Wednesday, May 21, 2008

kasihnya ibu

Baru semalam entry aku sentuh pasal anak, pasal mak dan ayah....hari ni bila aku baca blog adik aku...dia pun sentuh hal yang sama, sedih juga rasa bergenang air mata, memang orang tua aku orang felda, orang kampung, malam tue sempena hari ibu aku berhajat nak celebrate makan kat restoren tapi kat sana tak ada restoren yang ok..yang biasa2 adalah.. memang mak aku cakap entah2 mak dah nak mati, semua anak2 bagi hadiah, bawak makan kat luar lagi..orang kampung..makan kat luar bukan tradisi tapi aku nak juga bagi mak dan ayah merasa makanan luar pada kebiasaan...
ada satu perkara yang aku rasa terkilan..dalam family aku anak yang paling jarang balik jenguk orang tua, dulu aku selalu kata pada mak, nanti cek beli keta dan ada lesen cek boleh balik selalu, tapi bila dah ada keta...tak dapat juga balik..kerana situasi yang tidak mengizinkan..dah kawin..pindah duduk jauh..sikit..ada baby pulak..tambahan pulak suami aku anak sulong..harapan mak dan ayah dia, sedikit sebanyak tumpuan lebih pada keluarga dia..

Seperti kata adik aku, doa mak memang makbul, Sebagai seorang ustazah, guru agama, memang aku akui doa mak sangat makbul..tuhan perkenankan banyak dah yang jadi kenyataan, salah satunya masa aku bersalinkan izzmi, bila aku beritahu mak lagi 2 minggu aku kena masuk wad doktor paksa untuk bersalin, malam tue mak solat hajat..doakan supaya aku bersalin normal, tak payah kena masuk ubat...keesokkan harinya pagi tue aku selamat bersalin kan izzmi, tak kena masuk ubat..apa2 pun, sakit pun tak lama..boleh pergi sekolah lagi pagi tue..boleh baca entry aku kat blog mydodoi..(www.mydodoi.wordpress.com) entry hari ini setahun yang lalu part 2

kat sini aku pastekan apa yang adik aku tulis kat blog dia(www.roydotcom.wordpress.com)Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Rasa macam dah basi pulak entri kali ni, patutnya saya tulis pada hari ibu yang lalu (11 Mei 200 yang lalu, sorry yek sibuk sikit. Yang penting bukan hanya pada 11 Mei je kan kita nak menghargai hari ibu, tetapi patutnya setiap hari dan setiap masa kita menghargai ibu kita.. semakin tua ibu bapa kita, maka semakin dia ingin dihargai dan disayangi oleh anak-anak dia. Ingat lagi satu ketika dimana ibu saya kupas buah mangga, dia akan biarkan anak cucu dia makan dulu dan kalau lebih baru dia akan makan, dan mesti kat hati dia akan meneka-neka sejauh mana pula anak-anak dia akan menghargai apa yang telah dibuat oleh nya. Dan doa ibu amat makbul dan ini telah terbukti dalam keluarga kami. Itulah yang diceritakan dalam drama kat tv3 pada hari ibu yang lalu, betapa anaknnya menjalankan kehidupan yang mudah hanya kerana doa ibunya walaupun anaknya tidak menghargai langsung apa yang telah dilakukan oleh ibunya. Secubit mengenai kisah peribadi saya, baru-baru ini buat kali pertama, saya bersama kakak saya sekeluarga membawa ibu bapa kami makan dekat dekat pekan terdekat, Triang betul-betul pada malam hari ibu 11 Mei yang lalu. Sampai ibu kami cakap, dah buang tebiat ke tak pernah-pernah keluar makan malam kat Triang, tiba-tiba keluar pulak.. apapun sejak dua menjak, ibu bapa makin arif tentang hari ibu, yelaa media banyak memainkan peranan.

Sempena hari ibu ni saya ada satu artikel yang bagus untuk dikongsi bersama. Artikel ni saya dapat dari e-group sekolah menengah saya yang lalu. So.. sesiapa yang dah baca boleh laa baca lagi banyak-banyak kerana secara tak langsung dapat menginsafi diri kita…. Selamat Membaca…


artikel tu tak payah lah aku paste kan panjang sangat.kalau nak baca masuklah blog dia...

No comments: