Thursday, January 8, 2009

Kerenah ibu bapa yang memeningkan kepala

Minggu persekolahan yang cukup2 bz...dengan 4 hari berturut-turut mesyuarat, balik rumah pukul 4 petang, melayan kerenah ibu bapa murid tahun 1 yang banyak songeh..betul2 buat aku penat..sampaikan aku di tegur oleh seorang mak budak. kesian cikgu ulang alik bawak budak.., aku sebagai penyelaras tahun 1, kena selaraskan penempatan kelas untuk budak2 ni sebaik saja dia orang selesai buat ujian, bagi2 kan kepada 5 kelas berdasarkan markah budak2 ni.., ikut rangking. memang susah nak puaskan hati semua orang, ada saja yang tak kena, ada saja yang di 'argue' kebetulan tahun ni parents murid2 tahun 1 sekolah aku terdiri daripada parent2 yang anak dia orang di reject dari sekolah2 elit berhampiran, dah semua nak pergi sana, mesti dah penuh, jadi kena tolak ke sekolah aku, perasaan tak puas hati dia orang mengakibatkan dia orang sengaja nak cari kelemahan..sekolah aku. Ada saja yang tak kena. ..Memang betul2 ramai murid tahun satu kali ni yang tak tahu cakap melayu pun ada, speaking jer dia faham, padahal orang melayu..budak2 ni walaupun dia orang terer speaking macamanapun, test adalah dalam bahasa melayu..terpaksalah terima hakikat tak semestinya pandai speaking anak awak bijak, kena masuk kelas A, macamana pulak dengan anak2 orang lain yang dapat full marks dalam test tue..of courselah aku bagi keutamaan pada budak2 ni.

Aku pun terkejut, bila dalam meeting gb tanya aku pasal kes ni, parents ni terus jumpa gb buat aduan, kenapa anak dia dari kelas B, di tendang masuk kelas D, bila cikgu zarina jelaskan hanya buat sementara kerana saringan kali ke 2 akan di adakan bila ujian kia nanti, dia tak puas hati jugak.. 'kenapa anak saya yang jadi mangsa tidak anak orang lain'...tak puas hati jumpa gb.


Aku yang tak tahu apa cerita jadi blur bila gb tanya, tapi bila aku siasat..ooooo rupanya parent ni adalah ibubapa salah seorang dari budak kelas B yang aku tolak masuk ke kelas C, then cikgu kelas C tolak ke kelas D, tak puas hatilah parents tue, sampaikan gb kata, mak budak tue tak nak pandang lansung muka gb, paling kat lain...amboiiii..


Aku dan hasma (guru kelas 1B) yang tak tau apa cerita, cubalah siasat, ambik paper budak tue, dia hanya dapat markah 20/30 sahaja, kebetulan murid2 yang ambil ujian pada hari Isnin, ada yang dapat markah melebihi 25 ke atas, so murid2 ni walaupun terlewat ambik ujian terpaksalah aku masukkan kelas B, dan murid kelas B yang markah kurang pada tue aku tolak ke C, yerlah dah ramai sangat hampir 40 orang, sedangkan kelas C dan D purata 20 orang jer..


Bila dah tau puncanya, aku dan hasma, cool!!! esok mesti parents tue datang lagi, kali ni kita orang nak tunjuk paper anak dia...., bengang jugak bila gb blame kami, katanya tak ikut peraturan, rasa aku dah buat sehabis baik, tapi nak puaskan hati semua mak bapak ni bukan senang,



Tepat jangkaan kami, pagi rabu dia datang, pagi2 lagi hasma telefon aku, suruh datang kelas 1B, aku ni terpaksa tinggalkan kelas..emmm, bila tengok muda lagi, anak sulong barangkali. sampai kat 1B aku tengok hasma dok bertekak dengan parents tue..

