Friday, March 27, 2009

Aku bukan Orang Ulu

Petang ni ada masa terluang, hari jumaat balik cepat, izzmi pun tidur ada masa untuk aku surf internet, blog walking, tapi tengok kat bloglist aku tue, tak ada entry yang terbaru, masing2 tak update bz agaknya, macam aku juga lah..so aku pun mengodei blog che det, baca post2 terbaru dan yang lepas, dan aku terjumpa satu artikel yang Tun tulis yang aku kira sangat menarik....coz aku pun orang kedah jugak, cuma aku buka orang Ulu he..he..

By
Dr. Mahathir Mohamad on February 11, 2009 3:05 PM
Orang Ulu
1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.

2. Ada yang terdiri daripada adik-beradik Mak saya. Ada Tok Karin (loghat Kedah - Kaghin), Lebak, Din, Mak Chah, Mak Bedah, Mak Doh. Orang pekan anggap orang ulu ini agak kolot dan lekeh. Mereka jalan kaki, naik perahu untuk ke pekan Alor Setar (Aloq Staq). Tak pakai kasut pun.

3. Bahasa mereka juga lain daripada bahasa kami orang pekan. Sesungguhnya mereka tak tahu apa. Bawak buah sikit, padi huma, beras pulut, sebagai buah tangan. Kadang-kadang mereka tidur di rumah tak perlu katil, hampar tikar sudah cukup.

4. Di sekolah Inggeris ramai juga anak orang ulu belajar bersama saya. Mula kekok sikit tetapi cepat faham dan guna bahasa Inggeris. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini. Kadang-kadang lulusan lebih baik daripada anak orang pekan

.5. Saya ke universiti. Budak Melayu tak ramai. Tapi di antara mereka ada juga anak orang ulu, terutama di Fakulti Sastera. Lulus Bachelor of Arts (B.A. - Sarjana Muda Sastera) mereka sertai Kerajaan, ramai di Kementerian Luar. Jadi second secretary (setiausaha kedua), first secretary (setiausaha pertama) dan kemudian jadi duta.

6. Boleh juga cakap orang putih dengan orang putih, anak orang ulu ni. Boleh berhujah dan bergaya sebagai Pak Duta.

7. Sebenarnya ramai anak orang ulu yang belajar sehingga dapat Phd. (Doktor Falsafah) di universiti luar negara kembali jadi pegawai tinggi Kerajaan.

8. Sekarang anak orang pekan pun susah nak kerja di luar negeri. Tak suka cocktail party kerana segan nak bercakap. Orang asing nak cakap bahasa lain, kerap kali guna bahasa Inggeris. Tetapi ini bukan masalah. Yang jadi masalah di cocktail party orang minum arak. Sebab itu pegawai tak suka pergi cocktail party.

9. Yang suka pergi cocktail party pegawai bukan Melayu. Mereka boleh bergaul dengan orang asing, bercakap dengan mereka bukan main fasih lagi, dan sudah tentu minum arak. Tetapi berguna juga mereka kerana mereka dapat dengar dan faham pendapat duta-duta asing.

10. Nampak sekarang sama saja - anak orang ulu atau anak orang pekan. Dulu kedua-dua boleh, sekarang kedua-dua pun tak boleh.

11. Pada pengalaman saya sejak 70-tahun dahulu, anak orang ulu ada kebolehan, tak kolot, tak lah lekeh sangat. Bila diberi peluang boleh buat. Anak kawan saya, Hassan Nawin (orang ulu dalam kelas saya) jadi pilot Boeing 747. Ada yang jadi doktor, pakar bedah, peguam, duta dan macam-macam lagi.

12. Rupa-rupanya mereka tak begitu lekeh. Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar. Mereka boleh, kalau diberi peluang. Kalau tak percaya, buat kajian. Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa? Ramai juga orang ulu.
13. Saya sendiri tak mimpi jadi doktor. Zaman saya di sekolah, doktor Melayu yang saya tahu hanya Doktor Arif, Pulau Pinang.
14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.

