Wednesday, September 30, 2009

Today is wednesday

he..he.. aku tak tau nak update apa...ni pun sebab zawiyah sound .."semalam tengok blog korang apasal tak update??? aku cakap...malas!!! tak tau nak update apa, semetelah sekarang ni gila facebook, blog sudah dipinggirkan, blog kawan2 pun lama dah tak ziarah, tapi sekali sekala ada jugak singgah nak tau perkembangan terkini kawan2, cuma jadi silent readers lah,

sekarang ni..hari2 yang dilalui tiada beza dengan yang lalu, kalau adapun sedikit lega kerana aku dah berjaya menamatkan pengajian di universiti, insyallah akan konvo pada pertengahan november nanti, alia pun telah selamat menduduki peperiksaan UPSR, cuma aku tetap teruskan berdoa supaya dia mendapat keputusan yang cemerlang. tapi yang pastinya sekarang penyakit 'M' aku menjadi2, bukan tak ada kerja, adaaa....tapi malas tue selalulah pulak datang menjenguk aku setiap hari.

Syawal pun semakin beransur, ada jugak plan nak buat open house, tapi mungkin tak sebesar tahun lepas, tahun ni buat kecil2 jer kot sekadar jemput kawan2 rapat dan jiran2 terdekat,menu masih belum ada mee kari? nasi lemak? nasi dagang? tak tau lagi. Adik aku pulak sibuk nak suruh aku masak untuk dia buat open ceremony untuk rumah baru yang baru dibelinya, untung cik lin (tunang dia) kahwin dengan adik aku, semua dah complete.

Btw..aku tengah dok pikir nak buat rawatan gigi, gigi aku yang depan ni tunggu masa jer nak tanggal, kalau aku pergi dentist dah tentu aku kena buat semua, so macamana nak mengajar budak2, takkan nak pakai topeng kot.....ni pun masalah jugak, muda lagi gigi dah tanggal..tapi bak kata mertua aku, dia dulu muda jugak dah pakai gigi palsu, bila tua dah tak ada masalah sakit gigi apa semua, tak macam bapak mertua aku, gigi tahan sampai tua, tapi selalu sakit2 gigi bersilih ganti..he..he...itu kata orang yang gigi tak cantik macam gigi aku ni..

oklah, untuk sal, tukang jahit langsir aku tue...nanti akak dah siap pasang akak publish gambar kat sini, 2 malam yang lepas suami akak, dengan berkobar2nya cuba untuk pasal rel, nak jadikan rel langsir tue kembar tiga, yang ada sekarang 2 jer....hemmm..tapi tak menjadi, semalam terpaksa gak dia panggil indon tolong buatkan....malam ni aku nak gantung langsir baru kalau tak penat...OK itu kisah hari rabu aku...hua...hua...hua

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raye

selamat hari raya aku ucapkan untuk kawan2 semua, sapa2 yang mengenali diri aku..tak kira di alam maya ataupun in real life..sehari2, ampun maaf aku pinta andai ada salah silap, terkasar bahasa, termakan terminum harap di halalkan...selamat hari raya maaf zahir batin

petang ni kelik kelate coz tahun ni turn raya di sana dulu. hu..hu..

Friday, September 11, 2009

Andai aku tahu

Dapat email cite ni..sedihlah pulak, tapi aku juga seorang guru, tak pernah sekali pun aku merotan budak kalau dia datang lambat, bagi nasihat, bebel, amaran ..adalah...macam budak 4c sorang tue selalu datang lambat, tiap2 hari, muka dah lah welfare, kita nak marah pun kesian, bukan salah dia pun...ayah dia selalu hantar dia lambat ke sekolah, ayah keje syiff malam kat kilang di shah alam, kena tunggu ayah balik untuk hantar dia ke sekolah...kesian lah pulak, itu mujur dia nak datang sekolah walau tiap2 hari lambat, setengah budak kalau lambat terus malas nak datang sekolah. Apa aku bebel ni..??????



Andai ku tahu……MAAFKAN CIKGU!
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang aku paparkan ini aku ulangi dari kisah benar dari sahabat aku seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi???Dia terkejut dan wajahnya berubah.Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.? JawabnyaKenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu??Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.?Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, ?Maafkan cikgu, ??.?Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Thursday, September 3, 2009

Diskriminasi wanita bertudung

rentetan dari forum cari..melarat kepada blog yang empunya..

korang mesti baca.....klik di sini ..salute dengan cik yana yang berpegang pada prinsip, angin dengan penginterview tue..

http://yanafia.wordpress.com/2009/03/11/tolong-jangan-hukum-saya-kerana-membunuh/#comment-176