Tuesday, November 11, 2008

Patah tumbuh hilang berganti........

Bila dapat tahu akma dan zarina(kemungkinan besar) tukar sekolah, aku rasa semacam jer..sedih pun ada.., dia orang masih baru lagi kat sekolah ni, dah dapat tukar, mereka sama macam aku juga selalu mengeluh bosan dan boring kat sekolah ni..last2..dia orang dapat juga keluar dari sini, mengajar kat pahang pulak tue, mesti best!!! kat sana sistem pembelajaran dia lain sikit, wilayah ni..indah khabar dari rupa jer.., tak ada yang advance pun. Banyak idea2 yang wilayah cedok dan ambik dari negeri luar..!!! Hemmmm!!! Entahlah. Aku pulak yang telah mula cool akhir2 ni, emosi rasa macam dah nak stabil di sini, macam dah boleh terima hakikat..tapi jadi bergolak kembali, sedihlah...!!!! Aku tak tahu sampai bila aku akan berada di sini, mengajar kat KL ni..entahlah..patah tumbuh hilang berganti..sorang demi sorang pergi, dulu baru nak rapat dengan azilawati ..dia pun tukar,lepas ni cikgu baru mana pulak ..yang masuk sini dan jadi mangsa ngajar darjah satu pulak..


Exam PKSR 2 dah lepas, happy sikit sebab anak2 aku menunjukkan prestasi yang bolahlah dikatakan membanggakan, alissa especially, aku tak expect pun dia bolah dapat A untuk semua subjek, sebab soalan semua susah, tapi alhamdulilah dia boleh lagi dapat A untuk math, sains dan b.ing, yang cikgu kelas dia kata berapa kerat jer budak kelas dia yang dapat A untuk subjek2 tue, alissa ni jenis rajin buat latihan, dia buat jer...entah betul atau tak..dia buat juga, sebab aku tak berkesempatan lansung nak semak buku kerja dia orang setiap hari..Alia ok  ada peningkatan, dapat 3A 1B,1C masih lemah dalam math dan sains, bersyukur  result dia lebih baik dari hari tue...untuk2 anak aku tak kisah berhabis duit pun..biarlah aku tak pakai baju cantik dan mahal pun, aku sedang plan nak hantar alissa tuisyen kat Kumon, dan tengah mencari2 ustad yang boleh datang rumah untuk ajar anak2 aku mengaji quran.Semalam ada sorang ustazah tue cakap..akak mesti struggle kan..nak bagi anak2 pandai, aku pun mula blurr tak faham apa yang dia maksudkan, bila aku pandang muka dia, dia sambung lagi, yerlah akak kena uruskan semua, anak akak tuisyen kan, aku angguk, akak lah yang kena hantar dan jemput dia orang tuisyen aku jawab..dah anak akak, akak lah kena uruskan nak harap siapa lagi....takkan nak suruh abah dia yang jauh tue hantar, aku tak kisah sebab dia anak2 aku.....Emmm by the way izzmi ni rasa macam nak bagi dia jadi ustadlah..hantar sekolah agama. Dapat jadi lawyer syariah ke..he..he..

5 comments:

ija said...

sabarlah kak..tak selalunya kita berada dlm zon selesa..ada masa kita selamat..ada masa kita dilanda konflik yg membuatkan kita kekadang putus asa..hidup ini umpama roda

HeZUiN said...

akak mungkin rasa sedih sebab akak tak berapa rapat sangat ngan org lain kot...kak yati kan ada...cikgu2 lain ramai lagi yang ada dan ok2 juga...geng2 jqaf pun ok juga:)

atie said...

Akak de dua blog ekk..xsyok ke kat sek tu kak,tapi kat cni pun dah agak lain suasananya kak...perang sana sini.serba salah dibuatnya.apapun tie memang betul2 rindu nak mesy pagar cam dlu...waaa!!!

HeZUiN said...

bila akak nak update blog ni kak...tetiap hari saya bukak blog akak

Anonymous said...

ija, kat sini selalu ada konflik melanda diri, rindu sangat kat bentong..rindu kat kawan2 lama.

win...
Ntahlah win rasa macam dah rapat ngan semua orang, akak ni jenis ambik masa sikit..untuk lebih rapat..
Akak balik kelate..tue yang lambat update blog..

Kimie..
aisey ingat sapa tadi...anak tiri akak pun nama kimi, rupanya tie..eh..kalau ikut slang kelate jadi kime(sakiman) ..memang rindu kat sini tak ada mesyuarat pagar..jiran kat sini tak best, ataupun akak yang tak nak campur orang he..he..