Saturday, August 29, 2009

Tahukah anda????

FAKTA BENAR (credit to http://www.rileks.info/coollist/)


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya

Thursday, August 27, 2009

lawak-lawak




mulanya..aku tengok video ni kat facebook, lawak guling2 aku..adik cek mesti tengok video ni, hang tuah cakap kedah..lawak gila..

Wednesday, August 26, 2009

Jerawat???? Oh Tidak!!!!!


Ini entry paling bengong sekali yang pernah aku post ha..ha... aku ingat dah bertahun2 lamanya aku tak berjerawat di muka, kali ni diusia 38 tahun naik jerawat pulak di pipi, besar pulak tue, sakit dan tidak selesa, kemana saja aku pergi aku rasa orang pandang jerawat aku, tak tau kenapa cuti ni naik jerawat pulak, anak aku kata, ni mesti mama gatal ni ada bf, cisss....sungguh tidak masuk akal statement tue. Bersungguh aku snap gambar zoom pada jerawat aku nih..tak ada kerja sungguh. Sebenarnya aku boring...tak boleh tidur jam 2.30 pagi aku dah bangun masak nasi dan goreng ayam untuk sahur...

Tuesday, August 25, 2009

Aku stress ke????

Tanda-tanda stress
Dapat email ni dari adik aku zairol...macam tau jer aku stress he..he..
Anda Menghadapi Masalah STRESS ?

Apakah Tanda-Tandanya. .?

...




Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur.....


memang aku memang malas nak bangun pagi, benci bila ingat kena pergi sekolah, yang buat aku bersemangat nak bangun bila teringat kebun aku (farmville) kat facebook yang perlu aku harvest he..he..

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..

Yang ini tanda stress ke, aku pikir aku ada darah tinggi kerana tengkuk aku selalu sakit

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..
hem mungkin betul, mungkin takk....


Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. .


hemmm...selalu gak .





Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah. .

yang ni memang betul, sejak dok KL berat badan makin meningkat, naik bukan sebab senang hati tapi susah hati sokmo


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..
Memang aku selalu letih dan tak ada mood, hingga nak buat apa kerja pun malas



Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..

Fikiran aku selalu sempit....tak boleh berfikir dengan waras lagi, selalu putus asa dan tak bersemangat.


Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. .
Mudah kecik hati dan mudah terasa..hati aku kecik mudah terusik dan tersentuh


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda..

Yang ni tak..jarang jumpa boss, kalau jumpa dia pun menyimpang ke tempat lain

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..
Hemmm aku memang kuat berpeluh, sampai anak aku kata mama tak cantik muka berminyak2 selalu bila dekat2 nak balik keje

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..

Betulll...aku selalu merasa penat, kalau boleh nak baring jer


Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..
Yang ni...kadang2 jer..

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... ........... .....

Selalu rasa macam nak demam dan mengantuk..

Keempatbelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA..
KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT...
SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..

yang ni tak ada lah pulak, ni stress tahap kronik kot...


Jadi kesimpulannya aku memang stress, stress tinggal diibu kota ni...dengan kos hidup yang tinggi, environment yang tak menyenangkan..banyak kenangan2 manis yang aku tinggalkan di sana especially bersama kawan2 lama aku yang sanggup bersama dimasa susah maupun masa senang...
hidup tak selalunya indah.

Sunday, August 16, 2009

Jalan2 cari makan..



Start dari pagi aku tak masak, sarapan maupun lunch ha..ha.. anak2 dan suami makan biskut kering cicah air jer, aku cakap pada anak2 ini pra-puasa kena latih perut dari sekarang, sehari suntuk aku mengemas rumah, buka almari tapis baju mana yang patut dilupus, di buang atau disedekahkan pada orang, almari dah overload, ada baju yang masih cantik dan baru tapi sebab tuan dia dah gemuk tak boleh pakai, simpan untuk alia lah.., yang mana out of dated atau kain zaman tok kaduk tue aku masukkan dalam plastik hitam untuk di buang, kerahan tenaga juga untuk anak2 aku, suruh kemas bilik dia orang yang dah macam reban ayam tue..sejak alia sibuk dengan upsr bilik dia orang ya rabbi..macam tongkang pecah...nak tak nak dia orang kena buat juga he..he.., yerlah nak keluar berjalan takut dengan h1n1 so duduk umah jer,
tapi petang dah lapar nasi, tak leh tahan..suruh anak2 mandi bersiap kita keluar gi makan.....tapi semua kena pakai mask..
kita orang pusing2 punya jauh nak cari tempat makan ..sehingga sampai ke sg merab bandar baru bangi..boleh tahan jugak makanan kat situ, hemmm tak disangka2 aku terjumpa kembali keta kelisa hello kitty...ambik kesempatan bergambar kat keta comel tue..hemmm oleh kerana izzmi yang bergambar dengan keta tue so gambarnya aku publish kat blog izzmi lah yer....www.mydodoi.wordpress.com

btw risau juga ni..alissa dan izzmi tak sihat, tambah risau bila anak jiran aku positif influenza A. Kejap lagi nak bawa izzmi pergi cek doktor.

Sunday, August 9, 2009

Penatnyer..

