Saturday, January 31, 2009

Keropok lekor punya pasal

Pagi tadi, tak tau nak breakfast apa, ..hemm..terpikir nak buat cucur bom (cucur yang letak ibu roti then dia akan membulat macam bom bila di goreng) dan buat sambal sardin ..untuk dicicah dengan cucur bom ni he..he.., ini makanan tradisi family aku, orang kampung.., sedap tau..., dah selesai menggoreng cucur bom dan masak sambal sardin teringat keropok lekor yang beli kat pasar malam selasa lepas...sementara dah ada minyak dalam kuali..aku pun menggoreng keropok lekor...apabila dah hampir masak...aku pun ambil penapis nak kaut keropok lekor tue..ntah tiba2 keropok tue meletup...terkejut beruk aku, terlepas keropok yang dah dikaut kedalam sinki, aku menjerit....aduhhhhh!!!!!! minyak panas terpercik kat muka aku yang licin ni...dua tiga tompok, kat leher kat lengan....dengan tergesa2 aku ambik kicap lumur kat muka...petua orangtua konon..., dah macam hantu kicap..tapi malangnya petang ni dah melepuh kat muka aku, berisi air bisa......tensen2..tensen....bakal meninggalkan parut yang hodoh nanti....
apa nak buat niiiiiiiii????????????

Wednesday, January 28, 2009

Dedicated to my friend

Semalam..., kita jadi kawan....
Kerana kisah silam!
Hari ini kita masih berkawan...
Kerana janji semalam..,

Esok...
Kita akan terus berkawan...,
kerana hari-hari kemudian kita akan terus berkawan
kerana..esok kita ada azam dan impian...


Kredit untuk chegufachrule (aku ambik kat blog dia)...coz at the same time, aku terasa2 nak dedicated sajak ni pada sahabat aku yang seorang ni..., tiada marah dan dendam antara kita,coz u r my friend....

Dan untuk sahabat ku kak rami di bentong pahang happy birthday muga akak panjang umur dan murah rezeki ( beli keta vios) , aku ingat birthday dia coz, dalam hp aku masih ada no ic dia, dulu2 dia selalu minta tolong aku cek apa2 kat internet bagi pihak dia...., aku rindu kat dia............rindu sangat2

Thursday, January 22, 2009

Bahana cara memasak melawan fitrah

Aku dapat email ni dari adik aku, mana dia dapat ntah, foward kat aku, mentang2 rumah aku ada mikrowave..tapi aku jarang guna, kalau aku nak panaskan apa2 pun aku letak atas dapur jer...

jom kita berkongsi sedikit informasi yang berguna untuk kesihatan kita.

BAHAYA MICROWAVE OVEN……….
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.


Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa! Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas. Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun.

Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).
Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun? Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang,

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak). Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..

Fikirkan...
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro. Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa! Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.

Anak ku Mat Belia - pa&ma Januari 2009


Artikel ni aku hantar kat majalah pa&ma lama dah dari tahun lepas masa izzmi baby lagi, baru ni terpilih untuk keluaran januari 2009, dapatlah hadiah produk biolife bernilai rm100. Oklah tue, boleh simpan buat kenangan tunjuk kat izzmi bila dia besar nanti

Tuesday, January 20, 2009

Yang bernama Elit

Dulu ada entry aku menyentuh tentang keluh kesah aku bila mengajar kelas 1 Elit, pengalaman2 selama 3 tahun di sekolah tue, biasanya kelas Elit ni tak se elit namanya, seribu macam ragam murid dalam kelas tue, tapi kegusaran aku..terhakis apabila murid kelas 1 Elit ni hanya ada 14 orang, kadang2 tinggal 10 orang bila ada yang tak datang, memang best mengajar kelas ni, murid sikit, senang nak kawal, panggil semua murid datang bersila kat depan, aku ajar dia orang mengeja, boleh uji sorang demi sorang, aku dapat rasakan yang murid2 ni 90% nanti boleh membaca, tulisan dia orang pun ok, boleh tahan, cuma ada 2,3 orang yang tak pandai nak menulis dalam garisan yang disediakan, tak pa masih banyak masa untuk diperbetulkan. Bila dah murid pun 14 orang, aku keluarkan duit poket untuk photostate buku2 tambahan untuk dia orang, tak pa lah berkorban sikit...kalau nak harapkan sekolah..kirim salam jer lah, nak photostate untuk kegunaan murid2 dalam kelas pun kena bayar, 10 sen sekeping, mahal giler, baik photostate kat luar...

