Tuesday, June 24, 2008

Geram aku...

Asyik geram jer mana tak cepat tua, he..he..walaupun bukan aku yang kena tapi aku angin juga..ni lah pasal nurse datang sekolah untuk bagi imunisasi kat budak darjah satu, doktor pun ada sama, kelas aku dah lepas..tiada masalah sebab kad kesihatan semua dah complete, maklumlah kelas pandai selalu ibubapa lebih efisien betul ke eja ni..buku rekod kesihatan dia orang dah lengkapkan semua, masalah kalau kat kelas hujung2 ni, aku tak kata parent kelas ni tak efisien..mungkin mereka ada masalah dan sebab tersendiri, ataupun knowledge mereka bab2 ni agak kurang sikit, hampir separuh murid sekolah aku adalah anak2 warga seberang, tapi dilahirkan dimalaysia dan menjadi warganegara Malaysia mendapat keistimewaan macam kita juga bantuan buku teks, rmt, biasiswa dsbnya...untungkan...mudahnya nak jadi warganegara Malaysia..yang aku nak fokus kat sini biasanya parents dikalangan pendatang ni lah bermasalah sikit, mungkin dia orang tak tahu nak isi ke apa..atau tak ada masa sebab seharian kerja mencari rezeki...Yang aku angin dengar cerita dari guru Kelas 1E ..dia kena marah dengan doktor sebab buku rekod kesihatan murid kelas dia banyak tak lengkap, tak bertandatangan, tak ada rekod imunisasi, boleh ke doktor tu cakap, kenapa sekolah cina yang murid 40 dan 50 orang tak ada masalah macam ni, cikgu2 dia orang dapat buat, ni setakat satu kelas 30orang pun cikgu tak dapat handle, sepatutnya cikgu kena pergi buat home visit rumah ke rumah budak2 ni dapatkan maklumat sendiri dari parent dia orang. Sambil tue boleh juga cikgu claim... adioss...!!! aku dengar cerita pun bengang, apa ke halnya kita orang cikgu nak pergi rumah ke rumah ambik rekod dan butiran kesihatan budak, ingat kita orang ni kerja dengan kementerian kesihatan ke, nurse atau jururawat desa bolehlah pergi buat homevisit..macam dia orang dok buat tue..melawat ibu bersalin ke apa...kerja kita orang mengajar sahaja dan jadi perantara kepada nurse2 ni, dia orang tak tau ke..betapa kita orang terpaksa mencari masa untuk timbang berat dan ukur tinggi budak, disamping tue kena cek kadar penglihatan budak..yang guna Kad dan tutup mata sebelah...tue, padahal kita orang tak ada basic lansung pasal tue, cuma tawakal jer harap2 ujian mata yang kita orang buat ni betul dan tak ada masalah, Kalau tidak nanya budak2 tue.
Satu lagi tak ada peruntukan ..yang kita orang ni boleh claim, sedangkan bawak budak2 untuk kokurikulum pun tak leh claim inikan nak pergi rumah ke rumah semata2 nak lengkapkan rekod kesihatan budak2....walaupun kakitangan kerajaan tak semestinya sama, mungkin warga kementerian kesihatan boleh claim kalau buat home visit, kita orang tidak... @#$&***@#%^%^%

Monday, June 23, 2008

Kadang-kadang rasa hidup ni macam bosan jer...

Korang pernah tak rasa macam tue, rasa bosan, malas, apa kerja pun tak mau buat..aku sejak dok KL selalu rasa macam tue, rasa bosan, nak pergi sekolah pun malas..dulu2 kalau kat sekolah lama ada juga part2 yang happy leh juga gelak2 dan bergosip he..he..dalam meeting pun sempat gak tulis2 kat kertas then pass kat member..kadang2 main sms walaupun duduk dalam bilik mesyuarat..ha..ha..sms bukan apa kalau ada yang tak kena jer atau tensen ngan gb meeting lama sangat...kadang2 aku fikir juga..betul ke keputusan yang aku buat..kalau tak pindah mesti aku dah ceria kat sana, tapi dari satu segi lain..hidup aku bahagia cuma dok KL jer aku tak bahagiaaa....uwaaa tensen..tensen..
Yang kadang2 buat aku lagi tensen, aku rasa sejak dok KL aku nampak tua..(memang dah tua pun) dok perasan muda lagi...bukan apa classmate anak aku tengok majalah sekolah lama..ada gambar aku dalam tue...kawan alia boleh cakap...'Eh mak awak dulu cantik lah..' cis kureng asam punya budak..maknanya sekarang aku tak cantik lah..nihh!!! Nak kena budak ni..., agaknya aku ni semakin tua, badan pun berisi sikit lepas bersalin, baju2 kebaya lama mana muat dah..pakai baju kurung dan kurung pahang jer .., lagipun dok KL aku jarang sangat dah beli kain..tak jumpa geng kot, macam kat bentong...cikgu2 sana gila kain, pantang ada kain keluaran terbaru di pasaran..he..he..dah tue yang berniaga kain pun ramai..tue yang koleksi baju macam2 fesyen ada tue, kat sekolah sini cikgu tak dibenarkan pakai blouse dan skirt, jadi nak bergaya tue dah terhad, emm tambahan pulak nak cari tailor yang bagus macam Nyonya sau kuan..jahit baju aku dulu...susah...so jadilah aku selekeh jer kat sekolah ni...layu jer. Elok guru besar ni hantar kita orang cikgu2 baru ni gi kursus motivasi..sebab semuanya layu macam bunga kembang tak jadi...TAPI HAKIKATNYA SEKOLAH NI TAK BESTTTTTT..............

Monday, June 16, 2008

Dah bersawang blog ni

Lama dah tak update blog, sejak laptop aku rosak rasa malas jer nak update, tambah pulak bz dengan kerja, kat sekolah baru habis exam, sibuk tanda kertas isi markah apa semua, then this week nazir nak datang, adehlah...aku paling benci nak buat dokumentasi apa semua, alangkah bagusnya kalau cikgu ni mengajar jer..tak payah buat kerja-kerja perkeranian..buat minit mesyuarat, buat analisa, isi borang tue, isi borang ni, timbang berat dan ukur tinggi murid...semua tue beban bagi cikgu, sampai ko-bisnes mengajar tue..dah jadi nombor 2, apa taknya, apa2 jer mesti ada dokumentasi ada black n white, semetelah pulak aku pegang jawatan s/u panatia bahasa malaysia, dan penyelaras Kia2m, s/u kelab bola tampar lagii....rasa macam nak demam up date semua fail2 ni....lantaklah labu...aku siapkan yang mana aku mampu dah lah

Wednesday, June 4, 2008

Dah riuh semula

Dah balik dah anak2 aku dari rumah abah dia, semalam aku pergi ambil kat Tesco ampang, riuh rendah bercerita, abah bawa dia orang pergi sana sini, beritahu auntie bagi duit rm50 sorang 'mama abah pesan suruh beli seluar ketat untuk pakai berenang' emm oklah nanti kita beli, alia dan alissa cerita pergi majlis kenduri kawin ..orang semua tanya mama..dah dapat adik ke? adik nama apa?..abah baru baik tak?? Aku tanya alia.., alia jawab apa? Mesti jawab 'entah'...alia cepat2 bidas cakap aku...kalau alia jawab entah tentu orang pikir abah tak baik...alia jawab baik..lah mama! Hmmm..pandai pun jawab..anak mama ni. Aku tanya abah atos baik ke? Serentak budak2 ni jawab baikkkk....!!!!! he..he...Baik ada makna tue...nak minta belanja donat JCO lah tue..