Saturday, January 2, 2010

Thinking about you..

Dah 3 malam alia pergi..., dan 3 malam berturut2 juga aku terasa mataku bergenang bila teringatkan dia, waktu2 malam2 begini lah aku selalu teringatkan dia, hati ibu mana yang tak sedih kerana berpisah dengan anak, walaupun dia pergi semata2 untuk menuntut ilmu saja.Selama 12 tahun, dia ada depan mata, boleh lihat pandang, tegur, pantau setiap hari..kadang2 aku rasa macam aku terlalu awal melepaskan dia untuk hidup berdikari, sekurang2nya tunggu umur 16 tahun...rasa ralat juga kerana terasa terlalu sedikit ilmu yang aku bekalkan untuk dia...., banyak lagi yang aku perlu curahkan untuk dia..

dan akan bermulalah episod baru dalam hidup aku dan dia selepas ini, selama 365 hari, mungkin dia akan bersama aku 60 hari saja, yang selebihnya dia akan bersama kawan2, guru2nya.....akan berkuranglah masa nya bersama aku...untuk tempoh yang lama, 10 tahun, 20 tahun mungkin...,alia, mama memang jarang pamirkan kasih sayang mama pada alia, tapi dalam hati mama sangat2 sayang pada anak2 mama, mama dah cuba yang terbaik, mama tau..apa tersirat di hati alia selama ni, mama tau..memang alia nak sangat duduk asrama kan..., mama pun tak boleh halang, walaupun mama tahu mama akan kehilangan alia, alia tidak akan selalu berada disisi mama lagi..sebagai seorang ibu mama doakan apa saja yang terbaik untuk alia. Semuga alia sukses disana..dan bertambah matang dan berdikari

3 comments:

atie said...

Kuatkan semangat kak, tak jauh sri bentong tu.....rasa rindu jer boleh pergi melawat kak, akak dah lakukan yang terbaik untuk alia...

Ain said...

alia dah masuk asrama ya kak....

takpe la kak, demi masa depan dia, akak relakan jer...

moga alia sukses dan sentiasa ingat pengorbanan mama dan abah...

diyanaalia said...

alia yang nak duduk asrama tu dulu..not now...alia sebenarnya x suka dduk asrama..semua kawan2 sombong dan menyampah kat alia..