Monday, June 29, 2009

Buah cempedak menjadi nangka

Tajuk tak ada kena mengena dengan entry, bagi aku yang berlalu biarlah berlalu, tak usah diingat tak usah dikenang, life must be go on....hari minggu agak sibuk skit, hari sabtu pulak sekolah ganti, so 2 hari berturut2 rumah aku tak putus orang datang, petang jumaat adik ipar aku dari shah alam datang bermalam disini, naik komuter malam pukul 8 baru sampai, aku terus jamu dia orang nasi, berselera makan, aku masak gulai nanas ikan masin, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur, agaknya letih naik public transport kot. Perut jadi lapar.

Ahad pulak pagi2 lagi kenalan mertua aku datang bersama anak menantu, tak serve apapun cuma goreng keropok jer, awal2 lagi plan nak masak ingat ke dia orang nak makan tengahari sini rupanya tak, petang pulak sepupu mak mertua aku lak datang, ramai 2 buah kereta, penuh satu umah, sampai maid mertua aku cakap......., apa sekarang hari lebaran ke kak? ramai tetamu berkunjung....he..he... aku cuma serve goreng pisang yang aku buat sendiri habisss...sampai tuan rumah tak sempat makan, tapi biarlah, orang kata kalau tetamu datang rumah bawa rezeki.

so aku letih...tambah pulak sekarang aku ada ambik satu produk kecantikan, tak taulah sebab kesan sampinga dari supplemen yang aku ambik atau apa, rasa letih, lenguh2, perut cepat lapar hairan betul, agaknya sedang bertindakbalas kot, harap2 berkesan lah rm120 duit aku terbang untuk beli supplemen tue...ntah leh tahan sampai sebulan atau tak entah lah tapi untuk 3,4 hari aku dah dapat rasa perubahan nya.......

Friday, June 26, 2009

Giler shopping online

aku sekarang ni giler shopping online, melayari dari satu blog ke satu blog tengok baju, tudung, kain, giler macam ni boleh habis duit, setakat ni aku ada order baju dan tudung, sangat2 berpuashati, cuma kadang2 kat blog kita nampak cam warna lain, bila sampai kat kita warna lain pulak, yerlah, nak menyusuri KL untuk shopping kan susah sikit, tambah2 nak pergi jalan TAR sesak satu, ada izzmi yang meragam satu...baik tengok kat internet jer, order, bank in, esok atau lusa sampailah.

Tak jadi lah nak swasta

tak jadi aku nak swastakan blog, hilang nikmat berblog kan..., jadi aku open to public,

Saturday, June 20, 2009

Thanks to my lovely hubby

Thanks atas hadiah birthday yang sooo lovely -
semalam my hubby ajak ke ampang park - sampai ke satu butik, dia suruh pilih sepasang baju kurung chiffon yang harga rm200++. emm apa lagi aku rembatlah, kalau boleh nak ambik 2 pasang..., cantik2 baju kat situ, nanti gaji aku nak pergi lagi, nak beli untuk aku pulak.

oh lupa pulak, untuk ucapkan selamat hari bapa kepada ayah ku dikampung, muga ayah sentiasa sihat, dan untuk abah izzmi juga.

Thursday, June 18, 2009

Happy BIrthday to me

Genap 38 yrs old
Tapi duk lepak kat rumah coz izzmi demam hu..hu..
terpaksa cuti sedangkan kerja banyak kat sekolah
  • buku adab belajar belum isi
  • isnin ada peksa kia2m, borang2 belum settle
  • selasa orang kementerian nak tengok aku ngajar
  • hari ni thesis aku yang encik rosli pos mungkin dah sampai.

arghhhh.............birthday yang lesu

Wednesday, June 17, 2009

on da way to 38 years old...(dah tua)


sehari, dua lagi genap umur aku 38 tahun, dah penghujung 30-an, nak masuk 40, wahh tua dah aku rupanya...tapi dalam usia sebegini:
- baru nak mengenggam segulung ijazah...
- plan nak preggy lagi..tapi dah nak expired habih tu camno..
- tapi apa pun aku bersyukur je hadrat ilahi atas segala limpah kurnia pada kami sekeluarga, terlalu banyak yang tuhan kurniakan kepada aku, terlalu sedikit aku membalasnya..
syukur alhamdulilah juga, ku berjaya menyempurnakan projek kepujian untuk first degree aku, setelah 3,4 kali di reject, setelah bersengkang mata..bangun pukul 4 pagi buat thesis..aku tak harapkan apa2 janji lepas.., bak kata tutor aku yang menelefon pagi tadi, 'saya rasa awak tak boleh dapat A lah..., tergelak besar aku, memang pun..saya takkan dapat A, coz tajuk yang aku buat sudah terlampau ramai orang buat kajian, then aku menyiapkan tugasan dalam masa yang suntuk dan tergesa2...then dia pun tergelak...laaa tuan di sendiri pun mengaku tak leh dapat A....
thanks encik rosli, memang dia tutor yang baik sangat.

Thursday, June 11, 2009

Happy engagement to my youngest brother




Selamat bertunang untuk adik bongsu aku zairol, elok saja dia balik dari Jerman dia telah dipaksa bertunang dengan gadis pilihan mak aku, kesian juga kat dia, tapi aku rasa itu yang terbaik untuk dia, rasa budak pempuan tue pun baik, coz aku tau adik aku ni baik, bukan nak memuji tapi memang adik aku ni baik walaupun muka tak hensem he..he.. (mampuih aku kalau dia baca)..

Ayah aku pulak, siap cakap kalau adik aku kahwin dengan orang lain dia tak nak pergi, dia paksa adik aku kahwin dengan budak tue juga, orang sekampung tapi kerja di Shah Alam, keje kat pusat zakat selangor IT department, graduate juga
bukan main meriah, padahal kenduri rumah perempuan tapi kat rumah aku pun dah ramai orang, hemmm anak bongsulah katakan...baru bertunang, kalau kenduri kawin esok tak tau lah tumbang 3,4 ekor lembut kot.




Btw, budak pempuan tue kira ok, sedap mata memandang, putih dan kecik molek orangnya, tak lah seperti yang adik aku katakan tempohari, hemm padanlah dengan cek tu dik oiii..nak yang macamana lagi...




tak ada gambar aku nak letak sini...tangkap guna hp jer, kelabu lak tue, oklah ini jer gambar yang ada.




Tuesday, June 9, 2009

Trip ke Lumut Perak

Malas nak taip sebab tak ada mood mengenangkan tertinggal satu beg pakaian kat hotel hu..hu...korang bacalah kat www.mydodoi.wordpress.com