Wednesday, April 29, 2009

Aku jeles...aku jeles..

Rasa macam nak hantuk2 kepala bila baca blog adik aku........
jelesnya!!!!!!!! malas cite panjang korang baca sendiri.. http://www.roydotcom.wordpress.com/

jeleslah sebab aku kan darat, tak penah pi obersi, sabah sarawak pun tak pernah lepas lagi, naik flight baru sekali, itupun Air Asia balik kota bharu..bestnya musim bunga pulak tue..bertuah lah hang adik oii, tak sia2 resign dengan petronas, hasilnya lebih berbaloi.

Tuesday, April 28, 2009

Happy Birthday My Princess Alissa


Alissa, happy Birthday, dah sembilan tahun, dah besar, jangan cakap kasar lagi, jangan melawan kakak, jangan suka gaduh..jangan tinggal solat, jadi anak yang baik ok. I love you so much, muahhhhhh...........

Monday, April 27, 2009

Air kolah tujuh masjid

Merayau-merayau kat blog orang, masuk blog adik aku zairol (tadi adik aku sms dia dah selamat sampai Jerman, cuaca sangat sejuk 13c....) sebulan lah dia kat sana, aku pun dah listed kat dia barang apa yang aku nak he..he..,
OK balik pasal tadi, aku terjumpa satu artikel dari blog kawan adik aku ni..blog lelabu, sangat menarik artikel dia, jom kita share bersama, kredit untuk saintis lelabu ni yer, aku pun tak kenal dia.

Kalau di kampung-kampung, bila ada yang demam tak mahu kebah. Orang-orang tua selalu suruh pergi mandi dengan air kolah tujuh masjid. Sekali dengar macam tak logik saja air kolah tujuh masjid boleh sembuhkan penyakit.
Oleh itu, mari kita dengar kata saintis leLabu tentang perkara ini.
Kita tahu tangan kanan kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk penghadaman dan elok untuk kesihatan badan. Sebab itu sunnah makan pakai tangan, bukan dengan sudu-garfu atau chopstick.
Kita juga tahu tangan kiri kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk membunuh bakteria. Sebab itu kena cebok pakai tangan kiri.


Bagi sesiapa yang pernah pergi masjid, ambil wuduk dengan menggunakan air kolah, kita akan mencelupkan kedua-dua tangan kita dalam air kolah. Ketika itu, enzim-enzim dari tangan kanan dan kiri kita akan masuk berpindah ke dalam air kolah.

Enzim-enzim di tangan kanan dan kiri kita cukup untuk tubuh badan sendiri.
Bayangkan 200 ke beberapa ribu orang mencelupkan tangan dan meninggalkan enzim-enzim baik ini dalam air kolah masjid tersebut. Air kolah itu kini penuh dengan enzim-enzim baik daripada kaum mukminin yang rajin ke masjid.

Lepas tu kita gunakan pula air kolah tadi untuk mandi. Enzim (ubat) daripada beberapa ribu orang mukmin telah menjamah tubuh seorang yang demam tadi.
MasyaAllah. Hebatkan.

Rupa-rupanya orang-orang tua kita dulu lagi hebat dalam ilmu perubatan.

Bila baca artikel ni baru rasa logik, tambahan pula disokong dengan fakta sains yang kukuh, kalau dulu2 bila orang tua cakap ..ni kena mandi air kolah tujuh masjid nih, mesti kita akan kata mengarutlah, walau ada bomoh yang syorkan macam tue, dalam hati mesti terdetik bomoh penipu lah ni..sekarang baru aku tau dan faham so lately badan rasa tak sihat lemah lesu (dah tua) agaknya kena mandi air kolah 7 masjid lah ni nak segarkan badan mungkin ada penyakit mana tau kan.., kena cari masjid yang ramai orang selalu berkunjung, tapi..zaman sekarang semua masjid dah guna air paip, kalau ada kolah pun dah di tutup rapi, macamana enzim2 ni nak bercampur dalam air...hurmmmmm!!!!!

Thursday, April 23, 2009

Entry yang boring

Penat giler kat sekolah hari ni, tak yah lah cite pasal sekolah yang boring tue, balik sekolah singgah pasar tani, aku nak cari batang keladi, nak masak asam pedas keladi, tak pernah masak sepanjang hayat aku, tau makan jer....orang tua2 kata kalau tak masak pandai batang keladi, boleh gatal......ha..ha...buat takut aku nak masak jer..tak pa aku telefon mak tanya resepi..



jeng...jeng...agak2 korang gatal tak sayur keladi ni


Tuesday, April 21, 2009

Gelabah puyuh aku..he..he..

Semalam sebaik saja ambik alia balik sekolah, aku cuti sebab exam oum kat uniten, exam yang kebarangkalian untuk aku repeat sebab tak leh jawab hu..hu..

Dalam kereta, alia cakap: Mama tadi masa alia ambik hadiah salam dengan guru besar, guru besar tanya alia,
alia.. pandai buat blog yer...

Aku mendengar kata2 alia. terkejut beruk!!!! Alamak mana dia tahu ha..ada ke sapa2 yang bagitau.. telef0n yati. ..dia kata dia tak bagitau pun, dia pun gelabah jugak..

Aku tanya haidayati pulak, dia pun cakap tak bagitahu pun...

Gelabah puyuh lah aku sekejap. yati pun gelabah juga, aku pun tanpa membuang masa akses blog anak aku, aku remove link blog aku, blog yati dan blog win...he..he... tau pun takut, bukan apa kat blog aku tua ada 1, 2 entry yang aku 'terumpat' dia, ya ampunnnn!!!!!!!

Thursday, April 16, 2009

Proton Exora - cantik ke?


Tengok gambar nampak cantik dan eklusif( tak tau eja, apa lah punya cikgu!!!), on the road tak taulah, aku ni berangan2 nak tukar kereta atos aku tue, bila anak2 dah semakin besar, rasa macam sempit pulak,rasa macam nak tukar ke MPV, Exora ni MPV lah kan..? Harga rm69k +++, ok kot, entahlah aku tak tau menilai, lagipun en azami aku tak suka kereta buatan nasional. Semalam baca paper ,perodua pun nak keluarkan kereta MPV jugak, bagi aku, antara proton dan perodua rasanya perodua better than proton, tengok sajalah, Myvi dan Viva, boleh dikatakan cantik dan ada kualiti sikit.Senang2 tak yah tukar keta..duit pun tak habis.

Monday, April 13, 2009

Aku yang 'darat'

Ha..ha.. tak tau lah kenapa orang kelantan menggunakan istilah 'darat' ini, sinonim dengan 'perak' (loghat utara) 'jakun' (sensitif ni...kena kecikkan tulisan) kang tak pasal puak kaum bumiputera kat hutan pahang tue saman aku pulak..perkataan ni memberi makna yang sama, iaitu lebih kepada kekampungan, ortodoks atau pun dengan kata yang lain yang lebih sopan tiada atau kurang pendedahan pada dunia luar yang serba moden he..he.. belasah jer .. Petang semalam dah boring sangat kat rumah, keluar jalan2, merayau2 kat Jusco Maluri then pergi makan kat Food Court di Pavilion. Aku tak tau kenapa my hubby suka sangat makan kat situ, mungkin dia dah biasa kot sebab office dia berhadapan dengan pavilion tue, park kereta kat office dia, then kita orang lintas jalan ke pavillion.
Bagi aku pavilion tue..bukan tempat shopping golongan marhaim macam aku ni, so bila masuk situ aku dah macam orang darat dah..., masuk kat food court my hubby tanya, nak makan apa??? aku jawab tak tau, tak nak makan lah.., padahal ini bukan kali pertama makan kat situ, aku tak tau nak makan apa , dengan japanese, vietnamese, korean, chinese entah apa lagi sampai aku nak sebut makanan pun tak reti...lainlah kalau kat gerai2 atau kedai biasa, ..itu bisa diatur, nasi goreng paprik, pattaya, mee goreng...senang nak di sebut. So Encik Azami pun kata biar dia belikan.....5 minit dia datang bawak satu mangkuk mee (ntah mee apa aku tak tau, chinese style kot)..letak atas meja, then dia pergi lagi ..aku sempat curi2 rasa..hermm macam maggi jer rasanya, 5 minit lepas tue dia datang lagi bawa mee goreng untuk aku...., pelik mee goreng ni, apa yang peliknya..korang tengok sendiri lah yer..


