Wednesday, September 30, 2009

Today is wednesday

he..he.. aku tak tau nak update apa...ni pun sebab zawiyah sound .."semalam tengok blog korang apasal tak update??? aku cakap...malas!!! tak tau nak update apa, semetelah sekarang ni gila facebook, blog sudah dipinggirkan, blog kawan2 pun lama dah tak ziarah, tapi sekali sekala ada jugak singgah nak tau perkembangan terkini kawan2, cuma jadi silent readers lah,

sekarang ni..hari2 yang dilalui tiada beza dengan yang lalu, kalau adapun sedikit lega kerana aku dah berjaya menamatkan pengajian di universiti, insyallah akan konvo pada pertengahan november nanti, alia pun telah selamat menduduki peperiksaan UPSR, cuma aku tetap teruskan berdoa supaya dia mendapat keputusan yang cemerlang. tapi yang pastinya sekarang penyakit 'M' aku menjadi2, bukan tak ada kerja, adaaa....tapi malas tue selalulah pulak datang menjenguk aku setiap hari.

Syawal pun semakin beransur, ada jugak plan nak buat open house, tapi mungkin tak sebesar tahun lepas, tahun ni buat kecil2 jer kot sekadar jemput kawan2 rapat dan jiran2 terdekat,menu masih belum ada mee kari? nasi lemak? nasi dagang? tak tau lagi. Adik aku pulak sibuk nak suruh aku masak untuk dia buat open ceremony untuk rumah baru yang baru dibelinya, untung cik lin (tunang dia) kahwin dengan adik aku, semua dah complete.

Btw..aku tengah dok pikir nak buat rawatan gigi, gigi aku yang depan ni tunggu masa jer nak tanggal, kalau aku pergi dentist dah tentu aku kena buat semua, so macamana nak mengajar budak2, takkan nak pakai topeng kot.....ni pun masalah jugak, muda lagi gigi dah tanggal..tapi bak kata mertua aku, dia dulu muda jugak dah pakai gigi palsu, bila tua dah tak ada masalah sakit gigi apa semua, tak macam bapak mertua aku, gigi tahan sampai tua, tapi selalu sakit2 gigi bersilih ganti..he..he...itu kata orang yang gigi tak cantik macam gigi aku ni..

oklah, untuk sal, tukang jahit langsir aku tue...nanti akak dah siap pasang akak publish gambar kat sini, 2 malam yang lepas suami akak, dengan berkobar2nya cuba untuk pasal rel, nak jadikan rel langsir tue kembar tiga, yang ada sekarang 2 jer....hemmm..tapi tak menjadi, semalam terpaksa gak dia panggil indon tolong buatkan....malam ni aku nak gantung langsir baru kalau tak penat...OK itu kisah hari rabu aku...hua...hua...hua

1 comment:

win said...

bukan akak je,saya pon makin hari makin M ni...huhuhu