Sunday, August 16, 2009

Jalan2 cari makan..



Start dari pagi aku tak masak, sarapan maupun lunch ha..ha.. anak2 dan suami makan biskut kering cicah air jer, aku cakap pada anak2 ini pra-puasa kena latih perut dari sekarang, sehari suntuk aku mengemas rumah, buka almari tapis baju mana yang patut dilupus, di buang atau disedekahkan pada orang, almari dah overload, ada baju yang masih cantik dan baru tapi sebab tuan dia dah gemuk tak boleh pakai, simpan untuk alia lah.., yang mana out of dated atau kain zaman tok kaduk tue aku masukkan dalam plastik hitam untuk di buang, kerahan tenaga juga untuk anak2 aku, suruh kemas bilik dia orang yang dah macam reban ayam tue..sejak alia sibuk dengan upsr bilik dia orang ya rabbi..macam tongkang pecah...nak tak nak dia orang kena buat juga he..he.., yerlah nak keluar berjalan takut dengan h1n1 so duduk umah jer,
tapi petang dah lapar nasi, tak leh tahan..suruh anak2 mandi bersiap kita keluar gi makan.....tapi semua kena pakai mask..
kita orang pusing2 punya jauh nak cari tempat makan ..sehingga sampai ke sg merab bandar baru bangi..boleh tahan jugak makanan kat situ, hemmm tak disangka2 aku terjumpa kembali keta kelisa hello kitty...ambik kesempatan bergambar kat keta comel tue..hemmm oleh kerana izzmi yang bergambar dengan keta tue so gambarnya aku publish kat blog izzmi lah yer....www.mydodoi.wordpress.com

btw risau juga ni..alissa dan izzmi tak sihat, tambah risau bila anak jiran aku positif influenza A. Kejap lagi nak bawa izzmi pergi cek doktor.

No comments: