Saturday, May 30, 2009

Kes ragut beramai-ramai


Ha..ha...stress punya pasal, saja nak menghiburkan hati sendiri, aku ambik kat cari.com

btw thesis aku dah 95% siap....tinggal untuk final touch.

Sunday, May 24, 2009

Aku bukan tak nak join

Jumaat lepas sekolah aku ada dinner kat hotel Nikko, sumbangan PIBG untuk meraikan hari guru, aku memang tersangat2 teringin nak pergi tapi apakan daya, sangat2 kritikal, thesis aku tak siap lagi, sedangkan masa ada 2 minggu lagi, untuk masa depan aku juga...kalau tak siap aku tak boleh grad tahun ni, tak merasalah aku untuk dapat gaji dg41 tahun depan, so terpaksalah memujuk hati..melupakan mereka yang bersukaria di sana, dan aku memerah otak mengadap laptop hu..hu...

Saturday, May 23, 2009

Dah tukar template

Masih suka yang lama, tapi ada sedikit jemu, untuk merubah mood buat seketika, nanti aku pakai balik template tue semula...sekadar tukar jer, belum ada masa nak buat widget.....nantilah.....sangat2 bz.

Tuesday, May 19, 2009

Bagiku ia sangat bernilai..

Dia seorang murid lelaki kelas 4C, pendiam berbanding budak2 lelaki lain di kelas tue, bajunya agak lusuh tapi bersih dan kemas. Walaupun prestasinya dalam kelas tidak begitu ok berbanding budak lain, tapi semua kerja yang aku beri dia siapkan...ada dalam satu hari tue, sebaik saja loceng rehat berbunyi, aku panggil dia, kamu belanja berapa ringgit sehari ? Dia cakap rm1.50. Aku terasa2 nak masukkan nama dia dalam murid RMT (ala yang makanan percuma untuk murid2 yang kurang berkemampuan) tapi aku was2..takut kalau dia keturunan indon, kalau indon sah2 tak layak dapat bantuan makanan tambahan...so..aku simpan dulu, nanti aku nak selidik latarbelakang dia..dan aku akan suarakan pada GPK Hem...
Oleh kerana kesibukan aku terlupa sama sekali perkara tue sehinggalah hari Isnin baru ni, diadakan sambutan hari Guru, aku ternampak dia datang agak lewat ke sekolah, membawa satu bungkusan ditangannya, bukan pembalut hadiah yang cantik hanya satu sampul surat yang lusuh..memang aku ternampak dan aku tak memperdulikannya, dan masa sesi pemberian hadiah dan saguhati dari anak murid, dengan tak disangka2 dia menghulurkan sampul surat lusuh tersebut kepada aku, dia hanya menghias dengan melukis bunga2 dan corak2 pada sampul surat tue, aku mengambil dengan senang hati dan tersenyum pada dia, banyak juga hadiah yang aku dapat, tapi anehnya hadiah dia lah yang aku buka dulu, tak sempat dirumah, aku dah tengok di sekolah lagi, dalamnya hanya berisi beg kain recycle dari pasaraya2 barangkali. Sangat2 terharu dan rasa sungguh sedih...walaupun dia tak berkemampuan tapi masih ingin memberi sesuatu kepada gurunya...ia lah hadiah yang ternilai bagi aku. Aku baru sebulan sahaja mengajar kelasnya, barangkali aku lah satu2nya guru yang pernah bertanyakan perihal dia..., dan mungkin dia terasa tidak terpinggir...

Sunday, May 17, 2009

Thanks - kpd sesiapa yg wish hari guru kat aku

Oleh kerana bday boy demam, genap 2 tahun dapat demam pulak, dah tak leh celebrate, so lepak2 kat rumah, hari sabtu seawal pagi handphone aku asyik terima sms ..dari kawan2 wish selamat hari guru, agaknya cikgu2 ni syok sendiri, tak ada orang nak wish, wish sesama sendiri, celebrate pun untuk puak2 cikgu gak, tapi aku dengar khabar, PIBG sekolah aku nak celebrate kita orang kat Hotel Nikko. mak oiii....tak reti aku nak pergi kat hotel 5 bintang ni..
Thanks..untuk tie, kak engku, kak rami, aidi, yati samad, nor,zarina, kak ma, dan kakak2 aku yang sms wish selamat hari guru,
tak lupa bekas anak murid dari sk sulaiman, azawiyah (sdg belajar di mesir) firdaus (blaja kat luarnegeri lupa kat mana) tasya (dapat futher study medic kat oversea gak) sarala ( sedang buat TESL) syafini (seorang guru) berjaya dah dia orang semua ni, aku jugak yang jadi cikgu cabuk, tapi dah tua rupanya aku ni yekk....tak pa lah...dan tak lupa 3, 4 orang parent pada anak2 murid aku di 1A, tq jugak pada ain yang wish kat shoutmix kat bawah tue...he..he..
Jom kita tengok antara sms best yang aku dapat


