dia dah selamat sampai Jerman, cuaca sangat sejuk 13c....) sebulan lah dia kat sana, aku pun dah listed kat dia barang apa yang aku nak he..he..,
OK balik pasal tadi, aku terjumpa satu artikel dari blog kawan adik aku ni..blog lelabu, sangat menarik artikel dia, jom kita share bersama, kredit untuk saintis lelabu ni yer, aku pun tak kenal dia.

Kalau di kampung-kampung, bila ada yang demam tak mahu kebah. Orang-orang tua selalu suruh pergi mandi dengan air kolah tujuh masjid. Sekali dengar macam tak logik saja air kolah tujuh masjid boleh sembuhkan penyakit.
Oleh itu, mari kita dengar kata saintis leLabu tentang perkara ini.
Kita tahu tangan kanan kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk penghadaman dan elok untuk kesihatan badan. Sebab itu sunnah makan pakai tangan, bukan dengan sudu-garfu atau chopstick.
Kita juga tahu tangan kiri kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk membunuh bakteria. Sebab itu kena cebok pakai tangan kiri.


Bagi sesiapa yang pernah pergi masjid, ambil wuduk dengan menggunakan air kolah, kita akan mencelupkan kedua-dua tangan kita dalam air kolah. Ketika itu, enzim-enzim dari tangan kanan dan kiri kita akan masuk berpindah ke dalam air kolah.

Enzim-enzim di tangan kanan dan kiri kita cukup untuk tubuh badan sendiri.
Bayangkan 200 ke beberapa ribu orang mencelupkan tangan dan meninggalkan enzim-enzim baik ini dalam air kolah masjid tersebut. Air kolah itu kini penuh dengan enzim-enzim baik daripada kaum mukminin yang rajin ke masjid.

Lepas tu kita gunakan pula air kolah tadi untuk mandi. Enzim (ubat) daripada beberapa ribu orang mukmin telah menjamah tubuh seorang yang demam tadi.
MasyaAllah. Hebatkan.

Rupa-rupanya orang-orang tua kita dulu lagi hebat dalam ilmu perubatan.

Bila baca artikel ni baru rasa logik, tambahan pula disokong dengan fakta sains yang kukuh, kalau dulu2 bila orang tua cakap ..ni kena mandi air kolah tujuh masjid nih, mesti kita akan kata mengarutlah, walau ada bomoh yang syorkan macam tue, dalam hati mesti terdetik bomoh penipu lah ni..sekarang baru aku tau dan faham so lately badan rasa tak sihat lemah lesu (dah tua) agaknya kena mandi air kolah 7 masjid lah ni nak segarkan badan mungkin ada penyakit mana tau kan.., kena cari masjid yang ramai orang selalu berkunjung, tapi..zaman sekarang semua masjid dah guna air paip, kalau ada kolah pun dah di tutup rapi, macamana enzim2 ni nak bercampur dalam air...hurmmmmm!!!!!

7 comments:

Ain said...

patutlah orang tua-tua tak kasi kita sentuh lauk ngan tangan, takut lauk tu basi sbb tangan kita ada enzim.

Anonymous said...

badan ko lemah sebab ko menulis tangan kiri..he.he.he

ija said...

rasanya surau2 lama or kat kampung2 ada lagi kot..

kak lela said...

ain,
kalau dari segi kebersihan, adakalanya kat tangan kita ada kuman tue yang buat makanan jadi basi.

yati..
aku tak sihat sokmo. sebab aku tak rasi dengan sekolah tue ..

ija,
yerlaj ija, kat surau kampung2 biasanya ada kolah, kalau kat masjid besar2 dah guna air paip.

aji ibanez said...

masjid yg ade air kolah :
1-masjid kg melayu majidi,johor bahru
2-masjid abu bakar,bandar temerloh
3-masjid kg sempadan,lanchang temerloh
4-masjid kg purun,mukim kerdau,lanchang,temerloh
5-surau kg kerdau,lanchang...
6-masjid UPM serdang

so kalo korg jmpa kat mana2,harap bagitau yee

aji ibanez said...

aku mula tau kegunaan air kolah masjid semenjak dengar ceramah ustaz.syukur arwahsgt2 sbb arwah atuk aku masa dimandikan,mggunakan 17 air kolah masjid.....kami sekeluarga puas mencari...
start pada tu bila aku pegi mane2 jmpa masjid yg ade air kolah,aku catatkn dlm diari

wak said...

1) Masjid Kg Melayu Majidee
2) Masjid Taman Tampoi Indah
3) Masjid Taman Impian Emas
4) Masjid Kempas (Highway Pasir Gudang)
5) Masjid Kota Masai (Jalan Ciku)
6) Masjid Kg Kopok Baru (Pasir Gudang)
7) Masjid Bandar Penawar (Kota Tinggi)