15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.
16. Hai lah nasib!

Aku respek sangat pada che det, dulu, kini dan selamanya, biarlah orang nak kata apa pun kat dia, tapi dialah pemimpin ulung, lagipun dia orang kedah..loghat kedah dia tak pernah hilang,aku bangga dengan Tun, cuma aku agak terkilan kerana Mukhriz kalah ditangan khairy Jamaludin, aku tak suka dia. walaupun ada kawan aku sorang ni cakap si khairy ni hensem.....he..he..,

Ni link nye...http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/orang-ulu.html

Wednesday, March 25, 2009

Stress yang dapat

Selama 4 hari berkursus, aku berulang alik dari rumah ke Hotel federal Bukit Bintang, walaupun kursus habis pukul 11 malam, aku akan berkejar untuk naik monorail dan LRT last 11.40 malam, sampai rumah pukul 12 malam, keesokkanya pagi2 dah keluar rumah, mujur juga my hubby kerja kat area Bukit Bintang. Penat memang penat, hari ke 2 berkursus dah demam..tapi gagahi juga sebab kursus kali ni memang penting yang buat aku bertambah2 stress.
Sebanyak 50 buah sekolah dari seluruh Malaysia, di panggil untuk menjalani kursus ni, sabah, sarawak pun ada (dia orang lagi jauh..datang naik belon) apa yang aku nak katakan pasal kursus ni, adalah kursus transformasi perubahan dasar iaitu dari KBSR ke KSSR (Kurikulum standard sekolah rendah) yerlah selama ni ramai cendekiawan, NGO2 yang banyak komplen tentang sistem pendidikan kita, so sekarang kementerian pelajaran mengambil tindakan menggubal satu dasar yang baru, yang akan diperkenalkan sepenuhnya pada tahun hadapan, bermula murid tahun 1. Kami yang 50 buah sekolah ni dijadikan rintis untuk melaksanakannya selama 3 bulan, bermula april hingga jun tahun 2009, apa yang buat aku tensen giler...aku kena mengajar menggunakan dasar yang baru ni dan akan dipantau oleh bahagian pendidikan guru kementerian pelajaran, putrajaya. kami dibekalkan dengan modul2 dan akan mengajar mengikut modul yang dibekalkan selama 3 bulan, macam latihan mengajar zaman maktab dululah pulak, kena buat alat bantu mengajar yang canggih2, hemm antara perubahan yang telah dibuat, subjek sejarah, geografi, ekonomi asas, keusahawanan, literasi ICT dan kemahiran hidup di masukkan di dalam sukatan, jadi murid2 tahun satu ni akan belajar benda2 ni semua, yang ini jer yang aku tahu, untuk subjek lain aku tak pasti, sebab aku pergi di bawah subjek Bahasa Malaysia, walaupun aku juga mengajar mathematic. Mujur juga guru besar tak letak aku di bawah mathematics, aku tengok perserta2 di bawah math, macam tensen sesangat, fasilitator garang2 dan agresif.

Bila fikirkan aku akan di observe, aku jadi stress..tambahan pula tak tahu bila orang kementerian nak datang, kalau latihan mengajar zaman maktab dulu, pensyarah akan bagi date bila nak datang observe, yang ni selama 3 bulan, setiap hari kena bersedia...terpaksa sahut cabaran!!!!!

