Tuesday, July 27, 2010

Temuduga SPP DG41 part one

Temuduga SPP DG41
22hb Julai 2010, sesi pukul 10.00 pagi. Keluar dari rumah ke Putrajaya pukul 8.00 pagi, seperti pesan kawan2 ku yg dah berpengalaman di interview suruh pergi awal2, first comes first serves, dan pada firasat aku hemmm…pukul 8 dah dikira awal bagi aku yang sesi pukul 10 ni..
Sampai putrajaya belum pun pukul 9.00 pagi, tengok alamat SPP komplek JPM, JPM tue mungkin Jabatan Pelajaran Malaysia atau Jabatan Perdana Menteri yang mana satu yerr…tapi ada ke jabatan Pelajaran Malaysia kat Putrajaya tue kalau bukan jabatan perdana menteri..confius betul. En. Husband Tanya kat security mana ntah, then mamat tu cakap kat prensint 2, kita orang pun menuju ke presint 2..cari punya cari JPM tak ada kat situ JPN adalah cisss..mesti mamat tue tersalah dengar dan tersalah bagi info….hemmm patah balik semula cari kompleks JPM, sampai kat JPM Tanya orang kat situ nasib baik memang di situlah tempatnya,

En Hubby drop aku kat situ then pandai2lah aku..untuk hidup, kat pintu masuk kena tinggalkan lessen memandu untuk ambik pas masuk, logiknya coz masa interview nanti nak guna IC so tak adalah dia mintak tinggalkan IC. Berjalan lebih kurang 100m, memang cantik tempat ni…anak panah ‘ urusan temuduga’ menjadi panduan aku ke destinasi blok B3. Sampai pintu masuk Tanya adik yang jaga bahagian ‘ muka depan’ dia cakap selepas lift akak belok kiri dan akan jumpa bilik temuduga. Sampai! Mak oiii terkejut aku tengok dah ramai orang, aku ingat aku orang yang terawal, padahal tak awal mana pun pukul 9.30 baru sampai.

Aku tengok ada 4 buah kaunter, aku cari kaunter bilik no 4 (coz aku kena interview bilik tue) kerani lelaki tue suruh aku tandatangan, tengok list nama cisss..tinggal nama aku jer yang belum tandatangan orang lain semua dah.., tinggalkan dokumen atas meja, kejap lagi nama akan di panggil, aku pun duduk dulu, berdebar tak payah cerita tengok calon2 interview sibuk dgn nota masing2, alamak, aku benci situasi macam ni, dalam 10 minit nama aku dipanggil, kerani tue cek satu persatu dokumen dan sijil2 asal yang aku bawak, dalam hati berdoa suapaya semua lengkap coz aku bimbang andai ada yang tak complete nanti aku dihalau balik tak leh di temuduga…masa kerani tue tick satu persatu, dia tengok sijil maktab aku, then dia Tanya ‘cikgu hanya ada slip periksa akhir jerk e kat maktab, transkrip tak ada ke? Aku jawab memang tak ada, zaman saya tue tak ada transkrip lagi yang ada keputusan akhir jer.., dia angguk dan tick, alhamdulilah lepas ujian pertama, maknanya, aku akan ditemuduga juga. Then kerani tue suruh aku masukkan mykad kat mesin berhampiran untuk ambil no giliran, memang hampeh tul, akulah orang yang terakhir yang akan ditemuduga di bilik no 4 tersebut, bermakna aku kena tunggu 11 0rang lagi . Penantian satu penyiksaan, aku tengok macam2 ragam, aku pun mula gabra tengok sorang demi sorang masuk semua rata-rata 25-30 minit baru keluar. Mak oiii lamanya, apa bendalah dia orang Tanya tue. Aku dapat tahu pulak ke-empat penemuduga tue semua berpangkat dato’ orang kuat SPP belaka.
Bila ada yang siap keluar, semua pakat Tanya..hemmikut nasib ada yg ken abaca falsafah pendidikan Negara dari awal sampai hbis, Tanya isu2 semasa yang bekaitan dgn isu pendidikan masa kini.
Aku pun tumpang sekaki gak Tanya, dia orang cakap penemuduga bilik no 4 tue..pangkat dato’ juga sangat cerewet dan teliti dari segi jawapan yang dia nak, selagi jawapan yang kita bagi nak memenuhi paiwaian dia selagi tue lah dia akan Tanya dan suruh kita bercakap..mati lah aku macam ni…baca apa pun tak masuk dah…., nak terkucil pun ada, tensen giler aku terpaksa menunggu sebegitu lama, sorang demi sorang ambik masa 25 minit, aku orang yang terakhir ni buruk muka menunggu, sampai tak tau apa nak buat lagi, lantaran lama menunggu yang di baca habis hilang…..

Masa sesi menunggu tue kadang2 aku dengar hilai tawa dato' tue, lagi bertambah cemas kita orang kat luar ni, teruk sangat ke jawapan yang di bagi sampai dato; tue ketawa tak henggat, jawapan2 yang dibagi jadi bahan ketawa dia jer. Matilah macam ni..., rata-rata yang keluar wajib dia tanya tentang NKRA, sekolah wawasan...

Sedih betul aku, bilik2 no 1, 2, dan 3 semua dah tak ada calon, dah balik habis ditemuduga, tinggal aku sorang jer lagi calon untuk bilik no 4. Tepat pukul 2 petang nama aku di panggil...
ok.....to be continued ...nanti aku cerita apa benda suka duka aku di interview..separuh masak aku di buatnya...cukuplah itu yang pertama dan terakhir aku interview spp ni...

ok sambung kemudian.....