Aku sebagai penyelaras explain kat dia, anak dia dapat 20 markah, antara markah yang terendah terpaksa lah di tolak ke kelas C, dia tak puas hati lah, macam2 dia sebut, tak adil lah dia sanggup ambik cuti hari jumaat bawak nak ambik ujian, tapi budak2 yang ambik ujian lewat sebab tak datang hari jumaat tup..tup dapat masuk kelas B, bapak budak tue cakap lagi sepatutnya yang tak datang jumaat jangan bagi ambik ujian, letak jer anak2 dia orang kelas D atau E.., aku pulak bagitau, kalau kami tak bagi test, mak bapak budak dah komplen, kami tak dapat datang hari jumaat bukan sengaja tapi ada masalah masing2, takkan cikgu tak ada budi bicara untuk benarkan anak2 kami ambik ujian, aku cakap ini hanya sementara sekolah akan adakan saringan ke 2 bila ujian kia nanti

Bapak budak tue tetap tak puas hati, dia cakap kalau macam tue kenapa cikgu tak letak anak saya kelas E terus..., aku dan hasma terdiam sekejap.., hasma reply, tak boleh pulak budak kelas E tue puratanya tak tau baca dan menulis, takkan encik nak anak encik masuk belajar ABC kat kelas tue..

Then bapak budak tue cakap lagi, wife dia muncung jer, muncung macam boleh simpul, kalau dah cikgu cakap buat sementara, kenapa tak letak anak orang lain...saja kat kelas D atau E

Dalam hati aku..lorat betul orang ni..., hasma dah bengang, dia dah mula meninggi suara, kalau encik tak puas hati sangat, saya boleh letak anak encik kelas B, sekarang pun boleh, kalau nak kelas A pun boleh, jom kita ambik anak encik sekarang...



Bila dia nampak hasma dah menyingga, dia dah mula cool sikit, cikgu macam marah kat saya jer..,yerlah hasma kata kami yang cikgu2 ni dah letih nak layan kerenah mak bapak macam ni, encik ingat kami ni buat kerja sambil lewa jer lah, cincai boncai, pakai tolak budak ikut suka hati kami..,kami juga ada peraturan kami tau macamana nak buat kerja kami..Masa ni aku respek betul dengan hasma..orang kelantan katakan mesti gedebe sikit...

bapak budak tue kata lagi 20 markah tue sikit ke cikgu, aku jawap, kalau encik nak tahu kelas A tue purata full marks 30/30, kelas B antara 29 - 26 markah, dia jawab, ooo pandai2 jugak budak sekolah ni yer..., dalam hati aku, agaknya selama ni dia pandang rendah pada budak2 sekolah ni kot, maklumlah budak2 indon ramai.., rupa2nya ramai lagi yang lebih pandai pada anak dia.
Bila dia dah tau keadaan sebenar dia mula cool, cuma 3,4 kali dia minta aku sebagai penyelaras pertimbangkan untuk anak dia masuk ke kelas C semula..
Lama jugaklah sesi tue hampir sejam lebih..last sekali dia minta maaf, hasma pulak nasihat parent tue suruh persiapkan anak dia untuk ujian Kia nanti, lepas ni boleh naik kelas kalau dapat markah bagus....

Aku, siasat juga latar belakang parents ni, rupanya suami isteri kerja eksekutif bank dengan gaji hampir rm5k sorang, no wonder lah, tapi tadi aku terkejut betul tengok slip gaji bapak budak kelas aku yang dapat bonus rm24k, fullamak!!! rezeki orang, tengok kerja enginer petronas patut pun bonus rm24k.....dan paling kelakar bila ustad yang mengajar bahasa Arab mengakui bahawa kelas bahasa Arab dia bertukar ke kelas Bahasa Inggeris sebab, budak2 kelas tue ada yang tau cakap melayu lansung walaupun orang melayu.


Sorila entry ni panjang berjela, sebenarnya nak panjang lagi, tapi dah malas nak taip, kalau ada salah ejaan faham2 jer lah, ignore kan jer lah hee..he..


2 comments:

BurungBelatuk said...

adatla tu...aku kalu rajin panjang kan memain lg mengomel...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

Syalily said...

stail... adat biasa seorang guru dan parent :D