Saturday, March 21, 2009

Melayan cite slumdog milionaire

Ngantuk sangat tidur hampir pukul 1.30 pagi, sebelum tu adik aku datang ajak keluar makan nasi lemak kat keramat, dia kata nasi lemak tue best, aku pun 4 beranak apa lagi dah ada orang nak belanja, ikut jerlah, sampai kat tempat tue, terkejut tengok orang beratur panjang, aku cakap pada adik aku, macamana kita nak makan ni, takkan makan sambil berdiri...he..he., yerlah tengok sebegitu ramai orang sedang beratur dah tentu tak cukup kerusi meja, sedap sangat ke??? hemm rupa2nya nasi lemak ni self service, kena beratur ambik makanan dulu, tak pa lah, aku suruh alissa booked tempat, dan alia pergi beratur sementara zairol cari parking, tak lama sangat beratur pun cepat jer, kita orang berempat makan nasi lemak lauk ayam, memang sedap nasi lemak situ marbeless, gerai biasa jer kat taman perumahan, tapi ramai betul orang makan kat situ..
Ok Balik rumah..adik aku suruh aku tengok cite yang memenangi 8 oscar ni, mula2 aku macam malas nak tengok tapi eh..best pulak..cerita yang penuh dengan nilai kemanusiaan ..reality of India...cerita yang melawan arus, patut pun boleh menang banyak oscar.

So hari ni kena lah tinggalkan anak2 untuk berkursus. Boringgg!!!!!!!!!!

Friday, March 20, 2009

Aku benci berkursus!!

Mungkin masa bujang dulu aku seronok pergi berkursus, dapat keluar daerah tidur dan makan kat hotel, tapi bila dah kawin, ada anak2 tambah2 ada baby, kursus lah antara perkara yang aku nak elak, kalau anak kecik umur 3,4 tahun ok lagi, boleh arrange duduk dengan babysitter ke, ni anak2 dah besar, dah bersekolah, sapa nak antar dan jemput dari sekolah, nak ponteng dia orang ada exam, susah hati aku, satu lagi duduk KL ni serba payah, nak ke sesuatu tempat jauh, kalau tak berani, atau tak tahu jalan sesat barat lah jawabnya. Tensen!!!
Btw, my hubby dah pun balik kelantan, tinggallah aku, sepatutnya ikut sama tapi kerana aku berkursus, dan tak boleh nak escape, kerana memenuhi tugas dan arahan taik kucing! geram tak hilsng lagi ni..., tensen bila ingat esok aku terpaksa mendaftar kat Federal Hotel Bukit Bintang jam 2.30 petang, malamnya ada taklimat pukul 8.30 mlm. Bak kata cik puan tue, kita bertuah kerana sekolah kita dipilih untuk mewakili wilayah persekutuan, kursus ni untuk satu malaysia..yerlah tue cik puan!!! saya hanya menurut perintah!!

p/s tengah berkira2 naik isi borang tukar, masuk selangor pulak.

Thursday, March 19, 2009

Tak pa!!! akan aku ingat sampai bila2

Dah 2 kali dah cik puan tue buat kat aku macam ni, dulu sekali masa suami aku masuk wad, dia tak bagi aku exquse, ini kali ke 2, dia cakap ini tugas dan arahan kalau duduk dekat pun kalau dah di takdirkan, tak dapat jumpa juga, aku minta pelepasan pada dia untuk tidak menghadiri kursus selama 3 hari di Federal Hotel Bukit Bintang bermula ahad ni kerana aku nak balik kelantan sebab mertua aku sakit. Itu jawapan yang aku terima dari dia hampeh betul!!! Ini tugas dan arahan.(konon)!!! Nanti aku bom pejabat dia baru tau...!!!!

