Tuesday, December 30, 2008

Aku anak felda

Bangga jugak aku walau lahir sebagai anak felda, tapi sebenarnya aku lahir kat kedah, tapi masa aku umur 7 bulan, parents aku dapat masuk tanah rancangan, so tinggallah negeri jelapang padi, kami menetap di felda sampai sekarang, tapi yang bestnya area felda aku tue dikelilingi oleh orang utara, so loghat utara masih menebal kat situ.., rumah kat situ pun dah cantik2..besar2, tak macam mula2 dulu rumah papan 2 bilik jer, keputusan yang ayah aku buat untuk berhijrah adalah keputusan yang paling tepat, dengan masuk rancanganlah, ayah dapat menyekolahkan kami adik beradik hingga ke menara gading, kalau kat kg dulu, tak tau lah nasib macamana, Jom kita tengok apa yang ada kat kg aku..


inilah mahligai ayah aku he..he.. walaupun tak cantik, kira macam banglo gaklah, rumah sebuah2, keta atos aku tue pun enterframe jugak, masuk dalam gambar.., rumah aku dikelilingi oleh pokok2 buah, rambutan, manggis, cempedak, sukun dan pokok kelapa..he..he..sekarang ni rambutan baru nak menguning, manggis dah berputik, buah cempedak tak menjadi, sukun pulak memanjang jer ada, biasa mak aku goreng buat kerepek.


Buah rambutan gading baru nak menguning.



Intai2 buah manggis pun tak masak lagi..



Buah ni kalau nak makan kena cuci dan peram dulu.




Korang kenal tak buah apa ni??? Mak aku suka buat kerepek, tapi kalau goreng pun sodapp.., buat minum petang bertemankan teh panas, semalam aku goreng untuk mak mertua aku..banyak gak dia makan.

Mak aku pulak, dari aku kecik2 lagi, sebaik saja dia dah pencen mengajar sekolah agama rakyat, dia banyak habiskan masa mengajar mengaji anak2 dan cucu2 jiran, ramai jugak anak murid dia, pernah mengjangkau 30 orang, mak aku tak ambik duit pun, cukup sebagai saham untuk akhirat katanya...selain pada tue mak aku rajin sangat..pergi berzanji atau marhaban untuk majlis cukur jambul, majlis khatam quran, atau umah orang kawin, aktif sangat mak aku ni..ada masa dia akan mengajar tajwid untuk orang2 tua kat felda tue..sekarang dia dah pandai bawak skuter untuk pergi memenuhi undangan untuk berzanji, marhaban dan baca yassin..


Ni sebahagian daripada budak2 yang datang mengaji kat rumah, anak2 aku pun kalau balik kampung dia orang akan di paksa mengaji dengan mak aku, garang mak aku ni rotan punyalah panjang, dia libas jer sapa2 yang degil. Tapi setakat ni tak adaa lagi jiran2 yang datang serang mak aku sebab rotan anak dia. Yang aku pernah dengar cerita..budak2 yang kena hambat dengan rotan oleh ayah dia suruh datang mengaji adalah he..he..tue yang best duduk kampung kan...orang zaman sekarang ni jer kalau rotan anak dia sikit sibuk nak repot polis..

Selama 4 hari juga aku dok kampung, penat sikitlah, sebab kena buat semua kerja, izzmi pulak asyik meragam rindu nak balik KL kot..tapi tak pa lah, bila lagi nak tolong orang tua kan...

4 comments:

atie said...

Best duk kat felda kak...meriah. Tie rindu kat kg sendiri...huhu

Anonymous said...

tie

Memang seronok dok kg tie, tak pa tie masih ada kg lagi, kg wan kat kelantan he..he.

Calipso said...

Memang indah dan nyaman duduk kampung... kami di KL ni tak tengok pun pokok-pokok buah tu, tak penah jumpa pun...

tak ada orang pegi memburu ayam hutan lagi ke sekarang ni? ada yang jual ke?

salam untuk warga felda...

Anonymous said...

Calipso.

Ada masa jugak yer jengok sini, memang ada lagi ayam hutan kat area felda tue, maklumlah dikelilingi hutan,burung wak-wak pun ada jugak, biasanya orang buru untuk makan sendiri jer..tau ke burung tue?? Yang kepala putih, badan hitam tue, jangan tertukar dengan tenuk sudah lah he..he..