Monday, February 4, 2013

Antara SBP dan MRSM

Semalam keputusan kemasukan ke MRSM untuk tingkatan satu dah boleh di semak, huu..huu aku gatal2 tangan cek untuk alissa, seperti yg aku duga jawapan yg aku terima maaf ..bla..bla...bla... memang dah sedia maklum pun kalau dah dapat SBP tak kan dapat tawaran ke MRSM lagi..
    Ingat lagi dulu, apabila alissa dapat tawaran ke SM Sains Selangor, aku tak tahu nak accept ke tak.., then dapat lagi tawaran ke Sek Men Aminuddin Baki, lagi lah dalam dilema, kalau terima SBP kena duduk asrama, then takkan dapat tawaran dari MRSM lagi.., puas juga tanya pendapat kawan2, search kat internet cari info tentang kedua2 ni SBP dan MRSM....gogel sana, gogel sini..
terjumpa satu rangking yg aku ambik dari blog  http://penaberkala.blogspot.com/2012/12/ranking-mrsm-dan-sbp-pmr-2012.html (terima kasih banyak2 pd tuan punya blog, maaf saya andai tidak meminta izin terlebih dahulu:
kat sini aku copy paste sikit apa yg aku ambil dari blog tersebut:

TOP 10 PMR 2012 MALAYSIA (SBP/MRSM)


1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7.SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0375))
8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9. Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak (GPS 1.0405)
10.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)

Kalau tengok rangking kat situ ranking top ten di monopoli oleh SBP hanya terselit satu MRSM ke tempat no 9...
bak kata kak ma (kawan baik aku) selalunya kerajaan akan pilih dahulu pelajar2 yg terbaik untuk masuk SBP then baru Mara pilih, that why result pelajar2 SBP lebih ok pada Mara.
 Apa pun kini alissa telah selamat menjadi salah seorang pelajar Sekolah Sains Selangor, muga dia akan jadi murid yg cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya.., semua atas diri sendiri, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, kalau sekolah bagus belajar malas,perangai dan akhlak out pun tak guna juga. Benih yang baik di campak mana pun akan menjadi pulau.


Ini alissa masa hari pendaftaran, happy jer. Sekarang pun happy syukur alhamdulilah dengan cepat dia dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya hidup asrama. Mama pun happy tengok anak mama gembira.

3 comments:

sweetie said...

Tahniah! Tapi sesetengah orang cakap, pelajar perempuan menghadapi persaingan lebih hebat berbanding dari pelajar lelaki sebab pelajar perempuan pandai-pandai... dari zaman sekolah sampailah di universiti.

nurafzan7779 said...

Masa apply tu, kita boleh pilih ke sbp mana yg kita nak?

Anonymous said...

Pilih 3 sbp. Kalau mrsm, pilih 5.