Thursday, May 29, 2008

Teringat kat anak-anak

Baru semalam dia orang pergi rumah abah dia, tapi aku teringat kat dia orang, rasa sunyi pun ada, kalau ada dia orang boleh tengok2 adik, ini tinggal dengan izzmi rasa tak leh buat apa..Aku pernah tanya..dia orang seronok tak ada 2 ayah dan 2 emak.., dia orang cakap tak seronok, so aku slow talk dengan dia orang..situasi yang dia orang harus terima dalam kehidupan..dan semua ini takdir yang kita tak boleh elak..
Dia orang patut bangga ada auntie yang baik..dan ayah tiri yang baik..layan macam anak sendiri, tapi alissa ..hari tue ada sebut nak beli kad hari bapa, aku tanya nak bagi kat sapa? kat abah atos...(SUAMI AKU SEKARANG)...Kenapa tak nak beli kat abah mat...dia jawab Boleh blah..!!! Uikks..terkejut aku, tak baik cakap macam tue, dia abah kandung alissa..nanti alissa besar nak kawin kena abah kena ada sama tau..., dia cakap..alissa tak nak kawin...., aku andaikan dia masih budak lagi, satu masa nanti bila dia dah besar..dia akan faham.

Tuesday, May 27, 2008

Ayam goreng mamak

Kalau kita pergi makan kedai mamak, tengok ayam goreng kat situ menarik dengan warna kemerah2an nampak garing jer....aku selalu tertanya2 macamana nak goreng ayam macam mamak tue..takkan aku nak gi tanya kat mamak tue .. resepi goreng ayam mamak he..he.. then aku teringat member lama kat bentong dulu yang berketurunan mamak, cik rokiah kita tue..resepi ayam goreng mamak ni, dia kata kisar bawang putih, merah, halia dan jintan manis, jintan putih, perap pada ayam, letak sekali serbuk kari dan serbuk cili...jangan lupa garam dan kunyit, aku pun tengahari tadi trylah...nampak menarik tapi rasa ada kurengg...sikit, ntah apa yang tak kena..

Akhirnya...

Akhirnya..abah dia orang terpaksa juga ambik budak2 tunggu kat Tesco Ampang, emm bolehpun..senang jer dari Bentong nak ke Tesco Ampang...direct jer ikut highway, saja jer ..malas nak berusaha. Takkan aku pulak yang perempuan nak meredah jem dengan ada baby kecik nak pergi ke gombak sana tue..
Sedih juga nak berpisah dengan anak2 walau sekejap jer, alissa pulak tak nak pergi, dok sedih jer...aku pujuk dia alissa dah hari2 duduk dengan mama, pergilah jumpa abah pulak, bukan lama pun..dia cakap duduk rumah abah lapar, yerlah dia tue kuat makan he..he...abah dan auntie kerja ofis, balik dah petang..pagi2 abah dia belikan sarapan tinggal kat rumah then pergi kerja, kesian jugak aku..tapi apa nak buat, aku tak boleh nak pisah2kan ayah dan anak, budak2 ni pun anak2 dia juga.

Thursday, May 22, 2008

Selamat Bercuti

Best jugak cuti 2 minggu, tapi bila dah cuti kena jadi surirumah sepenuh masa tue yang leceh tue, nak balik kampung suami lak keje, budak2 ni abah dia orang nak ambik tapi aku kena hantar ke putra LRT Gombak ni yang aku malas ni..susah nak drive ke sana ada izzmi, nanti nangis dalam keta, on the way back kalau nangis sapa nak tolong pujuk, lainlah kalau budak2 ada, entahlah bagi aku ..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, aku minta tunggu kat tesco ampang jer..aku leh hantar situ dekat dengan umah aku, tapi tak nak dengan alasan tak tau jalan ke tesco...emm lantaklah kalau rindu kat anak usaha lah....dah lama pun budak2 ni tak jumpa abah dia, sejak raya puasa tahun lepas.