Wednesday, March 18, 2009

Gelagat anak2 aku berblog

Gelihati, geram, tensen pun ada dengan my doters 2 orang ni. blog, aku lah yang terlibat dalam menterjerumuskan dia orang dalam arena bloging ni. Yang si kakak tue ok lagi dah 12 tahun, yang 9 tahun pun nak ada blog jugak. Oleh kerana dia orang dihadkan sehari boleh berinternet selama sejam jer, so masing2 akan berebut, nak dulu, itu satu, masing2 berlumba blog sapa yang paling ramai datang melawat. Dan saling dengki mendengki pulak tue, kalau si kakak ada kenalan blogger adik pun nak juga, he..he..contoh yang baik ..si adik jeles bila si SUFI selalu komen kat blog kakaknya, dan pernah sekali aku terpaksa minta maaf dengan salah seorang blogger sebab kerenah 2 beradik ni lah, berebut, yang si adik bagitahu, kawan aku jangan ambik, nasib baik budak tue ok, siap cakap lagi, best jugak kalau ada orang berebut macam artis pulak.
Sesuai dengan usia dia orang, begitulah dengan blog dia orang penuh warna-warni, serabut kepala aku tengok, fikir2 semula, biarkanlah asal itu boleh buat dia orang gembira. Aku kesian kat dia orang sebenarnya sejak pindah KL, terkurung dalam rumah kawan pun tak ada, masa kat bentong dulu, ada kawan dikalangan anak2 jiran, boleh main2 bersama, di sini kawan pun tak ada, hanya ada kawan2 sekolah itu pun jauh. Betapa ruginya kanak2 zaman sekarang, tak kenal dengan main pondok2, main teng - teng, polis sentri, tapi zaman dah berubah agaknya kalau ajak dia orang main polis sentri atau pondok2 mesti dia orang gelak, dan akan cakap ntah apa kebenda main macam ni....

Hati ku yang rawan

Bangun tidur hari ni, emosi macam tak stabil, kusut fikiran, segalanya serba tidak menyenangkan. Apa yang berlaku setiap hari di depan mata. menjengkelkan aku, menerbitkan rasa.... entahlah tak boleh nak aku gambarkan dengan kata2. Biar aku simpan sahaja dalam hati, berdoa supaya perkara ni berakhir secepat mungkin, supaya aku dapat meneruskan kehidupan sehari2 dengan tenang. Hemm , solat dapat mencegah kemungkaran, tapi apa yang berlaku di depan aku, adalah di sebaliknya. Ya Allah ya tuhan ku, tunjukkan kami jalan yang lurus yang engkau redhai.

Tuesday, March 17, 2009

Bila mulut cepat pada otak...

Kejadian ni betul2 buat aku bengang, eii geram betul, petang semalam sebaik saja kedengaran azan maghrib, hp aku berbunyi..aku meminta alia tolong pick up, si pemanggil diam saja, tak bersuara, lepas tue dia letak, then anak aku alia mungkin geram telefon semula nombor tersebut, orang di sana pick up tapi diam seribu bahasa, alia..asyik hello!! Heloo!! dia diam jugak, aku dengar alia kata 'BODOH' dia letak telephone. Bila aku dengar alia cakap perkataan tue, aku dah marah, mulut tue cepat sangat, mudah betul nak kata orang bodoh. itulah masalah budak2 sekarang, anak2 murid aku pun macam tue mudah sangat mem'bodoh'kan orang.
Then selang 2 minit kemudian, nombor yang sama telephone balik, kali ni biar aku pick up...bila aku sebut saja hello, aku tergamam bila dengar suara lelaki memaki hamun aku, 'apasal awak kata saya bodoh, awak ingat saya tak dengar ke? aku yang dah memang naik angin kat alia tadi, bertambah2 panas, 'yang tadi tue bukan saya, anak saya, kenapa awak diam bila telefon,, dia maki lagi, pandai2 cakap orang macam saya tak dengar then aku ckp yang awak diam bila tel tue kenapa, kan saya dah cakap itu anak saya, dia budak lagi, haa..awak telefon nak cakap dengan sapa sebenarnya nii??? yang awak diam tadi kenapaa.., bila orang kata bodoh tau pulak awak bercakap..., then...si pemanggil tue cakap ..awak memang bodoh!!!! bodoh!!! then dia letak telefon..bengang giler aku.., rasa macam nak call balik nak cakap dia bodoh pulak..., pikir2 nanti aku dan dia jadi sama2 bodoh, tak boleh layan orang macam tue...
Dengan kemarahan yang masih bersisa, aku ketuk pintu bilik alia, brainwash dia, tengok akibat daripada mulut alia, yang lebih cepat pada otak, apa dah jadi, lain kali kawal sikit mulut tue, macamana kalau pemanggil tadi tue bapak anak murid mama nak tanya perihal anak dia, ..dah nanti di katanya cikgu teruk kata kat orang bodoh, alia buat muka welfare.Geram!!! Suami aku suruh aku save kan nombor tue letakkan di bawah nama 'BODOH' he..he.. dia kata lain kali kalau orang tue telefon tau lah 'bodoh' telefon.

