Monday, June 29, 2009

Buah cempedak menjadi nangka

Tajuk tak ada kena mengena dengan entry, bagi aku yang berlalu biarlah berlalu, tak usah diingat tak usah dikenang, life must be go on....hari minggu agak sibuk skit, hari sabtu pulak sekolah ganti, so 2 hari berturut2 rumah aku tak putus orang datang, petang jumaat adik ipar aku dari shah alam datang bermalam disini, naik komuter malam pukul 8 baru sampai, aku terus jamu dia orang nasi, berselera makan, aku masak gulai nanas ikan masin, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur, agaknya letih naik public transport kot. Perut jadi lapar.

Ahad pulak pagi2 lagi kenalan mertua aku datang bersama anak menantu, tak serve apapun cuma goreng keropok jer, awal2 lagi plan nak masak ingat ke dia orang nak makan tengahari sini rupanya tak, petang pulak sepupu mak mertua aku lak datang, ramai 2 buah kereta, penuh satu umah, sampai maid mertua aku cakap......., apa sekarang hari lebaran ke kak? ramai tetamu berkunjung....he..he... aku cuma serve goreng pisang yang aku buat sendiri habisss...sampai tuan rumah tak sempat makan, tapi biarlah, orang kata kalau tetamu datang rumah bawa rezeki.

so aku letih...tambah pulak sekarang aku ada ambik satu produk kecantikan, tak taulah sebab kesan sampinga dari supplemen yang aku ambik atau apa, rasa letih, lenguh2, perut cepat lapar hairan betul, agaknya sedang bertindakbalas kot, harap2 berkesan lah rm120 duit aku terbang untuk beli supplemen tue...ntah leh tahan sampai sebulan atau tak entah lah tapi untuk 3,4 hari aku dah dapat rasa perubahan nya.......

1 comment:

ainur said...

salam kak,
cantik blog ni. salam perkenalan.