Ha..ha.. tak tau lah kenapa orang kelantan menggunakan istilah 'darat' ini, sinonim dengan 'perak' (loghat utara) 'jakun' (sensitif ni...kena kecikkan tulisan) kang tak pasal puak kaum bumiputera kat hutan pahang tue saman aku pulak..perkataan ni memberi makna yang sama, iaitu lebih kepada kekampungan, ortodoks atau pun dengan kata yang lain yang lebih sopan tiada atau kurang pendedahan pada dunia luar yang serba moden he..he.. belasah jer .. Petang semalam dah boring sangat kat rumah, keluar jalan2, merayau2 kat Jusco Maluri then pergi makan kat Food Court di Pavilion. Aku tak tau kenapa my hubby suka sangat makan kat situ, mungkin dia dah biasa kot sebab office dia berhadapan dengan pavilion tue, park kereta kat office dia, then kita orang lintas jalan ke pavillion.
Bagi aku pavilion tue..bukan tempat shopping golongan marhaim macam aku ni, so bila masuk situ aku dah macam orang darat dah..., masuk kat food court my hubby tanya, nak makan apa??? aku jawab tak tau, tak nak makan lah.., padahal ini bukan kali pertama makan kat situ, aku tak tau nak makan apa , dengan japanese, vietnamese, korean, chinese entah apa lagi sampai aku nak sebut makanan pun tak reti...lainlah kalau kat gerai2 atau kedai biasa, ..itu bisa diatur, nasi goreng paprik, pattaya, mee goreng...senang nak di sebut. So Encik Azami pun kata biar dia belikan.....5 minit dia datang bawak satu mangkuk mee (ntah mee apa aku tak tau, chinese style kot)..letak atas meja, then dia pergi lagi ..aku sempat curi2 rasa..hermm macam maggi jer rasanya, 5 minit lepas tue dia datang lagi bawa mee goreng untuk aku...., pelik mee goreng ni, apa yang peliknya..korang tengok sendiri lah yer..
pelik, biasa mee goreng warna coklat kemerahan2, yang ini putih jernih macam laksa di goreng jer, then, tempat letak mee tue, biasa guna pinggan atau nak klasik alas dengan daun pisang, aku tanya my hubby,..dia bilang itu upih pinang, uikk banyak betul guna upih pinang, sapalah supplier upih pinang tu yekk???
My hubby suruh aku makan, lebih enak makan panas2, hurmm rasanya boleh tahan, sedap jugak, ada rasa macam kuey tiaw goreng sikit, tapi mee nya kenyal, bila suruh anak2 aku makan, semuanya kata tak sedap, izzmi siap luahkan balik. tapi oklah, makananan kat situ mahal2..rate rm6 - 10 tapi banyakkkk. kalau budak2 boleh share.
Anak2 aku makan nasi lauk ayam dalam kuali, nihh kalau orang tua kat kampung tengok makan nasi dalam kuali, kena leter lah jawabnya, apa ke halnyer makan dalam kuali ni, dah habih pinggan mangkuk ke umah kamu ni??? tue dia orang belum tengok lagi makan dalam claypot nanti diingatnya makan dalam pasu bunga, itu orang tua akulah sebab mak dan ayah aku ., orang kampung jer...nun duduk kat felda, sekali sekala adik dan kakak aku bawa pergi bercuti kat hotel2, dia orang cakap rimas tidur kat hotel, sempit barangkali he..he..
ini makanan alissa, puas dia nak habihkan, sampai nak termuntah , kena paksa, habiskan mahal tu..!!!, Dengan muka yang kelat dia berjaya juga menghabiskan makanan tu. Ambik Ko!!!
8 comments:
kak lela, ain pun orang darat jugak. anak felda duk dalam utan. pegang sudu ngan garfu pun tak betoi lagik.
ain
ain, felda kat mana yer, akak pun orang felda jugak..
Felda kat Ganu. Felda Kerteh Dua. Umur setahun dah duk situ.
ala kak semua org yg g makan kat tmpt2 mcm tu pun darat gak kak masa memula..saya pun bih kurang jek..hihi..masa memula nak makan kat kantin mama pun darat gak dulu...hahaha
Kalau tie nampak makanan camtu....mungkin cam akak gek...tapi rezeki jangan ditolak ye tak?? kecuali wan, yang pelik2 tu memang dia tak sentuh, makaroni pun dia kata macam makan tayar...hihi
Has pun asal darat gok. ;)
ain,
kita ni sama2 anak felda lah ni, akak umur 7 bulan, mak ayah pindah masuk felda.
ija,
kat situ ramai foreigner (betoii ke eja ni), tue yang akak jadi darat sikit he..he.tapi sebab dia orang pelancong tak terserlah lah kedaratan nyer tue.
tie,
wan tue betul2 kelantan sejati, azami ni dah kelantan murtad dah..semua dibantai nyer,
honey,
hai has, welcome to my blog, sama2 lah kita menjadi 'darat'
akak,,,
same je sume org yg xpnh p,,
jd lagu 2 la,,
tp tang mkn lam kuali 2,,,
aduyai,,,xblh trme tol,,haha~
seb bek cucu kuali,,
klo atok kuali,,bsr lg agknye,,
haha~
act ni dinda,,,
adik tkr nick,,
2 my real nickname,,,
tq;)
Post a Comment