Balik juga aku kekampung, walaupun sukarnya nak buat pilihan, alia ada tuisyen, saat2akhir ni aku rasa penting untuk alia pergi kekelas tuisyen, pikir punya pikir ..aku decided balik kg. Ayah aku tak berapa sihat, kaki bengkak, sejak kena stroke dulu, sebelah badan dia tak kuat lagi, tangan sebelah tak boleh gerak, jadi dia dah tak banyak bergerak, jadi kakinya jadi bengkak, susah nak jalan,mungkin banyak air berkumpul kat kaki, setiap kali anak dia balik, mesti dia ajak pergi berurut.
Sampai kampung nampak wajah mak dan ayah bersinar, nampak cucu2 dia balik..ayah pun nampak ceria,alia ambik kesempatan tolong urut kaki tok wan dia dan sapu minyak panas...alissa tolong cabut bulu ketiak tok wan (ha..ha...ha..) sensor..

Banyak buah rambutan kat kampung, tapi sekarang musim batuk, tak lalu nak makan,mak buatkan air penerang hati untuk alia, dan kismis yang telah didoakan dan dibacakan sebanyak seribu surah, mak kata dia ambil doa2 dan surah2 penerang hati ni dari ustad haron din.Walaupun kata orang doa ibu lebih makbul tapi aku rasa mak lebih layak, kat kampung pun dia merupakan guru agama, mengajar budak2 dan orang2 tua mengaji, pendekata memang tak lekat rumah asyik ada jemputan baca yassin, berzanji, doa2 orang alim lebih makbul..semuga mak dan ayah panjang umur,itulah yang selalu aku doakan....
btw hari ni aku rasa macam sedih jer...tak tau kenapa..

Friday, August 7, 2009

Ketahuilah Alia

Untuk alia,
Tak sampai sebulan pun lagi, alia akan menduduki peperiksaan UPSR, mama harap alia buat yang terbaik, buktikan pada semua orang yang alia boleh mendapat keputusan yang baik, tunjukkan pada orang yang sebelum ni memandang rendah dan meragui kebolehan alia, mama nak alia buktikan. Mama dah cuba buat yang terbaik untuk alia, walaupun ada yang kurang tapi alia mesti tahu ibu mana yang tak mahu anaknya berjaya..
Tentu alia ingat, dulu mama pernah berkata, andai tuhan berikan mama rezeki yang lebih, mama akan peruntukkan duit itu untuk anak2, mama pernah cakap mama akan carikan guru yang terbaik untuk alia, tak payah berharap2 duit orang, tak payah nak tunggu orang bagi duit, mama tak kisah pun andai berhabis untuk pendidikan anak2..

Mama tak kisah pun andai jadi driver menghantar alia tak kira waktu, pagi petang atau malam, keletihan mama seakan hilang bila lihat alia sekalipun tak pernah merungut bila tuisyen walaupun alia tahu cikgu tue garang..dan kerja banyak, andai alia sendiri tidak merungut masakan mama pula yang harus merungut, kalau tidak mama, pada siapa lagi yang alia perlu harapkan..kadang2 mama rasa penat, ingin tidur dan berehat sebentar tapi kenangkan mama perlu ambik alia dari tuisyen, mama tak jadi rehat, kadang2 mama sedang sibuk menggulai di dapur, gulai belum masak tapi mama perlu jemput alia dari tuisyen, mama matikan api dulu, pergi jemput alia, balik sambung balik memasak,..mama nak alia tahu itu semua....tentu alia ingat kita pernah berjaga bersama2 semata2 alia banyak kerja tuisyen, Cuma apa yang mama kurang senang alia suka tangguh kerja..

Mama tahu, banyak perkara yang alia pendam dalam hati, tapi hidup mesti diteruskan. Mahu atau tidak alia terpaksa dan harus laluinya...alia perlu ingat dan tahu alia masih ada mama, walaupun mama ni Nampak garang, cakap kasar tapi hati mama sebenarnya halus dan lembut, mama tak sampai hati nak melukakan hati anak2..
Cuma disini mama nak ucapkan ribuan terimakasih, pada cikgu2 yang telah membimbing alia terutama pada cikgu yati guru tuisyen ..mama sangat berterimakasih dan terhutang budi pada dia, dia bukan sahaja membantu alia dalam pelajaran, dia juga berperanan membentuk keperibadian alia, memulihkan keyakinan diri pada alia..dan banyak lagilah, yang kalau mama nak sebut disini tak cukup 2 pages, walaupun kadang2 pedih juga telinga mama kena sindir dengan dia, tapi mama tahu apa yang dibuat, apa yang dia katakana semuanya untuk kebaikan alia. Alia anggap ajerlah segala denda dan hukuman yang dia bagi pada alia tu adalah untuk menyedarkan alia dari lamunan, dia nak bagi alia pandai.

Sekarang ni, samalah kita berdoa pada tuhan, niatkan supaya kejayaan yang perlu alia raih ini adalah demi masa depan alia, demi untuk orang2 yang alia sayang, tak lupa pada tok dan tok wan ..terutama sekali tok yang tak pernah jemu2 solat hajat dan berdoa setiap kali alia akan menduduki pepriksaan...alia kena ingat tue..ingat dalam masa yang singkat ini alia perlu berusaha dan teruskan berusaha.

Monday, August 3, 2009

Layan gambar jer lah...





tak tau nak tulis apa, tak ada mood.