Wednesday, May 21, 2008

kasihnya ibu

Baru semalam entry aku sentuh pasal anak, pasal mak dan ayah....hari ni bila aku baca blog adik aku...dia pun sentuh hal yang sama, sedih juga rasa bergenang air mata, memang orang tua aku orang felda, orang kampung, malam tue sempena hari ibu aku berhajat nak celebrate makan kat restoren tapi kat sana tak ada restoren yang ok..yang biasa2 adalah.. memang mak aku cakap entah2 mak dah nak mati, semua anak2 bagi hadiah, bawak makan kat luar lagi..orang kampung..makan kat luar bukan tradisi tapi aku nak juga bagi mak dan ayah merasa makanan luar pada kebiasaan...
ada satu perkara yang aku rasa terkilan..dalam family aku anak yang paling jarang balik jenguk orang tua, dulu aku selalu kata pada mak, nanti cek beli keta dan ada lesen cek boleh balik selalu, tapi bila dah ada keta...tak dapat juga balik..kerana situasi yang tidak mengizinkan..dah kawin..pindah duduk jauh..sikit..ada baby pulak..tambahan pulak suami aku anak sulong..harapan mak dan ayah dia, sedikit sebanyak tumpuan lebih pada keluarga dia..

Seperti kata adik aku, doa mak memang makbul, Sebagai seorang ustazah, guru agama, memang aku akui doa mak sangat makbul..tuhan perkenankan banyak dah yang jadi kenyataan, salah satunya masa aku bersalinkan izzmi, bila aku beritahu mak lagi 2 minggu aku kena masuk wad doktor paksa untuk bersalin, malam tue mak solat hajat..doakan supaya aku bersalin normal, tak payah kena masuk ubat...keesokkan harinya pagi tue aku selamat bersalin kan izzmi, tak kena masuk ubat..apa2 pun, sakit pun tak lama..boleh pergi sekolah lagi pagi tue..boleh baca entry aku kat blog mydodoi..(www.mydodoi.wordpress.com) entry hari ini setahun yang lalu part 2

kat sini aku pastekan apa yang adik aku tulis kat blog dia(www.roydotcom.wordpress.com)Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Rasa macam dah basi pulak entri kali ni, patutnya saya tulis pada hari ibu yang lalu (11 Mei 200 yang lalu, sorry yek sibuk sikit. Yang penting bukan hanya pada 11 Mei je kan kita nak menghargai hari ibu, tetapi patutnya setiap hari dan setiap masa kita menghargai ibu kita.. semakin tua ibu bapa kita, maka semakin dia ingin dihargai dan disayangi oleh anak-anak dia. Ingat lagi satu ketika dimana ibu saya kupas buah mangga, dia akan biarkan anak cucu dia makan dulu dan kalau lebih baru dia akan makan, dan mesti kat hati dia akan meneka-neka sejauh mana pula anak-anak dia akan menghargai apa yang telah dibuat oleh nya. Dan doa ibu amat makbul dan ini telah terbukti dalam keluarga kami. Itulah yang diceritakan dalam drama kat tv3 pada hari ibu yang lalu, betapa anaknnya menjalankan kehidupan yang mudah hanya kerana doa ibunya walaupun anaknya tidak menghargai langsung apa yang telah dilakukan oleh ibunya. Secubit mengenai kisah peribadi saya, baru-baru ini buat kali pertama, saya bersama kakak saya sekeluarga membawa ibu bapa kami makan dekat dekat pekan terdekat, Triang betul-betul pada malam hari ibu 11 Mei yang lalu. Sampai ibu kami cakap, dah buang tebiat ke tak pernah-pernah keluar makan malam kat Triang, tiba-tiba keluar pulak.. apapun sejak dua menjak, ibu bapa makin arif tentang hari ibu, yelaa media banyak memainkan peranan.

Sempena hari ibu ni saya ada satu artikel yang bagus untuk dikongsi bersama. Artikel ni saya dapat dari e-group sekolah menengah saya yang lalu. So.. sesiapa yang dah baca boleh laa baca lagi banyak-banyak kerana secara tak langsung dapat menginsafi diri kita…. Selamat Membaca…


artikel tu tak payah lah aku paste kan panjang sangat.kalau nak baca masuklah blog dia...

Tuesday, May 20, 2008

Part of my life

Kat sebelah tue gambar aku dan suami, saja aku blurr kan...supaya tak jelas sangat..yerlah pengantin tua..tak perlu highlight sangat..usia perkahwinan aku dah jejak ke tahun yang ke 2...muga ini perkahwinan yang terakhir dalam hidup aku..dan berkekalan hingga akhir hayat