Guru cemerlang
masa sekolah banyak merancang
Guru gemilang
semua kursus dia datang
Guru terbilang
semua benda dia buat seorang
Guru temberang
Dalam kelas banyak sembang
Guru perasan
Dalam kelas syok sorang2
Guru curang
Masuk kelas selalu hilang he..he... (aku cikgu rajin)
Banyak dapat bunga????
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat pen???
Tannda guru bijak melakar kata
Dapat pemadam???
Tanda guru bijak memadamkan dusta
Dapat mesej???
Tanda guru sentiasa diingatan
Guru bukan macam skateboard
Belum main gilap
Dah main pijak
Guru bukan macam bola sepak
Belum dapat kejar, dah dapat tendang
Guru bukan macam bulu tangkis
Belum main pegang, dah main pukul
Guru Ibarat bola Ragbi
Belum dapat rebut, dah dapat dilindungi
Guru macam jari, lukanya sembuh sendiri
Hilang tiada ganti
Salam buat teman seperjuangan
Sangat mulia keje kita tapi kita sering dikata berkira
Sibuknya kita tapi sering dikata tiada keje
Penatnya kita mendidik anak bangsa
Sering disebut guru kini tersangatlah manja
Tetapi kita seorang guru yang setia,
teruskan perjuangan ikhlaskan hati.
One cent cam start a million
One smile can start a friendship
One touch can show u care
One teacher like you make d school worth staying.
Ada lagi tapi aku dah letih, nak sambung buat keje tesis aku.....selamat hari guru...........

Thursday, May 14, 2009

Happy Birthday to Izzmi

Happy Birthday, adik dah 2 tahun pun, sorilah adik mama agak bz, kalau ada masa malam ni kita celebrate yer, mama beli kek kat secret recipe nanti.

Tuesday, May 12, 2009

Bercuti dari memblog

Untuk kawan2 semua, aku terpaksa bercuti dari memblog buat seketika kerana amat sibuk menyiapkan research untuk projek first degree aku...(dah tua2 baru nak blaja, orang lain dah ambik master, aku baru terhegeh2 untuk first degree) semetelah tue tak ada cite menarik untuk dikongsi bersama.......tapi kalau ada cite yang havoc aku akan tulis jugak..

ok..jam sekarang menunjukkan 4.15 pagi huargh...ngantuknya zzzzzzzzz....................

Tuesday, May 5, 2009

Apa ni????


Aku pun tak pasti apa benda, ahad baru ni pergi ke tanjung karang, singgah kat bagan tempat jual ikan yang kotor giler tue..my hubby park keta berhadapan dengan sebuah rumah tinggal, anak2 aku, alia dan alissa malas nak keluar, nak tunggu dalam kereta jer, so aku, my hubby bersama izzmi jer lah keluar, alia dan alissa tunggu dalam kereta, oleh kerana kebosanan di tempat yang hamis dan busuk bau ikan, aku ambik keputusan balik ke kereta, sebaik saja masuk kereta, anak aku alissa macam ketakutan, dia kata dia nampak hantu kat rumah kosong tue,..aku antara percaya dengan tak...??? mana ada hantu siang2 ni, betul maa!!! alissa ada tangkap gambar ni buktinya, hurmmm...aku cuba menidakkannya dengan memberi pelbagai kemungkinan, biasan cahaya kot, ataupun silauan dari cermin kereta yang lalu lalang.., aku cuba pandang rumah tue berkali2 cari objek putih tersebut, tak nampak apa2 pun, untuk memuaskan hati ambik hp aku...fokus pada tempat tersebut, tak ada pun objek putih tue..., aku mula risau, baca ayat2 kursi, kerana aku sememangnya lemah semangat, andai ada sesuatu pada malamnya aku mesti mengigau, andai aku mengigau mesti ada sesuatu, selalu terjadi macam tue, tapi alhamdulilah berkat ayat kursi malam tue aku tak diganggu oleh sesuatu yang aneh,..tapi masih tertanya2 apa bendakah itu yang menyerupai kepala manusia berbentuk tengkorak..atau pocong, entahlah masih tiada jawapan, entiti barangkali.

Monday, May 4, 2009

Happy Birthday To My Beloved Hubby






i.

Untuk Abang:



  • selamat hari jadi yang ke 38 tahun


  • Semuga abang panjang umur, murah rezeki.


  • Semuga abang sukses selalu.


  • Semuga dalam lindungan allah.


  • Semuga hidup abang diberkati.


  • Semuga abang cepat kaya.


  • Semuga ..semuga..semuga.......apa saja yang terbaik untuk diri abang,


  • and wish ur dreams come true..


  • all da best for you


  • Love u so much

Tak ada hadiahlah bang, sebab duit nak beli hadiah nak bayar duit langsir kat sal...ha..ha..tengok tue sal..harap abang tak kecik hati yer, rumah kita gak yang cantik nanti......