Sunday, May 17, 2009

Thanks - kpd sesiapa yg wish hari guru kat aku

Oleh kerana bday boy demam, genap 2 tahun dapat demam pulak, dah tak leh celebrate, so lepak2 kat rumah, hari sabtu seawal pagi handphone aku asyik terima sms ..dari kawan2 wish selamat hari guru, agaknya cikgu2 ni syok sendiri, tak ada orang nak wish, wish sesama sendiri, celebrate pun untuk puak2 cikgu gak, tapi aku dengar khabar, PIBG sekolah aku nak celebrate kita orang kat Hotel Nikko. mak oiii....tak reti aku nak pergi kat hotel 5 bintang ni..
Thanks..untuk tie, kak engku, kak rami, aidi, yati samad, nor,zarina, kak ma, dan kakak2 aku yang sms wish selamat hari guru,
tak lupa bekas anak murid dari sk sulaiman, azawiyah (sdg belajar di mesir) firdaus (blaja kat luarnegeri lupa kat mana) tasya (dapat futher study medic kat oversea gak) sarala ( sedang buat TESL) syafini (seorang guru) berjaya dah dia orang semua ni, aku jugak yang jadi cikgu cabuk, tapi dah tua rupanya aku ni yekk....tak pa lah...dan tak lupa 3, 4 orang parent pada anak2 murid aku di 1A, tq jugak pada ain yang wish kat shoutmix kat bawah tue...he..he..
Jom kita tengok antara sms best yang aku dapat


Guru cemerlang
masa sekolah banyak merancang
Guru gemilang
semua kursus dia datang
Guru terbilang
semua benda dia buat seorang
Guru temberang
Dalam kelas banyak sembang
Guru perasan
Dalam kelas syok sorang2
Guru curang
Masuk kelas selalu hilang he..he... (aku cikgu rajin)
Banyak dapat bunga????
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat pen???
Tannda guru bijak melakar kata
Dapat pemadam???
Tanda guru bijak memadamkan dusta
Dapat mesej???
Tanda guru sentiasa diingatan
Guru bukan macam skateboard
Belum main gilap
Dah main pijak
Guru bukan macam bola sepak
Belum dapat kejar, dah dapat tendang
Guru bukan macam bulu tangkis
Belum main pegang, dah main pukul
Guru Ibarat bola Ragbi
Belum dapat rebut, dah dapat dilindungi
Guru macam jari, lukanya sembuh sendiri
Hilang tiada ganti
Salam buat teman seperjuangan
Sangat mulia keje kita tapi kita sering dikata berkira
Sibuknya kita tapi sering dikata tiada keje
Penatnya kita mendidik anak bangsa
Sering disebut guru kini tersangatlah manja
Tetapi kita seorang guru yang setia,
teruskan perjuangan ikhlaskan hati.
One cent cam start a million
One smile can start a friendship
One touch can show u care
One teacher like you make d school worth staying.
Ada lagi tapi aku dah letih, nak sambung buat keje tesis aku.....selamat hari guru...........

2 comments:

Ain said...

kalau guru dapat keychain, tandanya apa? pengikat dan kunci kasih sayang....boleh??? pasal apa tau dia yang selalu ingatkan anak2 kita tarikh2 penting yang perlu diraikan sebagai menghargai insan2 tersayang...

kak lela said...

betul lah ain, pandai lah ain ni, tahun depan boleh akak tambah kat sms tue idea ain ni, cikgu pun tak terpikir benda tue..he..he..