pelik, biasa mee goreng warna coklat kemerahan2, yang ini putih jernih macam laksa di goreng jer, then, tempat letak mee tue, biasa guna pinggan atau nak klasik alas dengan daun pisang, aku tanya my hubby,..dia bilang itu upih pinang, uikk banyak betul guna upih pinang, sapalah supplier upih pinang tu yekk???
My hubby suruh aku makan, lebih enak makan panas2, hurmm rasanya boleh tahan, sedap jugak, ada rasa macam kuey tiaw goreng sikit, tapi mee nya kenyal, bila suruh anak2 aku makan, semuanya kata tak sedap, izzmi siap luahkan balik. tapi oklah, makananan kat situ mahal2..rate rm6 - 10 tapi banyakkkk. kalau budak2 boleh share.
Anak2 aku makan nasi lauk ayam dalam kuali, nihh kalau orang tua kat kampung tengok makan nasi dalam kuali, kena leter lah jawabnya, apa ke halnyer makan dalam kuali ni, dah habih pinggan mangkuk ke umah kamu ni??? tue dia orang belum tengok lagi makan dalam claypot nanti diingatnya makan dalam pasu bunga, itu orang tua akulah sebab mak dan ayah aku ., orang kampung jer...nun duduk kat felda, sekali sekala adik dan kakak aku bawa pergi bercuti kat hotel2, dia orang cakap rimas tidur kat hotel, sempit barangkali he..he..

ini makanan alissa, puas dia nak habihkan, sampai nak termuntah , kena paksa, habiskan mahal tu..!!!, Dengan muka yang kelat dia berjaya juga menghabiskan makanan tu. Ambik Ko!!!

Thursday, April 9, 2009

It's Hard to say I'm sorry




Version westlife,

Hard to say........................



Dedicated this song to the person who i love you so much.......




Everybody needs a little time away

I’ve heard his say
From each other
Even lovers need a holiday oooh

Far away from each other
Hold me now

It’s hard for me to say
I’m sorry

I just want you to stay

And after all that you’ve been through

I will make it up to youI promise you,

baby.....
And after all thats been said and done

You’re just the part of me I can’t let go

ooooh bup bup bup bup

Couldn’t stand to be kept away

Not for a dayFrom your body

Wouldn’t want to be swept away awaaaaaaaay

Far away from the one that I love
Hold me now

It’s hard for me to say I’m sorry

I just want you to know

Hold me now

I really want to tell you

I’m sorryI could never let you go

And after all that we’ve been through

I will make it up to youI promise you

And after all that’s been said and done

You’re just a part of me I can’t let go
I can’t let go

Bila Guru Mentafsirkan CiNtA

Guru FIZIK
Cinta adalah daya tarik - menarik antara kutub positif (lelaki) kepada kutub yang tidak sejenisnya (tentulah perempuan.
Guru BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya.
Guru KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya.
Guru MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.
Guru PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggodam manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa.
Guru MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.
Guru EKONOMI
Cinta adalah keperluan manusia yang harus dipenuhi secaral lansung atau tidak lansung.
Guru GEOGRAFI
Cinta ibarat seperti 4 musim yang kebanyakkan melanda negara Eropah, kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin, kadangkala luruh.
Guru SEJARAH
Cinta akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar.Tetapi jangan lupa jika ada sebab, ada akibatnya.
Guru BAHASA
Cinta dianggap indah kerana didalamnya ada kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan Isinya.
kredit to koleksi cinta
Banyak lagi yang tak lengkap lagi ni, guru Jasmani, kemahiran hidup, guru moral, guru perdagangan, perakaunan, keusahawanan...guru seni dan lagi satu Cikgu Cabuk macam aku ni haa...he..he..

Sunday, April 5, 2009

Aku sungguh teruja....!!!!!!!!!