Sunday, January 18, 2009

Make up ur pictures


















Cantik tak gambar2 semua ni, seharian aku mengerjakan gambar2 ni letak frame, effect, best !!!!cantik sangat, tukar frame, tukar effect..actually aku dapat informasi mengenai laman web untuk edit2 gambar ni melalui blog hitlerchild (ada aku link kat sebelah) ..di situ dia ada sertakan laman web untuk kita edit gambar secara online.. beserta tutorial ringkas sekali, dan ada lagi informasi yang berguna kat blog dia tue.., oklah kau orang boleh masuk kat laman web ni untuk create atau letak effect kat gambar korang...http://www.loonapix.com ..aku memang suka explore dan happy kalau dapat belajar sesuatu yang baru mengenai grafik atau yang sewaktu dengannya.
Sekarang ni aku sedang mencari bahan untuk buat modul untuk Bridget Bestari sekolah aku,hemm masa jer tak ada... Entah bila boleh siap.

Friday, January 16, 2009

So Touching

Aku bangun pukul 5 pagi, walaupun cuti sekolah, aku plan nak surf internet cari bahan untuk projek multimedia, sebelum tue masak nasi dulu, karang boleh buat nasi goreng untuk breakfast, biasalah bukak jer laptop, tengok blog dulu, blog sana, blog sini, tapi pada pengamatan aku, terdapat perbezaan antara blogger lelaki dan blogger perempuan, gaya penulisan, isi cerita, mesej yang hendak disampaikan..memang berbeza, biasanya blogger lelaki lebih cenderung menulis bahan2 yang ilmiah, directly or indirectly....perempuan lebih pada personel cite pasal anak, pasal baju, kasut, dan segala macam mak nenek lagi ha..ha...termasuklah aku...itu kita punya sukalah kan dah blog tue kita punya ikut suka lah nak tulis apa pun..

ok, sebenarnya aku terjumpa satu artikel menarik kredit untuk en fariddarif (entah2 dia pempuan) mana tau kan aku pun tak kenal...aku tersentuh baca artikel tapi lebih mirip kepada poem, sebagai seorang ibu, terasa untuk muhasabah diri, banyak kekurangan ilmu keibubapaan pada aku ni.., kadang2 aku sedar..aku tak boleh buat macam tue, tapi susahnya mungkin didikan dari ibubapa aku dulu, sepatutnya sebagai orang ibu...bak kata kawan aku, bila anak dah meningkat remaja..jadikan dia sebagai kawan, dengar cerita2 dia sambil mendidik, tapi aku ni kalau mood tak baik...'kenapalah kau orang banyak mulut sangat hari ni, pening kepala mama dengar......itulah aku sebagai seorang ibu.....!!!!!!!!!!!!!!!!!! Teruknya!

Jom kita share...........(especially untuk my son 20 months )

