Friday, August 7, 2009

Ketahuilah Alia

Untuk alia,
Tak sampai sebulan pun lagi, alia akan menduduki peperiksaan UPSR, mama harap alia buat yang terbaik, buktikan pada semua orang yang alia boleh mendapat keputusan yang baik, tunjukkan pada orang yang sebelum ni memandang rendah dan meragui kebolehan alia, mama nak alia buktikan. Mama dah cuba buat yang terbaik untuk alia, walaupun ada yang kurang tapi alia mesti tahu ibu mana yang tak mahu anaknya berjaya..
Tentu alia ingat, dulu mama pernah berkata, andai tuhan berikan mama rezeki yang lebih, mama akan peruntukkan duit itu untuk anak2, mama pernah cakap mama akan carikan guru yang terbaik untuk alia, tak payah berharap2 duit orang, tak payah nak tunggu orang bagi duit, mama tak kisah pun andai berhabis untuk pendidikan anak2..

Mama tak kisah pun andai jadi driver menghantar alia tak kira waktu, pagi petang atau malam, keletihan mama seakan hilang bila lihat alia sekalipun tak pernah merungut bila tuisyen walaupun alia tahu cikgu tue garang..dan kerja banyak, andai alia sendiri tidak merungut masakan mama pula yang harus merungut, kalau tidak mama, pada siapa lagi yang alia perlu harapkan..kadang2 mama rasa penat, ingin tidur dan berehat sebentar tapi kenangkan mama perlu ambik alia dari tuisyen, mama tak jadi rehat, kadang2 mama sedang sibuk menggulai di dapur, gulai belum masak tapi mama perlu jemput alia dari tuisyen, mama matikan api dulu, pergi jemput alia, balik sambung balik memasak,..mama nak alia tahu itu semua....tentu alia ingat kita pernah berjaga bersama2 semata2 alia banyak kerja tuisyen, Cuma apa yang mama kurang senang alia suka tangguh kerja..

Mama tahu, banyak perkara yang alia pendam dalam hati, tapi hidup mesti diteruskan. Mahu atau tidak alia terpaksa dan harus laluinya...alia perlu ingat dan tahu alia masih ada mama, walaupun mama ni Nampak garang, cakap kasar tapi hati mama sebenarnya halus dan lembut, mama tak sampai hati nak melukakan hati anak2..
Cuma disini mama nak ucapkan ribuan terimakasih, pada cikgu2 yang telah membimbing alia terutama pada cikgu yati guru tuisyen ..mama sangat berterimakasih dan terhutang budi pada dia, dia bukan sahaja membantu alia dalam pelajaran, dia juga berperanan membentuk keperibadian alia, memulihkan keyakinan diri pada alia..dan banyak lagilah, yang kalau mama nak sebut disini tak cukup 2 pages, walaupun kadang2 pedih juga telinga mama kena sindir dengan dia, tapi mama tahu apa yang dibuat, apa yang dia katakana semuanya untuk kebaikan alia. Alia anggap ajerlah segala denda dan hukuman yang dia bagi pada alia tu adalah untuk menyedarkan alia dari lamunan, dia nak bagi alia pandai.

Sekarang ni, samalah kita berdoa pada tuhan, niatkan supaya kejayaan yang perlu alia raih ini adalah demi masa depan alia, demi untuk orang2 yang alia sayang, tak lupa pada tok dan tok wan ..terutama sekali tok yang tak pernah jemu2 solat hajat dan berdoa setiap kali alia akan menduduki pepriksaan...alia kena ingat tue..ingat dalam masa yang singkat ini alia perlu berusaha dan teruskan berusaha.

No comments: