Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya (yey...i'm so happy)

Selamat Hari Raya pada pengunjung2 blog aku ni, best nyer tak sabar nak balik kampung sambut hari raya, kali ni giliran raya kat kampung aku dulu..tue yang best tue, setiap kali hari raya. Tugas aku ialah masak lauk pauk, dari rendang, serunding(jarang2 buat) kari daging, kuah kacang...semua aku buat, dari zaman anak dara itulah tugas aku , orang lain buat ketupat daun palas atau mengemas rumah.
Agaknya sebab dia orang dah biasa makan masakan aku..dah serasi, so bila aku beraya kat rumah mertua, kenalah orang lain ambik alih, hemm adalah yang komplen biasa adik akulah..kak duyah masak rendang tak sedap lah..atau pun dia akan bisik pada aku, kak lela jangan bagi kak na masak kuah kacang..dia masak tak sedap..!!! He..he.. aku pun banggalah orang suka masakan aku, bila dah kena puji..hilang rasa penat tau..tue yang bersemangat nak masak niiii.

Tapi tahun ni entahlah...ada izzmi ni belum tentu boleh masak ke tak?? Manja dia sekarang, tak nak dengan orang lain, dengan abah dia pun dah kureng, kalau aku kat dapur dia mesti ke dapur paut kaki aku tue yang tensen sikit, tapi kali ni suami aku ada bolehlah tengok2 kan izzmi, macam balik cuti hari tue my hubby tak ada susah nak masak dan buat keje lain..

Ok..untuk semua selamat hari raya, maaf zahir batin, dan berhati-hati di jalan raya.

Tuesday, September 23, 2008

Aku ni....

- Seorang yang penyayang tapi juga seorang egois.
- Seorang pemaaf tapi tak sesekali melupakan.
- Lembut hati..tapi juga mengungkit.
- Ikhlas tapi mengharapkan balasan..dan dihargai.

Teruk tak aku ni???, aku rasa ia check and balance, kerana kita hidup mesti bertolak ansur dan saling menghargai, kalau terlampau berlembut hati nanti orang tak hiraukan dan fikirkan perasaan kita, mengungkit juga perlu kerana kita hidup atas prinsip..

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan datang lagi..

Dah 17 hari kita berpuasa, syukur alhamdulilah kerana kita berpeluang menyambut ramdhan sekali lagi pada tahun ni, aku sememangnya berazam untuk merebut pahala berlipat ganda pada bulan puasa ni, tapi adakalanya situasi tak mengizinkan buat aku rasa keciwa ...maklumlah ada baby,banyak masa menguruskan dia sahajalah, dengan peel tak mau tido dia tue..buat aku haru biru tapi itu semua alasan..kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..

Selalunya bila bulan puasa ni, kita mesti akan terkenang orang tua kat kampung, macamana lah situasi mereka di sana? Makan apa? bulan puasa macam ni aku paling ingat pada ayah aku, sebelum dia kena stroke dulu, memang ayah kuat makan, kalau bulan puasa ada menu tetap dia, tauhu sumbat dan goreng keledek, wajib ada. kadang2 kita orang bersungut juga, boring asyik kena buat goreng keledek jer, tapi ..mak aku kata mujur juga goreng keledek senang jer nak buat, kalau dia nak makan kuih seri muka ke..lepat pisang ke??? lagi haru..Masuk ramadhan yang ini dah dua tahun ayah berpuasa sejak sembuh dari stroke dia tue, sekarang pun makan dah control tak makan yang berlemak lagi, menu ayah yang utama sekarang sup sayur dan ikan goreng itu saja, ayah pun dah kurus berbanding dulu, dan bila dah kurus nampak sangat wajah dia yang tua..Memang ayah aku seorang yang rajin dizaman sihat dia dulu, ayah rajin meneroka tanah2 terbiar untuk tanam kelapa sawit..sekarang ayah dapat menikmati hasil lumayan dari tanaman kelapa sawit dia tue, sampai dapat upgrade rumah aku kat kampung tue dengan nilai rm49k, by cash. Tapi sayangnya ..zaman senangnya dia dalam keadaan tak sihat..tangan kiri ayah masih tak boleh gerak..mungkin ada hikmah disebalik itu semua.

Ayah aku walaupun garang zaman mudanya, tapi dia seorang yang sangat pentingkan pelajaran, sebab tue lah kami ke enam2 anak2nya semua berjaya, walaupun tak kaya tapi alhamdulilah boleh hidup selesa.Boleh dikatakan hampir semua anak2nya berijazah Ayah aku jenis tak kedekut, kalau dia ada duit..dia akan bagi anak2nya makan yang sedap2, sebab tuelah walaupun kami anak peneroka ..aku dah biasa makan ikan2 atau udang, ketam  yang mahal dan besar2 tue...tapi terhad yang jual kat felda jer lah..he..he..dan setiap kali hari raya satu2nya kakak ipar aku tue yang tak bekerja tue akan dapat duit raya dari ayah..he..he..sebab kami semua berkerja ayah tak bagi duit raya, tapi cucu2 dia yang 14 orang memang dia bagi banyak..bayangkan kalau sorang dapat rm20.

Entah kenapa aku ingat sangat pada orang tua kat kampung especially ayah aku, seorang yang pendiam, tak banyak cakap, sayang semua anak2 dan menantu2. aku bangga punya ayah dan mak seperti mereka berdua, walaupun hanya orang kampung, peneroka felda saja ..tapi aku bangga!