Just for this morning, I am going to smile when I see your face and laugh when I feel like crying.
Just for this morning, I will let you choose what you want to wear, and smile and say how perfect it is.
Just for this morning, I am going to step over the laundry and pick you up and take you to the park to play.
Just for this morning, I will leave the dishes in the sink, and let you teach me how to put that puzzle of yours together.
Just for this afternoon, I will unplug the telephone and keep the computer off, and sit with you in the backyard and blow bubbles.
Just for this afternoon, I will not yell once, not even a tiny grumble when you scream and whine for the ice cream truck, and I will buy you one if he comes by.
Just for this afternoon, I won't worry about what you are going to be when you grow up, or second guess every decision I have made where you are concerned.
Just for this afternoon, I will let you help me bake cookies, and I won't stand over you trying to fix them.Just for this afternoon, I will take us to McDonald's and buy us both a Happy Meal so you can have both toys.
Just for this evening, I will hold you in my arms and tell you a story about how you were born and how much I love you.
Just for this evening, I will let you splash in the tub and not get angry.
Just for this evening, I will let you stay up late while we sit on the porch and count all the stars.
Just for this evening, I will snuggle beside you for hours, and miss my favourite TV shows.
Just for this evening when I run my finger through your hair as you pray, I will simply be grateful that God has given me the greatest gift ever given.
I will think about the mothers and fathers who are searching for their missing children, the mothers and fathers who are visiting their children's graves instead of their bedrooms. The mothers and fathers who are in hospital rooms watching their children suffer senselessly and screaming inside that little body.And when I kiss you goodnight I will hold you a little tighter, a little longer. It is then, that I will thank God for you and ask him for nothing, except just for another one more day…

Thursday, January 15, 2009

Boleh bagi idea tak?

Aku ni sedang tercari tajuk untuk projek kepujian aku dalam bidang multimedia, tapi tak taulah nak buat kajian tentang apa? Kalau ada pembaca yang terlibat secara lansung atau tak lansung dalam bidang IT atau multimedia bolehlah bagi idea kat aku ni yang tengah blurr, otak macam statik jer..tepu tak boleh pikir, penat dengan sekolah yang aku tau balik rumah nak rehat, rehat dan rehat, masak, mengemas tolak tepi..so aku sangat2 mengalukan idea2 korang, 23 hb dah nak kena fax ke oum tajuk dan abstrak kajian hu..hu...

Thursday, January 8, 2009

Kerenah ibu bapa yang memeningkan kepala

Minggu persekolahan yang cukup2 bz...dengan 4 hari berturut-turut mesyuarat, balik rumah pukul 4 petang, melayan kerenah ibu bapa murid tahun 1 yang banyak songeh..betul2 buat aku penat..sampaikan aku di tegur oleh seorang mak budak. kesian cikgu ulang alik bawak budak.., aku sebagai penyelaras tahun 1, kena selaraskan penempatan kelas untuk budak2 ni sebaik saja dia orang selesai buat ujian, bagi2 kan kepada 5 kelas berdasarkan markah budak2 ni.., ikut rangking. memang susah nak puaskan hati semua orang, ada saja yang tak kena, ada saja yang di 'argue' kebetulan tahun ni parents murid2 tahun 1 sekolah aku terdiri daripada parent2 yang anak dia orang di reject dari sekolah2 elit berhampiran, dah semua nak pergi sana, mesti dah penuh, jadi kena tolak ke sekolah aku, perasaan tak puas hati dia orang mengakibatkan dia orang sengaja nak cari kelemahan..sekolah aku. Ada saja yang tak kena. ..Memang betul2 ramai murid tahun satu kali ni yang tak tahu cakap melayu pun ada, speaking jer dia faham, padahal orang melayu..budak2 ni walaupun dia orang terer speaking macamanapun, test adalah dalam bahasa melayu..terpaksalah terima hakikat tak semestinya pandai speaking anak awak bijak, kena masuk kelas A, macamana pulak dengan anak2 orang lain yang dapat full marks dalam test tue..of courselah aku bagi keutamaan pada budak2 ni.

Aku pun terkejut, bila dalam meeting gb tanya aku pasal kes ni, parents ni terus jumpa gb buat aduan, kenapa anak dia dari kelas B, di tendang masuk kelas D, bila cikgu zarina jelaskan hanya buat sementara kerana saringan kali ke 2 akan di adakan bila ujian kia nanti, dia tak puas hati jugak.. 'kenapa anak saya yang jadi mangsa tidak anak orang lain'...tak puas hati jumpa gb.


Aku yang tak tahu apa cerita jadi blur bila gb tanya, tapi bila aku siasat..ooooo rupanya parent ni adalah ibubapa salah seorang dari budak kelas B yang aku tolak masuk ke kelas C, then cikgu kelas C tolak ke kelas D, tak puas hatilah parents tue, sampaikan gb kata, mak budak tue tak nak pandang lansung muka gb, paling kat lain...amboiiii..


