Selama 4 hari berkursus, aku berulang alik dari rumah ke Hotel federal Bukit Bintang, walaupun kursus habis pukul 11 malam, aku akan berkejar untuk naik monorail dan LRT last 11.40 malam, sampai rumah pukul 12 malam, keesokkanya pagi2 dah keluar rumah, mujur juga my hubby kerja kat area Bukit Bintang. Penat memang penat, hari ke 2 berkursus dah demam..tapi gagahi juga sebab kursus kali ni memang penting yang buat aku bertambah2 stress.
Sebanyak 50 buah sekolah dari seluruh Malaysia, di panggil untuk menjalani kursus ni, sabah, sarawak pun ada (dia orang lagi jauh..datang naik belon) apa yang aku nak katakan pasal kursus ni, adalah kursus transformasi perubahan dasar iaitu dari KBSR ke KSSR (Kurikulum standard sekolah rendah) yerlah selama ni ramai cendekiawan, NGO2 yang banyak komplen tentang sistem pendidikan kita, so sekarang kementerian pelajaran mengambil tindakan menggubal satu dasar yang baru, yang akan diperkenalkan sepenuhnya pada tahun hadapan, bermula murid tahun 1. Kami yang 50 buah sekolah ni dijadikan rintis untuk melaksanakannya selama 3 bulan, bermula april hingga jun tahun 2009, apa yang buat aku tensen giler...aku kena mengajar menggunakan dasar yang baru ni dan akan dipantau oleh bahagian pendidikan guru kementerian pelajaran, putrajaya. kami dibekalkan dengan modul2 dan akan mengajar mengikut modul yang dibekalkan selama 3 bulan, macam latihan mengajar zaman maktab dululah pulak, kena buat alat bantu mengajar yang canggih2, hemm antara perubahan yang telah dibuat, subjek sejarah, geografi, ekonomi asas, keusahawanan, literasi ICT dan kemahiran hidup di masukkan di dalam sukatan, jadi murid2 tahun satu ni akan belajar benda2 ni semua, yang ini jer yang aku tahu, untuk subjek lain aku tak pasti, sebab aku pergi di bawah subjek Bahasa Malaysia, walaupun aku juga mengajar mathematic. Mujur juga guru besar tak letak aku di bawah mathematics, aku tengok perserta2 di bawah math, macam tensen sesangat, fasilitator garang2 dan agresif.
Bila fikirkan aku akan di observe, aku jadi stress..tambahan pula tak tahu bila orang kementerian nak datang, kalau latihan mengajar zaman maktab dulu, pensyarah akan bagi date bila nak datang observe, yang ni selama 3 bulan, setiap hari kena bersedia...terpaksa sahut cabaran!!!!!
2 comments:
ermm.. kak.. maknanya kementerian nie nak ajar budak tahun satu subjek sejarah, geografi, ekonomi asas, keusahawanan, literasi ICT dan kemahiran hidup ker??? semua itu???
parah la kalo gini...
a'ah, dia orang akan belajar semua tue, tapi dikumpulkan dalam satu subjek, tak berat sangat, sebab cuma sekali seminggu, belajar pun yang paling2 asas, mcm ekonomi tue basic jer. contoh: perbezaan barangan dan perkhidmatan..tu jer. geografi, tanah tinggi, tanah rendah, peta malaysia.
rasa murid tak parah, akak yang parah he..he..
Post a Comment