Saturday, November 29, 2008

I've been tag by mek tie






Award monyet I LOVE UR BLOG ni datang bersama syarat-syarat berikut:

1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing.
Alahai tak ada ..gambar lain ke tie selain monyet nih..monyet2 pun monyetlah
cute gak..(done already..see ya at above)

2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
Dah link dah..

3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah
Sapalah yang tak bertuah..ni, emmmm korang yang ada link kat blog aku ni
kalau rajin layan ler..

4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu...
Akan di usahakan...








.Letakkan Gambar Di Atas Dalam Entri Anda.

Dah letak...
2.Nyatakan Kod Etika Blog Anda.Kod etika......

Kod etika blog aku ni...

1. Baca tanpa prejudis
2. Apa yang ditulis adalah berkaitan dengan coretan pengalaman penulis
tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati..he..he..
3. Anda boleh copy atau paste..kalau ada yang berkenan, tak ada hak cipta
terpelihara pun.
4. Kalau ada yang terasa atau berkecil hati dengan apa yang aku tulis haraf maafkan
aku hanya insan biasa..

3.Tag 7 Orang Rakan Anda. .... (emm...sapa2 yang berminat dipersilakan)


Adios..!!!!

Thursday, November 27, 2008

Life is made of memories - Don't let Alzheimers take yours







Guys! You all pernah dengar tak pasal penyakit Alzheimers..(sedap nama ni..)!! Oleh kerana sekarang hidup aku hampir dengan orang yang menghidap alzheimer ni..aku rasa macam nak story sikit pasal ni..istilah perubatan ia dipanggil alzheimers , tapi kalau orang melayu kita..sebut 'nyanyuk' tak sedaplah kalau sebut nyanyuk macam kasar jer kan....kita sebut alzheimer jer lah, dulu, aku pun tak tau tentang penyakit ni, tapi lately media banyak memainkan peranan dalam meng 'highlight' tentang sakit ni..secara kebetulan pula bapa mertua aku sedang mengalami simpton ni..aku pun cubalah dapatkan dan dan surf kat internet untuk dapatkan lebih banyak informasi tentang penyakit ni...

Apa itu Penyakit Alzheimer
Alzheimer merupakan sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku keatas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Penyakit ini adalah sejenis penyakit dimana seseorang itu gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. Penyakit ini bukan sejenis penyakit "nyanyok" tetapi ia tergolong dalam penyakit nyanyok (dementia). Antara ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah:-

pertuturan menjadi lemah
kewarasan kurang baik
ingatan bertambah teruk
perubahan personaliti

tingkah laku
pertimbangan



Tanda-tanda Alzheimer
Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit adalah:-

Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.


Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.


Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.


Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.



Pesakit Yang Berisiko Mendapat Alzheimer


Antara pesakit yang berisiko mendapat penyakit Alzheimer ialah:-

Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis
Orang yang kurang melakukan senaman
Paras kolesterol dalam badan yang tinggi
Faktor keturunan




Memang sedih, kalau dulu aku tengok dia tak pernah alpa atau lalai menjaga solat, tapi sekarang dia tak mampu pun untuk mengingati jumlah rakaat solat, dia tak mampu nak pergi sendiri ke bilik air, terlupa nak membersihkan diri selepas buang air pun, kadang2 tak sempat ke bilik air, kalau tengok pada wajah tua dia, macam ada perkara yang tak kesampaian, raut wajahnya rusuh, tak bersih macam dulu lagi..entahlah hanya keluarga dia yang tahu apa yang ayahnya inginkan..tapi dah terlambat untuk dipenuhi..
aku pun kasihan..tapi ada masanya aku merungut juga..kesian kat my hubby..aku selalu desak dia macam2..tapi!!!!!..tengok masih ada tapi lagi..memang lah iman aku belum cukup kuat untuk bersabar..iman masih setipis kulit bawang..

Monday, November 24, 2008

Hari yang panjang....