Monday, May 19, 2008

Dilema sebagai anak

Cuti 3 hari, aku balik kelantan rumah mak mertua, memang best balik kelantan tapi..perjalanan 7 jam tue buat aku penat..kesian tengok..ayah dan mak mertua aku, dah uzur benar, anak2 4 orang lelaki, tapi semua duduk kat Lembah Klang, bapak mertua aku dah tak berapa boleh nak jalan, drive pun dah tak boleh.., nak keluar cari makan pun tak boleh gak, mak mertua sakit kencing manis, tak berapa kuat juga...cuma harapkan anak2 yang 4 orang ni lah untuk balik 2 minggu sekali..harap anak2 balik untuk pimpin dia jalan..untuk exercise..tiap2 pagi, orang tua memang nenaruh harapan untuk anak2 jaga masa tua..tapi..anak2 pulak ada komitment lain yang tak kurang pentingnya...itulah dilema yang kita sebagai anak2 hadapi, jauh disudut hati..siapa yang tak kasihan, tak mau jaga mak dan ayah yang tua, kalau boleh nak balas budi dia orang..sebaik mungkin sementara hayat masih ada..kesian, sedih, rasa bersalah semua ada..tapi apakan daya.., nak berhenti kerja??? kita ada tanggungan lain, ada perkara yang perlu kita lunaskan, bukan setakat untuk diri sendiri, untuk masa depan.., untuk hari tua, untuk anak2.., lainlah kalau kita kaya banyak duit, boleh ambil cuti tanpa gaji jaga orang tua kat kampung..
Entahlah..bila aku lihat situasi tue..aku rasa macam nak beranak ramai, dan salah sorang anak mesti tinggal dengan aku, nak kerja pun kena kerja dekat dengan rumah..aku hanya mampu merancang tapi tuhan lah yang menentukan..nasib hari tua aku tak tahu lagi macamana.

Orang tua aku pun tak sihat juga, ayah sejak kena stroke tangan masih tak leh gerak, mak lah yang ambik alih..pergi pasar apa semua..mujur kami 6 orang adik beradik, kakak sulung mengajar dekat situ, abang aku pun tinggal berhampiran ..tak adalah jauh sangat, aku memang jarang balik...tapi aku pastikan paling tidak sebulan sekali aku akan balik jenguk ayah dan mak kat kampung..dan setiap kali ingat pada mak dan ayah..sayu jer hati..kalau aku kaya dah tentu aku tak yah keje..duduk kat rumah jaga ayah dan mak entah..aku cuma mampu berdoa semuga kedua orang tua dan keluarga mentua aku..dianugerahkan tuhan..kesihatan yang baik..untuk memudahkan mereka beribadat..dan menjaga satu sama lain..betullah kata orang..teman yang baik di hari tua kita adalah pasangan hidup kita..bukan anak2..Kita tak boleh harapkan anak2 untuk balas budi, sebab anak2 adalah amanah Allah yang memang wajib untuk kita besarkan dan bagi ilmu sebaik2nya..kalau kita ungkit..kita berdosa...terserahlah pada anak2 untuk nilai sendiri bila mereka dah dewasa kelak..

Terkenang semasa dulu....


Hatiku merasa rindu....pernah dengar tak lagu R.Azmi ni..., apa yang aku rindu ekk?? Dari hari Jumaat lepas lagi aku rindu betul pada kawan2 lama di sk sulaiman, seawal 5.30 pagi kak ramidah dah sms..ucap selamat Hari Guru, diikuti kak engku, kiah, bahizah..dan..betul2 terharu sms dari kak ha...ada bait2 dia yang buat aku sedih...uwaaaa...

Bosan giler celebrate hari guru kat sini, tak ada pengisian..issh..tak kreatif lansung dia orang ni, aku ingat lagi dulu ..masa kat sk sulaiman..ada pertandingan teh tarik king..sampai sekarang aku akan gelak sendiri..bila nazim ikat tali kat gelas..then dia tarik teh tue..keliling pentas..

Bila aku mengomel cakap bosan..rupanya bukan aku saja berperasaan macam tue..rupanya ada lagi 2,3 orang cikgu baru yang sama macam aku cakap hari guru sekolah ni tak meriah..

Entahlah..aku tak tahu apa yang tak kena, atau aku sendiri dalam kepala otak tak belajar untuk menerima seadanya sekolah baru ni...masih teringat2 sekolah lama, walau dari satu segi aku happy..dan bahagia..dari satu segi lain aku tak berapa happy...aku rasa wilayah ni hanya indah khabar dari rupa, pahang jauh lebih baik lagi...sib baik dapat banyak hadiah jugak kalau tak lagi ler tak happy....hu..hu...tue hadiah aku...sumbat dalam keta jer..thanks untuk anak2 murid..yang bagi hadiah..bukan hadiah yang cikgu minta, asalkan jadi anak murid yang dengar kata pun dah mencukupi.