Aku dan hasma (guru kelas 1B) yang tak tau apa cerita, cubalah siasat, ambik paper budak tue, dia hanya dapat markah 20/30 sahaja, kebetulan murid2 yang ambil ujian pada hari Isnin, ada yang dapat markah melebihi 25 ke atas, so murid2 ni walaupun terlewat ambik ujian terpaksalah aku masukkan kelas B, dan murid kelas B yang markah kurang pada tue aku tolak ke C, yerlah dah ramai sangat hampir 40 orang, sedangkan kelas C dan D purata 20 orang jer..


Bila dah tau puncanya, aku dan hasma, cool!!! esok mesti parents tue datang lagi, kali ni kita orang nak tunjuk paper anak dia...., bengang jugak bila gb blame kami, katanya tak ikut peraturan, rasa aku dah buat sehabis baik, tapi nak puaskan hati semua mak bapak ni bukan senang,



Tepat jangkaan kami, pagi rabu dia datang, pagi2 lagi hasma telefon aku, suruh datang kelas 1B, aku ni terpaksa tinggalkan kelas..emmm, bila tengok muda lagi, anak sulong barangkali. sampai kat 1B aku tengok hasma dok bertekak dengan parents tue..

Aku sebagai penyelaras explain kat dia, anak dia dapat 20 markah, antara markah yang terendah terpaksa lah di tolak ke kelas C, dia tak puas hati lah, macam2 dia sebut, tak adil lah dia sanggup ambik cuti hari jumaat bawak nak ambik ujian, tapi budak2 yang ambik ujian lewat sebab tak datang hari jumaat tup..tup dapat masuk kelas B, bapak budak tue cakap lagi sepatutnya yang tak datang jumaat jangan bagi ambik ujian, letak jer anak2 dia orang kelas D atau E.., aku pulak bagitau, kalau kami tak bagi test, mak bapak budak dah komplen, kami tak dapat datang hari jumaat bukan sengaja tapi ada masalah masing2, takkan cikgu tak ada budi bicara untuk benarkan anak2 kami ambik ujian, aku cakap ini hanya sementara sekolah akan adakan saringan ke 2 bila ujian kia nanti

Bapak budak tue tetap tak puas hati, dia cakap kalau macam tue kenapa cikgu tak letak anak saya kelas E terus..., aku dan hasma terdiam sekejap.., hasma reply, tak boleh pulak budak kelas E tue puratanya tak tau baca dan menulis, takkan encik nak anak encik masuk belajar ABC kat kelas tue..

Then bapak budak tue cakap lagi, wife dia muncung jer, muncung macam boleh simpul, kalau dah cikgu cakap buat sementara, kenapa tak letak anak orang lain...saja kat kelas D atau E

Dalam hati aku..lorat betul orang ni..., hasma dah bengang, dia dah mula meninggi suara, kalau encik tak puas hati sangat, saya boleh letak anak encik kelas B, sekarang pun boleh, kalau nak kelas A pun boleh, jom kita ambik anak encik sekarang...



Bila dia nampak hasma dah menyingga, dia dah mula cool sikit, cikgu macam marah kat saya jer..,yerlah hasma kata kami yang cikgu2 ni dah letih nak layan kerenah mak bapak macam ni, encik ingat kami ni buat kerja sambil lewa jer lah, cincai boncai, pakai tolak budak ikut suka hati kami..,kami juga ada peraturan kami tau macamana nak buat kerja kami..Masa ni aku respek betul dengan hasma..orang kelantan katakan mesti gedebe sikit...

bapak budak tue kata lagi 20 markah tue sikit ke cikgu, aku jawap, kalau encik nak tahu kelas A tue purata full marks 30/30, kelas B antara 29 - 26 markah, dia jawab, ooo pandai2 jugak budak sekolah ni yer..., dalam hati aku, agaknya selama ni dia pandang rendah pada budak2 sekolah ni kot, maklumlah budak2 indon ramai.., rupa2nya ramai lagi yang lebih pandai pada anak dia.
Bila dia dah tau keadaan sebenar dia mula cool, cuma 3,4 kali dia minta aku sebagai penyelaras pertimbangkan untuk anak dia masuk ke kelas C semula..
Lama jugaklah sesi tue hampir sejam lebih..last sekali dia minta maaf, hasma pulak nasihat parent tue suruh persiapkan anak dia untuk ujian Kia nanti, lepas ni boleh naik kelas kalau dapat markah bagus....

