Wednesday, July 1, 2009

Hidup umpama roda

Semalam lepas maghrib, aku bersama mak mertua serta my hubby pegi ampang park, coz my MIL nak cari baju raya, my hubby tunggu dalam keta, aku tanya my mil ' ma nak yang mahal atau yang murah, my mil cakap tak mau yang murah atau yang terlampau mahal....so aku bawa kat satu butik.. dan oleh kerana my MIL suruh aku pilihkan, aku pilihkan satu baju kurung pesak gantung dengan harga rm160 setelah dapat diskaun 20% he..he...cantik baju tue aku kata kat dia..sekali sekala ubah fesyen pulak..tapi dia lah bayar aku cuma hadiahkan dia tudung bawal yang manik matahari tue, orang kata yang ni yang terbaru di pasaran.Tapi sebenarnya ada trajedi yang buat aku amat2 terkilan dan frust sebelum tue......sebelum ke ampang park tue...

Baju chiffon yang aku beli dan belum sekalipun aku pakai telah rosak, terbakar kena iron, sedih dan lebih ironis lagi aku siap beli tudung untuk macth kan dengan baju tue memang sedondon habis lah....rasa sedih dan terkilan tapi bila fikir balik, mungkin itu satu peringatan yang tuhan beri pada aku...mungkin selama ni aku alpa dan lalai atas nikmat yang tuhan dah berikan pada aku...
Yerlah...bila difikir2 hidup sekarang jauh lebih senang berbanding dulu, rezeki murah, gaji jauh lebih mencukupi berbanding dulu, dapat saving duit tiap2 bulan, tuhan dah beri peringatan supaya aku beringat2 dan tidak lalai, berkongsi rezeki dengan orang lain...tapi untuk berada di tahap ini bukan sekelip mata, dulu2 baru kerja memang susah, walaupun banyak impian dan angan2 nak itu nak ini..tapi tak semua boleh dapat, kena dahulukan yang mana lebih penting, kena korbankan keinginan diri dengan dahulukan keperluan...tapi bila dah makin lama bekerja gaji makin naik, lulus PTK dapat naik greg ke DG32, alhamdulilah, duit bukan jadi masalah lagi, cuma kena perlu beringat untuk simpanan masa tua, insyallah tahun depan akan naik ke gred DG41 pulak, semua rezeki ini untuk anak2. syukur alhamdulilah, terlalu banyak yang tuhan beri, tapi terlalu sedikit aku membalasnya.

p/s btw hari ni beli nasi lemak belanja kawan2 makan....balik sekolah beli bermacam2 kuih muih untuk in laws aku...bak kata adik aku rezeki harus dikongsi dengan orang lain. supaya duit lebih berkat.

3 comments:

Wanie said...

betul kak, hidup umpama roda, ada masa diatas ada masa dibawah. Tak semua yang kita impikan jadi kenyataan.

atie said...

saynagnya baju mahal kena iron lah pulak....takpe.Beli lain jelah kak...Beli aje warna yang sedondon dengan tudung baru.....hihi

Ain said...

sedihnya baju baru terkena iron... orang kata kalau memang bukan rezeki kita, makanan yang dah nak masuk ke mulut pun leh jatuh lagi.