Wednesday, May 14, 2008

Bosan betull


Esok hari guru, emm kementerian dah bagi pekeliling suruh semua sekolah adakan sambutan, nak tak nak..kena gak sambut walaupun tengah exam...kelam kabut jadinya sebab sekolah ni dah tetapkan tarikh lain nak buat hari guru...aku ditugaskan jadi ketua untuk buat back drop..eiii benci betul aku, aku tak suka lah part2 ni, aku tak ada bakat lansung hias menghias ni..keras tangan...bukan kraftangan, kalau aku interior designer tak pa gak...

Pagi ni..dengan 2 orang lagi ..pembantu aku ustazah Bizal dan Munirah..gi buat back drop..kita orang belasah jer..lantaklah...lain kali sure dia orang tak suruh aku lagi...ha..ha...

Sekolah aku ni...kalau bab2 ni memang advance..nak cantik2...kalah..kenduri kawin...aku sure..tak ada sapa teringin nak bergambar kat pentas..yang kita orang decorate..lainlah kalau hezuin dan azua yang buat..memang ada kelas..aku kagum setiap hasil kerja dia orang memang kreatif habisErr...apa tema hari guru esok ekk??? Teruk betul aku ni sejak pindah KL jadi tak produktif..kreatif, inovasi, komited...dan bla...bla...lagi lah...


Ini hasil kerja kita orang ber3....quite good..tak ler buruk sangat..he...he

Monday, May 12, 2008

i've been tagged by finie

1.Link to your tagger and post these rules on your blog.

Aku tak tau pun apa tagger ni,...ni budak2 muda punyer kerja, aku dah tua..layan juga ler..he..he

2.Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

Ha...ha...ni yang tak best ni..apasai banyak sangat sampai tujuh, nanti orang tau lak semua pasai kita he..he...

Oklah layannnn......
Benda-benda yang aku selalu buat bila aku marah, bengang, tak ada mood...

1. Duduk dalam bilik diam2...tapi sejak ada baby ni..angkut baby sekali suruh dia duduk diam2 dalam bilik..atau paksa dia tidur ha..ha..aku seorang ibu yang kejam.

2. Dengar lagu hindustan zaman muda2 dulu, pasang kuat2...especially lagu dari filem dilwale dulhania le jayenge, kuch-kuch hota hai..dan mohabatein...ha..ha..nama pun dah tua mesti lah layan hindustan, kalau muda layan underground lah kot...sampai anak2 aku pun sekarang suka layan hindustan...

3. Hidup enjin keta...pi shopping, pas tue nyesal duit banyak habis.

4. Makan dan terus makan, badan pun macam di pam...

5. Layan sms, biasa aku akan sms semua kawan2 lama aku, kadang2 lebih pada 30 sms..

Ala tak sampai tujuh ler...kira oklah yek...5 niii..


2. Benda2 yang aku suka buat bila aku happy..dan bersemangat.

1. Aku akan bercakap dan bercerita tak henti2, ataupun sakat anak2 aku, then aku gelak kuat2
penah aku..selimutkan bantal peluk dengan kain telekung dalam bilik dia orang semata2 nak menyakat dia orang, bila dia orang balik dari sek agama, histeria tengok ada hantu bungkus dalam bilik....ha...ha.....

2. Aku akan mengemas rumah, lipat kain, basuh bilik air, vacum karpet, lepas tue mula melepek penat. dan mood bertukar ke yang atas tadi dan mula membebel bila anak2 aku buat sepah...

3. Make up walaupun duduk kat rumah, pakai perfume.., my hubby rajin betul hadiahkan aku perfume..rasa 5 tahun pun belum tentu habis...

4. Periksa buku tulis anak2...rotan kalau ada yang aku tak puas hati...kalau aku tak ada mood aku tak kan tengok buku dia orang...pelik kan...


oklah finie....tak tau juga nak cakap apa lagi....kirah halal lah yek...



3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

emmm sapa nih.....nanti lah pikir kemudian siapa makhluk allah yang berikutnya...

4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog



Kenapa seputih daisy????

Sebenarnya aku tak tau nak namakan apa blog ni, sebab semua yang aku berkenan tak available..so jadilah seputih daisy..he...he..kira oklah..apa ada pada nama kan..??? emm kenapa yer aku create satu lagi blog padahal aku dah ada satu diwordpress..tapi kat sana lebih khusus cerita pasal anak2 aku, jadi rasa macam tak best jer kalau ia dicampur aduk dengan cerita aku pulak..kat sini aku rasa lebih bebas nak cerita apa saja....ni aku tengah dok pikir...nak buat tag yang fini dah kenakan kat aku...emm tak ada idealah pulak....