Monday, March 16, 2009

Bibik oh Bibik

Bibik ni sebenarnya untuk mertua aku, my hubby yang menguruskan urusan pengambilan pembantu rumah, tapi kosnya semua ditanggung oleh ibu mertua ku he.he., rupanya nak ambik maid ni kena ada slip gaji, suami isteri bekerja, ada anak di bawah 15 tahun, dan pendapatan suami isteri mestilah melebihi rm5k, aku tak pernah tahu pun tentang syarat2 tue, bila terlibat dalam urusan pengambilan maid ni baru lah aku tahu.., lagi satu syarat dalam perjanjian antara maid dan majikan, maid tak boleh di suruh basuh kereta..., lorr nasib baik aku tak suruh dia basuh keta aku lagi.

ok sebenarnya aku nak cerita pasal bibik ni, dulu masa member aku tunjuk gambarnya, nampak macam berusia sikit, pakaian pun macam gitu2 jer, tak adalah stylo sangat, so aku pun pilih dia lah.., 2 bulan jugaklah berurusan dengan imigresen apa semua, settle, then bila dah settle hari dia sampai tue kita orang ambik dia kat port klang, naik feri dari tanjung balai, 5 jam katanya.

Minggu2 pertama oklah, sebab dia bukan maid aku, aku pun tak berapa nak tegas sangat, sebab aku pikir dia bukan nak keje dengan aku, kita orang pun bawak dia pergi beli apa yang patut, baju sehelai dua, pakaian dalam, peralatan mandian dia, beli kat Giant lah murah sikitkan. Aku sendiri pun kadang2 shopping kat giant jugak. Yerlah, aku fikir kesian pulak kat dia, gaji tiga bulan tak dapat,so belilah apa yang patut.
Masa mula2 sampai dia selelu menangis homesick kot, ingat anak2 dan suami, malam2 dia bilang enggak boleh tidur, tidur pulak pasang lampu, takut katanya kalau tutup lampu. Hemmm..biarkanlah.dia bilang lagi, datang sini mau kerja, ngumpul duit mau dibeli tanah dan buat rumah,aku kerja di sana dulu majikan aku cina, gaji cuma rm200 sebulan. He..he..aku pun dah jadi indon jugak, tergeliat lidah aku bercakap indon dengan dia, yerlah kalau cakap BM dia tak faham.Suami aku kasihan belikannya sim kad dan prepaid untuk dia call anak2.

Buat permulaan dia duduk dengan kita orang, rumah aku bersih dan kemaslah, lantaipun licin berkilat, aku pun puashati, kerja dia pun tak banyak tak perlu masak, (aku tak lalu makan bibik masak) jaga baby pun tak.., sebab anak aku yang kecik tak suka kat dia, so ada masa terluang dia nonton tv cite indon..

Cuma lately antara perkara2 yang buat aku rasa jengkel
1. Biskut rumah aku cepat habis, aku tak tau masa bila dia makan, bab ni aku tak kisah sangat, tapi tak perlu makan curi2.
2. Suka minum nescaffe 3 in one (mild) favourite aku tu..
3. Keningnya di cukur, kerap mandi, tukar baju, malam pakai baju tidur (nasib baik bukan yang seksi) pakai t'shirt dan jeans walaupun untuk buat kerja rumah. Pakai gincu.
4. Minta aku belikan span untuk scrub badan dia.
5. Minta aku belikan celak mata, yang kaler hitam, aku nak bagi yang kaler biru aku punya tak nakk...,
6.Selalu ajak anak aku jalan2 kat taman.
7. Cuci pinggan tak bersih...
8. Tak boleh tak makan nasi, pening kepala, sarapan nasi, tengahari nasi, malam nasi, adehlah...anak aku yang alissa akan bertambah2 gemuk macam tue, dulu aku sekat makan dia, bimbang obes nanti.

