Wednesday, October 28, 2009

Sungai makan orang

trajidi ni ..menganggu minda aku sebenarnya, kesian..sampai sekarang masih belum jumpa lagi 2 orang murid yang hilang tue, korang boleh baca kat blog cikgu aznee ni tentang sungai makan orang ....


Kredit untuk blog cik aznee

http://tentangaznee.blogspot.com/

Saturday, October 10, 2009

Aku sangat bosannnnnnnnnnnn hari ni

Nothing to do. my hubby balik kelantan ambil orang tua dia. my MIL masuk wad so bapak mertua aku tak ada orang jaga. Plan nak balik cuti deepavali ni..tapi my hubby terpaksa on the spot balik coz mak sedara dia yang "baik hati "tue menelefon sambil marah2 dan mengungkit dan menuduh yang bukan2...

Now the problem is..., my baby sitter ke sabah selama 5 hari, sampai hari Rabu...so sapa nak jaga anak aku..ni, terpaksalah aku cuti lagi..asyik cuti jer...alia pulak janji nak jaga adik esok, tapi last minute nak pergi sekolah pulak, katanya nak tengok sapa yang menang untuk majlis penutup bulan kemerdekaan ..payah betoiii. bawak izzmi pergi sekolah baru tau.

Friday, October 9, 2009

What goes around comes around

...aku suka sangat dengan ungkapan ni..., kadang2 ia jadi peringatan untuk aku supaya aku tidak melakukan perbuatan2 yang menjengkelkan atau pun boleh melukakan, menyakitkan hati orang, betullah kata orang hidup bak roda..kadang kat atas kadang kat bawah, hari ni mungkin hari kita, esok belum tahu, sekarang ni apa jua perbuatan buruk yang kita lakukan..tuhan akan balas dengan cash. Begitu juga perbuatan baik yang kita lakukan, jika hari ini kita dapat menolong orang, akan2 datang orang tolong kita, begitu juga dengan nawaitu kita, jika kita ikhlas atas apa jua yang kita lakukan..insyallah tuhan akan bagi ganjaran pada kita..

Kata orang tua2, sapa2 yang ada tanda hitam di lidahnya, segala kata2nya atau sumpahan menjadi, hemmm aku ada tanda hitam tue....mungkin secara kebetulan aku pernah menyumpah 3 orang manusia ni yang pernah buatkan aku marah, benci dan sakit hati.., sebab aku betul2 terluka atas apa yang dia katakan dan apa yang di lakukan...dan kuasa tuhan atau kebetulan sumpahan aku tue terbukti dan menjadi..nauzubillah....bila aku pikir aku rasa kesian pulak..sampai adik aku pernah nasihatkan aku supaya tarik balik sumpahan tue.....tak palah aku saja yang tahu....anak2 aku cukup takut kalau aku bercakap apa2..contoh kalau dia orang melawan cakap aku..., aku mesti cakap malam ni korang tak boleh tidur ada hantu kacau..., mula2 dulu dia orang tak percaya tapi pernah terbukti berlaku pada dia orang tue yang sekarang ni dia orang takut, dia orang akan cepat minta maaf dan minta supaya aku tarik balik kata2 tue he..he.., sebenarnya semua tue bagi aku satu kebetulan, tak ada istimewa atau kelebihan pun...

Terkenang pada orang tua di kampung, berbahagialah ibu bapa ku kerana anak2 dan cucu2nya mempunyai feel, selalu terkenang, cucu2 pulak kalau cakap nak balik rumah tok wan melonjak happy, tak sabar nak jumpa.