Thursday, November 27, 2008

Life is made of memories - Don't let Alzheimers take yours







Guys! You all pernah dengar tak pasal penyakit Alzheimers..(sedap nama ni..)!! Oleh kerana sekarang hidup aku hampir dengan orang yang menghidap alzheimer ni..aku rasa macam nak story sikit pasal ni..istilah perubatan ia dipanggil alzheimers , tapi kalau orang melayu kita..sebut 'nyanyuk' tak sedaplah kalau sebut nyanyuk macam kasar jer kan....kita sebut alzheimer jer lah, dulu, aku pun tak tau tentang penyakit ni, tapi lately media banyak memainkan peranan dalam meng 'highlight' tentang sakit ni..secara kebetulan pula bapa mertua aku sedang mengalami simpton ni..aku pun cubalah dapatkan dan dan surf kat internet untuk dapatkan lebih banyak informasi tentang penyakit ni...

Apa itu Penyakit Alzheimer
Alzheimer merupakan sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku keatas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Penyakit ini adalah sejenis penyakit dimana seseorang itu gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. Penyakit ini bukan sejenis penyakit "nyanyok" tetapi ia tergolong dalam penyakit nyanyok (dementia). Antara ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah:-

pertuturan menjadi lemah
kewarasan kurang baik
ingatan bertambah teruk
perubahan personaliti

tingkah laku
pertimbangan



Tanda-tanda Alzheimer
Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit adalah:-

Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.


Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.


Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.


Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.



Pesakit Yang Berisiko Mendapat Alzheimer


Antara pesakit yang berisiko mendapat penyakit Alzheimer ialah:-

Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis
Orang yang kurang melakukan senaman
Paras kolesterol dalam badan yang tinggi
Faktor keturunan




Memang sedih, kalau dulu aku tengok dia tak pernah alpa atau lalai menjaga solat, tapi sekarang dia tak mampu pun untuk mengingati jumlah rakaat solat, dia tak mampu nak pergi sendiri ke bilik air, terlupa nak membersihkan diri selepas buang air pun, kadang2 tak sempat ke bilik air, kalau tengok pada wajah tua dia, macam ada perkara yang tak kesampaian, raut wajahnya rusuh, tak bersih macam dulu lagi..entahlah hanya keluarga dia yang tahu apa yang ayahnya inginkan..tapi dah terlambat untuk dipenuhi..
aku pun kasihan..tapi ada masanya aku merungut juga..kesian kat my hubby..aku selalu desak dia macam2..tapi!!!!!..tengok masih ada tapi lagi..memang lah iman aku belum cukup kuat untuk bersabar..iman masih setipis kulit bawang..

2 comments:

atie said...

Akak ada tag untuk akak ye..buat tau

Anonymous said...

hai,mesti tak senang duduk berkursus teringat kat blog he..he.