ada lagi..walaupun macam tue, ada juga perkara yang ok, dia pantas buat kerja, bolehlah memasak, dah tau guna peralatan elektrik, tak perlu susah2 nak ajar, hati dia lembut penyayang..sesuai lah jaga mertua aku...

Minggu ni, dia akan dihantar balik kelantan, lapang rasa dada aku, bolehlah privasi sikit, kalau tak..serabut jugak aku..
my hubby pun merungut duit dia habis beli prepaid untuk bibik tue rm80, dah diberi tak tau jimat pulak...tapi yang pastinya lepas ni alia dan alissa kenalah gosok baju, sidai baju dan lipat baju, buat kerja rutin macam dulu yer, jangan nak malas, mama tak nak ambik maid, sebab nanti kau orang tak tau nak buat kerja rumah.

Saturday, March 14, 2009

Happy Anivesary utk aku he..he..





Funscrape.Com | More Happily Married Comments


Esok adalah hari ulangtahun perkahwinan aku. Semuga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat. Dan muga Tuhan Murahkan rezeki kami berdua. Di panjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah.
Btw, tak ada celebrate apa2, cuma dapat hadiah handbag dari suami aku, tak boleh nak publish kat sini, nanti my hubby marah, riak katanya. but just want to say to my lovely hubby thank you very much, and love you alwayz.

p/s aku tak bg hadiah apapun, susah nak cari hadiah utk orang lelaki ni.

Tuesday, March 10, 2009

Dwi Sambutan

Walaupun aku dah masuk tahun ke 3 di sekolah tue, ini lah kali pertama aku menghadiri mesyuarat agung PIBG, sebelum2 ni aku asyik ada kelas kat oum, tahun ni dah tak ada kelas, nak tak nak terpaksa hadir juga, hadir sebagai kakitangan sekolah merangkap ibu bapa juga.Tahun ni di adakan dwi sambutan bermula dengan Mesyuarat Agung PIBG, di ikuti dengan Hari Anugerah Cemerlang, kenapa lewat??? yerlah tahun lepas Ketua Pengarah suruh buat exam, minggu akhir persekolahan, HAC kenalah buat awal tahun ni.

Bukan main grand kali ni, kerana yang merasmikannya Datuk2 belaka, so bila dah datuk persiapannya meriah lah sikit, apa yang aku kata meriah perhiasan pentas macam nak buat majlis kahwin, ada duit pulak sekolah kalau bab2 ni..hummm!!!!
Ok berbalik pasal mesyuarat PIBG tadi, memang agak panas, yang menyebabkan panas adalah seorang encik ni..asyik nak komen jer, asyik muka dia jer bangun 7,8 kali, aku rasa tahun depan nak buat mesyuarat PIBG panggil dia jer lah orang lain tak payah, sebab dia aktif, isu yang sama setiap tahun, seperti yang diceritakan oleh kawan2 aku, pasal tandas, pasal kantin, isu ni panas betul, tiap2 tahun berbangkit. aku rasa pasal tandas ni, didikannya dari rumah jugalah, kalau mak ayah tak ajar cara2 menjaga kebersihan tandas, habit tue dia orang bawak ke sekolah, sekolah juga dipersalahkan, macamana tue juga kantin. Buang sampah rata2. betul tak???
Tapi tak ada pulak isu berbangkit atau saranan, maupun idea yang bernas ke arah kecemerlangan akedemik para pelajar, yang dia orang tau komplen jer, bagi idea tak ada..???
So..biarkan lah...sekarang cikgu semua ambik cara playsafe.

