Tuesday, December 23, 2008

Tirai 2008 semakin berlabuh


Tirai 2008 pun akan berlabuh, yang bestnya awal muharam berselang hari saja dengan tahun baru, lebih afdal lagi kalau kita sebagai islam sambut awal muharam kan,
Tahun 2009, tahun ke 3 aku pindah ke KL. Hemm..kalau ditanya best tak duduk di KL aku tak ada jawapan untuk itu, tak ada istilah best atau seronoknya di sini, kalau ada pun hanya berada disamping suami dan anak2, aku tak ada kawan rapat disini, adalah yang agak rapat..tapi hanya dalam part tertentu, dia memang baiklah, tapi kerana ada sedikit perbezaan status yang membataskannya, yerlah ada part yang kita rasa boleh kongsi, ada part2 yang tak boleh kongsi akibat perbezaan status ni..tapi setakat ni kalau aku susah atau rasa nak mengadu apa2, cerita kat dia jer lah. Aku rindu betul pada kawan2 lama, yang bersama2 aku masa susah dulu, sayangnya bila dah senang tak dapat bersama...rindu lah...

Satu lagi, sejak duduk Kl, dan bila setiapkali aku keluar dari KL samada balik kampong atau bercuti, perbezaan yang aku dapat rasa ..adalah dari segi udara, setiap kali balik kg bila lalu highway karak tue rasa nyamannya segarnya udara....begitu juga baru2 ni masa on the way ke penang, singgah kat perak untuk isi minyak, sebaik saja aku keluar kereta..., terasa udara segar menyapa wajah, rasa best sangat, kat Kl walaupun waktu pagi, mendung, atau selepas hujan..udaranya tak segar dan nyaman pun, agaknya dah bercampur asap kereta, naik sempit lubang hidung aku..itu yang sejak duduk Kl aku jadi macam tak bersemangat, badan pun gemuk berisi, sebab rasa selalu letih, nak bersenam pun malas.., banyak toksid dalam badan kot....selalu terkenang rumah aku kat bentong, dikelilingi bukit yang menghijau...bilalah dapat duduk sana lagi.

4 comments:

HeZUiN said...

berkongsi cerita dan masalah memang seronok,tapi perlu hati2..:)terutamanya kalau di sekolah

atie said...

Tahun baru sudah menjelma, lepas ni sibuk la nampaknya kak, mai la datang bentong kak.. kita borak2 eek

Anonymous said...

Hati-hati..kata2 boleh menyinggung perasaan orang walaupun kita rasa perasaan orang peduli apa...so cakap siang pandang2..

Anonymous said...

win..
setakat ni memang akak berhati2 pun..masih belum percaya 100%



Tie.
Memang hajat hati nak pergi sana, tapi entah bila


Yati samat,
apasal ko tak letak nama ko ni..selalu komen anonymous..