Rasa hari2 ni macam terlalu panjang..bosan betul cuti ni, bukan tak ada kerja nak buat, kerja berlambak2..nak study exam oum tak lama lagi..banyak perkara yang aku rancangkan, tak tau lah boleh buat ke tidak.., salah satunya nak cat bilik tidur aku dan anak2, alia awal2 lagi nak warna pink, biasalah budak pempuan, tapi dengan komitment sana sini, rasa macam tak boleh buat jer..
Tadi pergi sekolah, ada benda yang aku nak settle, mujur juga pergi hari ni, ada parents sedang menunggu aku sebab nak tukarkan anak dia ke Kelantan, dia nak dapatkan fail peribadi anak dia..,
Sebut pasal sekolah ni ...aku gelihati hati pasal semalam, malam tagi got one sms from gb sktho yang berbunyi, salam, bila exam?? Aku pun pelik gak apasal gb ni tiba2 tanya exam aku bila?? Dia nak suruh aku buat apa, atau ada tugasan yang sedang menanti aku kat sekolah, aku pun reply, "saya exam.., 1hb, 12hb dan 16hb, kenapa puan"? Then dia reply ' salah orang ke ni, cuba tengok betul2 sapa antar sms ni'
Alamak apasal gb ni..??? aku tau lah dia yang hantar sms kenapa nak suruh aku tengok betul2..oleh kerana aku dah tau perangai gb mcamana so dengan rendah hati aku reply.. 'saya minta maaf kalau saya salah faham apa yang puan maksudkan, saya ingat exam oum, kalau puan maksudkan exam pksr 2 saya dah siapkan semua, esok saya pergi sekolah, last week saya tak dapat dtg, balik kg, mertua saya sakit' yerlah last week i'm supposed to be there..siap kan kerja di sekolah,sebagaimana arahan gb semua cikgu wajib datang sekolah pada minggu pertama cuti, aku of course tak dapat hadir sebab emergency balik kelantan..., then sebaik saja aku send sms tue, gb tue telefon, alamak!!! mati aku, aku pun pick up call, aikk apasal lain suara gb ni...laa..rupanya friend of mine, macamana boleh jadi macam niii..., nombor dia boleh tersave dgn nama gb pulak aiya....so aku dan dia tergelak2 pecah perut, dia pulak ingat aku perli dia..sebab dia pernah mengalami trajedi sms tue dengan gb..he..he...adehlah...jiwa kacau betull...

Sunday, November 23, 2008

kalau ikutkan hati..


kalau ikutkan hati aku rasa nak lempang jer sorang2
Kalau ikutkan hati aku nak maki jer semua ..yang tak sedar diri tue..
Kalau ikutkan hati aku tembak dengan senapang gajah..pada yang pentingkan diri sendiri tue...
Kalau ikutkan hati aku sumpah semua jadi katak baru korang tau...
Bosan aku....!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 20, 2008

Semuga aku dikurniakan kesabaran dan keimanan yang kuat..

Aku penat sangat sebenarnya, sebaik saja selesai buat tugasan, aku pun ingat nak fokus pada kerja2 sekolah aku..baru lepas exam pksr 2, banyak benda yang nak kena buat, ntah apa wilayah ni bengong buat exam minggu2 akhir persekolahan..kelam kabut nak buat, dan gb sekolah aku dah sound semua cikgu2 akan dikenakan Tahanan ISA selama seminggu kat sekolah, siapkan semua2 kerja lepas tue pergilah mana2pun..
aku pun berkira2 nak siapkan dalam minggu ni, then second week ingat nak balik kg aku dok seminggu, lama dah tak balik..raya hari tue jer balik...
Isnin dalam pukul 2.00 ptg, hubby aku telefon dari tempat kerja beritahu..dia nak balik kelantan ada emergency, in laws aku (tak tau ayah atau ma) jatuhh..., aku dah serba salah, tak balik nanti apa kata orang..., kalau balik kerja aku tak siap..lastly aku decide aku balikkkk...dengan harapan sekejap jer kot dalam 2 hari saja..Petang tue juga aku dan suami serta 3 anak2 balik kelantan, sampai pukul 1 pagi, mak mertua aku yang jatuh, tak boleh bangun, bapa mertua aku yang dah sememangnya uzur di tambah pula dengan simpton 'alzhameir' dia tue, tak adaorang nak jaga...dipendekkan cerita, akupun malas nak story lebih2 kat sini coz itu masalah family husband aku, tak elok aku nak publish kat orang..so suami aku bawak balik bapak mertua aku ke KL ni...buat sementara ni dia duduk dengan aku...., aku kesian sebenarnya..memang aku merungut juga..aku rasa macam tak larat lah, dengan suasana rumah yang tak kondusif, izzmi yang meragam itu ini,sekarang ni pun aku bukannya rehat sangat, tahun depan lebih mencabar kerana aku akan buat final projek untuk undergrad aku kat oum, alia pulak nak ambik UPSR...., tapi fikir2kan balik, atas didikan orang tua aku..aku perlu ..dan aku kena buat (jaga orang tua) dan bila dalam situasi ni aku rasakan ayah dan mak aku adalah yang terbaik dalam dunia ini, especially mak aku...sykur alhamdulilah kerana ayah dan mak dapat mendidik kami adik beradik sebaik2nya, bekalkan kami ilmu dunia dan akhirat, (aku sungguh bimbang aku tak mampu nak bagi didikan dunia dan akhirat pada anak2 aku..) ...sebenarnya aku redha ..tapi sememangnya perangai aku yang suka simpan dalam hati ..suka berdendam..tambahan pulak masih tak ada perubahan pada sikap..tu yang buat aku merungut... aku pernah terbaca kat paper tentang kisah seorang menantu jaga mertua dia yang sakit..aku kagum bila dia cakap setiap malam dia akan bacakan yassin disebelah bapa mertua dia yang terbaring.., aku teringin nak buat macam tue..dan insyaallah aku akan buat...tapi banyak sangat yang berligar dalam kepala otak aku..
dan setiap detik dan saat aku berdoa supaya tuhan berikan aku kesabaran dan keimanan yang kuat..semuga perasaan tak puas hati, dendam..dapat aku buang jauh2..aku cuma ..
berharap aku dapat mencontohi mak aku..selama hidup dia banyak kali dah jaga orang sakit..bermula pada nenek, datuk dan akhir sekali ayah aku masa kena strok dulu, imagine mak bersusah payah angkat ayah yang badan berisi, bawak pergi tandas, mandi, cuci berak dan kencing, sampai akhirnya mak sendiri jatuh sakit..alhamdulilah sekarang ayah dah boleh jalan..cuma tanggungjawab ke pasar dah beralih pada mak, syukur alhamdulilah atas kurniaan tuhan yang memberikan kesihatan yang baik pada orang tua..aku, alhamdulilah syukur sangat2...

Tuesday, November 11, 2008

Patah tumbuh hilang berganti........

Bila dapat tahu akma dan zarina(kemungkinan besar) tukar sekolah, aku rasa semacam jer..sedih pun ada.., dia orang masih baru lagi kat sekolah ni, dah dapat tukar, mereka sama macam aku juga selalu mengeluh bosan dan boring kat sekolah ni..last2..dia orang dapat juga keluar dari sini, mengajar kat pahang pulak tue, mesti best!!! kat sana sistem pembelajaran dia lain sikit, wilayah ni..indah khabar dari rupa jer.., tak ada yang advance pun. Banyak idea2 yang wilayah cedok dan ambik dari negeri luar..!!! Hemmmm!!! Entahlah. Aku pulak yang telah mula cool akhir2 ni, emosi rasa macam dah nak stabil di sini, macam dah boleh terima hakikat..tapi jadi bergolak kembali, sedihlah...!!!! Aku tak tahu sampai bila aku akan berada di sini, mengajar kat KL ni..entahlah..patah tumbuh hilang berganti..sorang demi sorang pergi, dulu baru nak rapat dengan azilawati ..dia pun tukar,lepas ni cikgu baru mana pulak ..yang masuk sini dan jadi mangsa ngajar darjah satu pulak..


Exam PKSR 2 dah lepas, happy sikit sebab anak2 aku menunjukkan prestasi yang bolahlah dikatakan membanggakan, alissa especially, aku tak expect pun dia bolah dapat A untuk semua subjek, sebab soalan semua susah, tapi alhamdulilah dia boleh lagi dapat A untuk math, sains dan b.ing, yang cikgu kelas dia kata berapa kerat jer budak kelas dia yang dapat A untuk subjek2 tue, alissa ni jenis rajin buat latihan, dia buat jer...entah betul atau tak..dia buat juga, sebab aku tak berkesempatan lansung nak semak buku kerja dia orang setiap hari..Alia ok  ada peningkatan, dapat 3A 1B,1C masih lemah dalam math dan sains, bersyukur  result dia lebih baik dari hari tue...untuk2 anak aku tak kisah berhabis duit pun..biarlah aku tak pakai baju cantik dan mahal pun, aku sedang plan nak hantar alissa tuisyen kat Kumon, dan tengah mencari2 ustad yang boleh datang rumah untuk ajar anak2 aku mengaji quran.Semalam ada sorang ustazah tue cakap..akak mesti struggle kan..nak bagi anak2 pandai, aku pun mula blurr tak faham apa yang dia maksudkan, bila aku pandang muka dia, dia sambung lagi, yerlah akak kena uruskan semua, anak akak tuisyen kan, aku angguk, akak lah yang kena hantar dan jemput dia orang tuisyen aku jawab..dah anak akak, akak lah kena uruskan nak harap siapa lagi....takkan nak suruh abah dia yang jauh tue hantar, aku tak kisah sebab dia anak2 aku.....Emmm by the way izzmi ni rasa macam nak bagi dia jadi ustadlah..hantar sekolah agama. Dapat jadi lawyer syariah ke..he..he..

Sunday, November 9, 2008

I've been tag by ija


1. Take a recent picture of yourself
2. Dont change clothes. Just take ur picture.
3. Post that picture with NO EDITING
4.Post this inscruction with ur picture
5. Tag 10 people to do this.

Lepas balik sekolah, mandi, he..he...ngadap pc gak, nak buat asignment dgn towel atas kepala lagi..tak edit pun, tapi senyum baikkk punya he..he..(macam uper bibik pun ada)Layan juga ni..sebab nak release tensen
:Lepas ni nak tag

1. Hezuin
2. Yati samat

Dua jer, sebab dia orang ni baru berjinak2 dgn dunia blog