Oh ya pasal anugerah cemerlang, kat sini adalah 2,3 gambar jom layan...


Ni 2 orang daripada 3 orang kuat yang decorate pentas untuk dwi sambutan tue, dia orang kreatif, kalau bagi kat aku hancuss!!!

Daah siap pun..cantikkan!!!!

Tumpang 2 kaki bergambar kat depan pentas
My doters naik pentas ambik hadiah (bangga juga aku, walaupun anak orang lain 3,4 kali naik pentas ambik hadiah)

Friday, March 6, 2009

Blog anak2

Bukan nak promote blog anak2 aku, tapi aku selalu terpikir, hemm 3 orang anak aku ni, semuanya ada blog, pada mulanya aku create blog untuk anak lelaki aku kat wordpress, saja2 nak abadikan perkembangan dia dari lahir sampai sekarang, dah 2 tahun blog tue, then aku pun teringin nak berblog jugak, tujuan aku sebab excited dengan blogspot ni dapat letak widget macam2, tak macam wordpress yang free tue. limited sangat, nak beli domain..hurm..rasanya tak begitu memerlukan sekadar nak bercerita hal personel, tak payahlah. Lainlah kalau berbisnes. Dengan blogspot, best dapat explore widget macam2, tukar template, tambahan pulak aku ni mudah jemu, kejap2 tukar template.., then bila aku berblog, anak aku alia pun teringin jugak, aku ajar dia dengan tujuan untuk mengasah hasil kreativiti dia dalam menulis dan dalam mencantikkan blog dia. Aku selalu tegur penggunaan bahasa dan tatabahasa dia dalam menulis blog, ada juga yang dia betulkan, ada juga yang dia buat dunno, aku juga tetapkan had apa yang dia boleh buat dan tak boleh buat dalam dunia cyber, ari tuh aku marah giler bila dia pandai2 download YM, bukan apa, aku takut dia terleka berchatiing hingga boleh mengabaikan pelajaran dia.., dan apa yang aku bangga..keputusan peperiksaan intervensi yang lalu, begitu menggalakkan dapat 4A 1B, B untuk subjek sains, dan bertambah bangga bila cikgu bahasa
inggeris memuji alia mengatakan, pengolahan ayat2 alia di dalam english paper 2 lebih bagus pada seorang budak filiphina kelasnya yang fasih berbahasa english. hemm mak mana yang tak bangga, tapi slack nyer alia ni.. BM kureng sikit, dapat A pun atas2 pagar jer..

Wednesday, March 4, 2009

Monday, March 2, 2009

Mengisi hari tua..

Pernahkah anda semua terfikir bagaimana kehidupan hari tua anda..??? Adakah kita dapat menjalaninya meneruskan sisa2 kehidupan dapat beramal ibadat dan beramal soleh, mengunjungi surau2, menghadiri ceramah2 ugama bergaul dengan masyarakat dan jiran tetangga yang selama ini kita abaikan...andai itu laluannya alhamdulilah tapi..andai sebaliknya kita diuji dan ditakdirkan pula terpaksa menjaga pasangan kita yang sakit dan uzur, apakah kita bersedia dan redha..orang yang kuat iman saja yang mampu menghadapinya kerana apa yang berlaku ke atas kita ada hikmahnya...
Kenapa aku terfikir pasal hari tua ini, hari minggu baru ni aku pulang ke kampung setelah 2 bulan aku tak balik, balik melawat orang tua aku, ayah pun dah semakin uzur.., apa yang menarik..apabila aku terdengar ayah aku berkata kepada tetamu (jiran) yang datang mengunjunginya..'pak cik ni ada 6 orang anak, tapi tinggal berdua juga, setiap hujung minggu menghitung anak mana yang akan balik..????
Dengan kata2 itu buat aku terfikir dengan 3 orang anak sekarang, kehidupan aku di hari tua macamana yer.., adakah keseorangan, kesepian menanti anak2 balik..menjenguk. Tak dapat aku bayangkan!!!!!