Dia seorang murid lelaki kelas 4C, pendiam berbanding budak2 lelaki lain di kelas tue, bajunya agak lusuh tapi bersih dan kemas. Walaupun prestasinya dalam kelas tidak begitu ok berbanding budak lain, tapi semua kerja yang aku beri dia siapkan...ada dalam satu hari tue, sebaik saja loceng rehat berbunyi, aku panggil dia, kamu belanja berapa ringgit sehari ? Dia cakap rm1.50. Aku terasa2 nak masukkan nama dia dalam murid RMT (ala yang makanan percuma untuk murid2 yang kurang berkemampuan) tapi aku was2..takut kalau dia keturunan indon, kalau indon sah2 tak layak dapat bantuan makanan tambahan...so..aku simpan dulu, nanti aku nak selidik latarbelakang dia..dan aku akan suarakan pada GPK Hem...
Oleh kerana kesibukan aku terlupa sama sekali perkara tue sehinggalah hari Isnin baru ni, diadakan sambutan hari Guru, aku ternampak dia datang agak lewat ke sekolah, membawa satu bungkusan ditangannya, bukan pembalut hadiah yang cantik hanya satu sampul surat yang lusuh..memang aku ternampak dan aku tak memperdulikannya, dan masa sesi pemberian hadiah dan saguhati dari anak murid, dengan tak disangka2 dia menghulurkan sampul surat lusuh tersebut kepada aku, dia hanya menghias dengan melukis bunga2 dan corak2 pada sampul surat tue, aku mengambil dengan senang hati dan tersenyum pada dia, banyak juga hadiah yang aku dapat, tapi anehnya hadiah dia lah yang aku buka dulu, tak sempat dirumah, aku dah tengok di sekolah lagi, dalamnya hanya berisi beg kain recycle dari pasaraya2 barangkali. Sangat2 terharu dan rasa sungguh sedih...walaupun dia tak berkemampuan tapi masih ingin memberi sesuatu kepada gurunya...ia lah hadiah yang ternilai bagi aku. Aku baru sebulan sahaja mengajar kelasnya, barangkali aku lah satu2nya guru yang pernah bertanyakan perihal dia..., dan mungkin dia terasa tidak terpinggir...
4 comments:
Terharu sal baca n3 ni,cian ya kat budak tu,orang susah kot.....
Sal pun cepat simpati dengan orang2 yang susah ni.
sape murid tue,,teringin skali guru kaunseling ne nak kenal dan dampinigi beliau.
murah atau mahal sesuatu hadiah tu tak penting kan kak, yang penting ingatan tulus ikhlas dia pada kita....semoga Allah permudahkan jalan baginya mendapatkan ilmu....
sal,
budak tue muka dia sedih, tue yang buat tambah kesian tue,
wan,
sebenarnya tak tau lagi latarbelakangnyha macamana, tapi tengok kat register ayah dia kerja sendiri, dan guru kelas dia beritahu dia selalu datang lambat ke sekolah, ayah dia lambat hantar.
ain,
yerlah ain, akak pun lagi menghargai atas ingatan tulus ikhlas dia tue, akak dapat tau, kat guru kelas dia pun dia tak bagi hadiah, bagi kat akak jer.
Post a Comment