Saturday, January 3, 2009

Ya Allah kenapalah macam ni....

Kenapalah aku jadi malas sangat, aku dah mula rasa susah hati fikir esok dah mula nak sekolah, Tambah pulak ingat esok kena ngadap mak bapak budak, kutip2 duit, aku ingat tak payah pegang duit apa2 dah, upernya kutip lagi..eiii tak suka betoii...

Puas jugak aku cuba optimis kan diri, berfikiran positif, cuba memupuk resolusi baru bertekad untuk ajar budak2 kelas 1E tue betul2 bagi dia orang pandai menulis dan membaca, tahun ni cabaran bagi aku sebab mengajar Bm kelas 1E, budak2 kia2m yang bukan saja tak pandai membaca dan menulis bahkan berlatarbelakang keluarga yang pelbagai, dan ada juga yang bermasalah datang dari..keluarga broken mariage, anak tak sah taraf dll lagi lah...aduhlah!!! aku sebenarnya tak mau hipokrit, memang kalau boleh aku pun tak nak ajar budak2 ni, tapi dah amanah ni diberikan pada aku...akan aku galas dan akan aku cuba meredhakan diri...hu..hu..huu.

Satu lagi, my friend of mine, bagitau visa calling untuk bibik aku dah sampai, tengok gambar bibik tue aku macam berkenan dah, pakai tudung, taklah muda sangat, aku rasa macam nak ambik bibik tu untuk aku, supaya kerja2 rumah aku dapat dibereskan, tambahan pula aku bukan suka mengemas sangat, at least ada orang tolong kemas, dan sambil2 tengok izzmi, tapiii uwaaaa...atas nasihat kawan aku, aku terpaksa lepaskan maid itu untuk mertua aku, kerana dia orang lebih memerlukan..walaupun maid itu di bawah nama aku, dan berdasarkan slip gaji aku, tak pa lah....aku tak mau dah fikir pasal maid ni nanti aku akan rasa ralat dan terkilan. Biarlah kali ni aku berkorban dan cuba berlapang dada, nanti bila2 waktu yang memerlukan aku untuk pakai maid ni, aku akan cari bibik lain, harap2 dapat yang lebih baik pada tue....

No comments: