Thursday, November 20, 2008

Semuga aku dikurniakan kesabaran dan keimanan yang kuat..

Aku penat sangat sebenarnya, sebaik saja selesai buat tugasan, aku pun ingat nak fokus pada kerja2 sekolah aku..baru lepas exam pksr 2, banyak benda yang nak kena buat, ntah apa wilayah ni bengong buat exam minggu2 akhir persekolahan..kelam kabut nak buat, dan gb sekolah aku dah sound semua cikgu2 akan dikenakan Tahanan ISA selama seminggu kat sekolah, siapkan semua2 kerja lepas tue pergilah mana2pun..
aku pun berkira2 nak siapkan dalam minggu ni, then second week ingat nak balik kg aku dok seminggu, lama dah tak balik..raya hari tue jer balik...
Isnin dalam pukul 2.00 ptg, hubby aku telefon dari tempat kerja beritahu..dia nak balik kelantan ada emergency, in laws aku (tak tau ayah atau ma) jatuhh..., aku dah serba salah, tak balik nanti apa kata orang..., kalau balik kerja aku tak siap..lastly aku decide aku balikkkk...dengan harapan sekejap jer kot dalam 2 hari saja..Petang tue juga aku dan suami serta 3 anak2 balik kelantan, sampai pukul 1 pagi, mak mertua aku yang jatuh, tak boleh bangun, bapa mertua aku yang dah sememangnya uzur di tambah pula dengan simpton 'alzhameir' dia tue, tak adaorang nak jaga...dipendekkan cerita, akupun malas nak story lebih2 kat sini coz itu masalah family husband aku, tak elok aku nak publish kat orang..so suami aku bawak balik bapak mertua aku ke KL ni...buat sementara ni dia duduk dengan aku...., aku kesian sebenarnya..memang aku merungut juga..aku rasa macam tak larat lah, dengan suasana rumah yang tak kondusif, izzmi yang meragam itu ini,sekarang ni pun aku bukannya rehat sangat, tahun depan lebih mencabar kerana aku akan buat final projek untuk undergrad aku kat oum, alia pulak nak ambik UPSR...., tapi fikir2kan balik, atas didikan orang tua aku..aku perlu ..dan aku kena buat (jaga orang tua) dan bila dalam situasi ni aku rasakan ayah dan mak aku adalah yang terbaik dalam dunia ini, especially mak aku...sykur alhamdulilah kerana ayah dan mak dapat mendidik kami adik beradik sebaik2nya, bekalkan kami ilmu dunia dan akhirat, (aku sungguh bimbang aku tak mampu nak bagi didikan dunia dan akhirat pada anak2 aku..) ...sebenarnya aku redha ..tapi sememangnya perangai aku yang suka simpan dalam hati ..suka berdendam..tambahan pulak masih tak ada perubahan pada sikap..tu yang buat aku merungut... aku pernah terbaca kat paper tentang kisah seorang menantu jaga mertua dia yang sakit..aku kagum bila dia cakap setiap malam dia akan bacakan yassin disebelah bapa mertua dia yang terbaring.., aku teringin nak buat macam tue..dan insyaallah aku akan buat...tapi banyak sangat yang berligar dalam kepala otak aku..
dan setiap detik dan saat aku berdoa supaya tuhan berikan aku kesabaran dan keimanan yang kuat..semuga perasaan tak puas hati, dendam..dapat aku buang jauh2..aku cuma ..
berharap aku dapat mencontohi mak aku..selama hidup dia banyak kali dah jaga orang sakit..bermula pada nenek, datuk dan akhir sekali ayah aku masa kena strok dulu, imagine mak bersusah payah angkat ayah yang badan berisi, bawak pergi tandas, mandi, cuci berak dan kencing, sampai akhirnya mak sendiri jatuh sakit..alhamdulilah sekarang ayah dah boleh jalan..cuma tanggungjawab ke pasar dah beralih pada mak, syukur alhamdulilah atas kurniaan tuhan yang memberikan kesihatan yang baik pada orang tua..aku, alhamdulilah syukur sangat2...

3 comments:

atie said...

Sabar kak, tie faham macamana perasaan tu sebab tiap kali balik kg itulah yang tie lakukan... menjaga mak mertua yang masih tidak boleh berjalan lagi.Namun semua itu bukan mudah kak...tinggi ganjarannya disisi Allah.Moga akak diberi kekuatan itu

Anonymous said...

bila ingat ganjaran dari Allah tu yang cool sikit, kalau tak..??? Kirim salam lah..

ija said...

hmm..saya pun tak pasti adakah saya mampu jadi menantu yg baik..tabah dan sabar melayan mentua..insyaallah..aminnn