Tuesday, July 14, 2009

Lemak2 tepu yang degil

Aku selalu rasa lemah, malas bangun pagi, malas nak kerja, serba serbi malas...selalu terfikir kenapa yer.., aku tak ceria, tak cergas, tak happy, agaknya banyak lemak tepu kat badan aku kot, yerlah dulu berat aku 49 - 50 kg, sejak lepas bersalin izzmi naik 60kg. Gemuk giler aku ni, melampau2, lemak2 dan selulit sana sini mujur aku tinggi jer, tak nampak gemuk, kalau rendah rendang semacam jer..
so cuba cari alternatif terapi minda supaya yang negatif2 tue dapat aku buang dah 2 hari berturut aku beriadah bersama anak2 di padang, main bola, berjalan cepat,berpeluh sikit, buat permulaan ni, malam2 melepek penat, agaknya sistem badan terkejut tiba2 jer ada kerahan...aku berazam untuk amalkan aktiviti ni setiap petang at least dapat keluar peluh jadilah walaupun tak kurus, padahal keinginan nak kurus tue meluap2..

dalam pada tue aku rasa macam nak tukar profesion tak nak jadi cikgu lagi, jadi pereka grafik ke.., aku cenderung ke arah tue, reka grafik, edit2 gambar, satu kepuasan bagi aku jika dapat menghasilkan imej yang menarik hasil dari kreativiti, aku boleh habiskan masa berjam2 untuk edit gambar walaupun ada kerja lain yang lebih penting menanti aku..he..he...

4 comments:

nuratie said...

rasa malas2 dan lemah,,apa kate try produk yang saya display kat blog tu.

sumijelly said...

hahaha...tul..tul..
rasnaya sekarang ramai dah yg jadi pereka grafik..
sbb memasing dh pandai berblog2, mereka2 theme dan memperagakan blog..
sumi pun mcm tu...mengadap pc berjam2 boleh..
bila part buat kerja opis..cam maaaaallllas jer.....
hahahaha

kaklela said...

wan.

mahal tak?kalau mahal kena pikir banyak kali.

kaklela said...

hai sumi,tq datang blog akak,cam sama jer kita..suka ngadap pc