Tuesday, August 25, 2009

Aku stress ke????

Tanda-tanda stress
Dapat email ni dari adik aku zairol...macam tau jer aku stress he..he..
Anda Menghadapi Masalah STRESS ?

Apakah Tanda-Tandanya. .?

...




Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur.....


memang aku memang malas nak bangun pagi, benci bila ingat kena pergi sekolah, yang buat aku bersemangat nak bangun bila teringat kebun aku (farmville) kat facebook yang perlu aku harvest he..he..

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..

Yang ini tanda stress ke, aku pikir aku ada darah tinggi kerana tengkuk aku selalu sakit

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..
hem mungkin betul, mungkin takk....


Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. .


hemmm...selalu gak .





Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah. .

yang ni memang betul, sejak dok KL berat badan makin meningkat, naik bukan sebab senang hati tapi susah hati sokmo


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..
Memang aku selalu letih dan tak ada mood, hingga nak buat apa kerja pun malas



Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..

Fikiran aku selalu sempit....tak boleh berfikir dengan waras lagi, selalu putus asa dan tak bersemangat.


Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. .
Mudah kecik hati dan mudah terasa..hati aku kecik mudah terusik dan tersentuh


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda..

Yang ni tak..jarang jumpa boss, kalau jumpa dia pun menyimpang ke tempat lain

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..
Hemmm aku memang kuat berpeluh, sampai anak aku kata mama tak cantik muka berminyak2 selalu bila dekat2 nak balik keje

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..

Betulll...aku selalu merasa penat, kalau boleh nak baring jer


Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..
Yang ni...kadang2 jer..

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... ........... .....

Selalu rasa macam nak demam dan mengantuk..

Keempatbelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA..
KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT...
SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..

yang ni tak ada lah pulak, ni stress tahap kronik kot...


Jadi kesimpulannya aku memang stress, stress tinggal diibu kota ni...dengan kos hidup yang tinggi, environment yang tak menyenangkan..banyak kenangan2 manis yang aku tinggalkan di sana especially bersama kawan2 lama aku yang sanggup bersama dimasa susah maupun masa senang...
hidup tak selalunya indah.

2 comments:

De' Sal said...

Sabar ler...kak,walau dicampak kemana pun kita,hidup mesti diteruskan jugak,biasalahkan...hidup diibu kota ni,hadapilah dengan sabar.

atie said...

Memang stress giler, hahaha...tie laaaa...Akak, macam dah suka facebook lak. tie tak reti langsung kak, ramai dah nak joint tapi takde lak akak punya.