Aku, siasat juga latar belakang parents ni, rupanya suami isteri kerja eksekutif bank dengan gaji hampir rm5k sorang, no wonder lah, tapi tadi aku terkejut betul tengok slip gaji bapak budak kelas aku yang dapat bonus rm24k, fullamak!!! rezeki orang, tengok kerja enginer petronas patut pun bonus rm24k.....dan paling kelakar bila ustad yang mengajar bahasa Arab mengakui bahawa kelas bahasa Arab dia bertukar ke kelas Bahasa Inggeris sebab, budak2 kelas tue ada yang tau cakap melayu lansung walaupun orang melayu.


Sorila entry ni panjang berjela, sebenarnya nak panjang lagi, tapi dah malas nak taip, kalau ada salah ejaan faham2 jer lah, ignore kan jer lah hee..he..


Saturday, January 3, 2009

Ya Allah kenapalah macam ni....

Kenapalah aku jadi malas sangat, aku dah mula rasa susah hati fikir esok dah mula nak sekolah, Tambah pulak ingat esok kena ngadap mak bapak budak, kutip2 duit, aku ingat tak payah pegang duit apa2 dah, upernya kutip lagi..eiii tak suka betoii...

Puas jugak aku cuba optimis kan diri, berfikiran positif, cuba memupuk resolusi baru bertekad untuk ajar budak2 kelas 1E tue betul2 bagi dia orang pandai menulis dan membaca, tahun ni cabaran bagi aku sebab mengajar Bm kelas 1E, budak2 kia2m yang bukan saja tak pandai membaca dan menulis bahkan berlatarbelakang keluarga yang pelbagai, dan ada juga yang bermasalah datang dari..keluarga broken mariage, anak tak sah taraf dll lagi lah...aduhlah!!! aku sebenarnya tak mau hipokrit, memang kalau boleh aku pun tak nak ajar budak2 ni, tapi dah amanah ni diberikan pada aku...akan aku galas dan akan aku cuba meredhakan diri...hu..hu..huu.

Satu lagi, my friend of mine, bagitau visa calling untuk bibik aku dah sampai, tengok gambar bibik tue aku macam berkenan dah, pakai tudung, taklah muda sangat, aku rasa macam nak ambik bibik tu untuk aku, supaya kerja2 rumah aku dapat dibereskan, tambahan pula aku bukan suka mengemas sangat, at least ada orang tolong kemas, dan sambil2 tengok izzmi, tapiii uwaaaa...atas nasihat kawan aku, aku terpaksa lepaskan maid itu untuk mertua aku, kerana dia orang lebih memerlukan..walaupun maid itu di bawah nama aku, dan berdasarkan slip gaji aku, tak pa lah....aku tak mau dah fikir pasal maid ni nanti aku akan rasa ralat dan terkilan. Biarlah kali ni aku berkorban dan cuba berlapang dada, nanti bila2 waktu yang memerlukan aku untuk pakai maid ni, aku akan cari bibik lain, harap2 dapat yang lebih baik pada tue....

Thursday, January 1, 2009

Monday Blues!!!!!


Monday Already?
Graphics & Myspace layouts

Malas nya bila ingat, this coming monday adalah hari persekolahan setelah 52 hari bercuti. Entahlah macam tak bersemangat jer..akan bermulalah rutin2 hidup yang membosankan. Selalu tertanya2 kenapalah aku selalu tak bersemangat...rasa macam malas jer... Aku inginkan satu perubahan............................