Cute banget! Nda tahu nak buat apa, sambil surf bahan untuk research, aku mencuci mata dengan online shopping, terjumpa very2 da cute stuff, macam ni lah baru comel, tak lah streo type jer, korang nak tahu apa yang aku teruja sangat tuh, ni ha USB pen drive, tak sangka sekarang dah ada bermacam2 bentuk dan pattern, aku teringin jugak nak beli satu, tapi kat Malaysia ada jual ke? Kat Low Yat ada kot, tapi limited, nantilah aku kirim kat adik aku yang akan ke Jerman nanti,(best lah dia dok sana sebulan) urusan kerja.

Jom kita tengok apa yang cute banget nih...













Comei kan, tambah2 lagi yang bear tercabut kepala tue he..he.. yang itik pun cute, tapi tak tau lah sebesar mana, kalau besar susah juga nak bawak, bentuk loket bertatah diamond tue mesti mahak giler...hurmm !!!!

Friday, April 3, 2009

Meriahnya!!!

Sebenarnya saja jer buat gimik untuk menarik perhatian korang untuk baca entry aku, kalau aku tulis temasya sukan tahunan, mesti korang boring nak baca he..he...Temasya sukan tahunan sekolah aku kali ini untuk tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) di buat kat komplek sukan Kampung Pandan, meriah lah juga, cuma panas teramat, aku biasalah tetap dan berpencen, menjalankan tugas sebagai penyelia peserta rumah Laksamana, dari sekolah lama pun ini juga jawatan aku, kat sekolah lama pun guru rumah hijau jugak (memanjang dapat nombor corot) bila pindah ke KL pun rumah hijau juga, memanjang dapat tempat ke 3 (nak hampir corot gak)...hairan betul aku, bila aku pindah ke KL aku dapat tau, disekolah lama aku, rumah hijau sekarang dah jadi juara..(hai siapalah pembawa malang tue)

Oklah sambung pasal sukan, aku malas nak tulis panjang lebar, korang tengok jer lah gambar, selain pada pertandingan perbarisan, ada juga pertandingan formasi antara rumah..hemmm kat KL ni jer aku tau tentang formasi ni,..tak tau nak explain macamana, pertandingan gerakan berirama kot..



Ini pasukan rumah aku, dapat tempat terakhir untuk perbarisan dan formasi he..he..tak kisahlah, aku berterima kasih pada cikgu nurudin (guru ganti) sebagai juruletih nya..harapkan kami..adehlah!!! dah tentu tak menjadi.


Rumah merah, anak ku alia ada kat dalam gambar ni, ok jugak tapi kurang latihan dapat tempat 3,


Naib johan untuk perbarisan dan formasi.


Kalau tengok gambar ni pun korang dah boleh agak siapa pemenangnya, memang superb rumah biru ni, siap ada gimnastik lagi..tarian pom pom dengan lagu..Let's get Loud..(tak tau tajuk) Anak aku cakap , macamanalah rumah biru tak menang, ramai budak gedik kat rumah biru tu he..he..(ayat berbaur jeles dan dengki) sebab kalah.


Walaupun rumah hijau tak menang, tapi Princess dia come lote..comei pada princess rumah lain. Adik Aina Najihah murid tahun 6. Memang cun, tue yang aku snap gambar dia jer...

Wednesday, April 1, 2009

Aku dah jemu

Gambar yang tiada kena mengena dengan entry he..he...


Rasa dah mula bosan dengan template ni, aku ni memang mudah jemu, setakat hari ni, inila htemplate yang paling lama yang aku gunakan, sebelum2 ni asyik tukar jer, lagi satu aku malas betul nak mencantikkan blog walau dah banyak info dan tutorial yang aku dapat hasil blog walking..aku teringin nak buat auto read more..kat blog, tapi malaslah ..bukan malas sikit2 malas tahap mega..teringin nak buat banner, semua tue tak menjadi. biarlah blog orang tua macam aku ni..simple cukuplah..(dah tua pun aku dah lewat 30-an) letak animasi kat blog ni pun sebab anak aku yang kecik tue suka tengok.


Btw...sedang mencari2 template yang cantik dan cute nihh untuk di tukar..tapi masih belum ketemu..