Tuesday, December 30, 2008

Nak cite pasal meeting jugak

Semetelah 2 orang kawan aku cite pasai meeting, aku pun nak cerita jugak, lama betul meeting semalam, tak pernah lagi sepanjang dalam profesion aku sebagai guru, meeting sebegitu lama, naik berasap ponggong duduk kat kerusi..tapi aku heran aku tak jelas sangat agenda meeting tue, balik2 benda yang sama..yang selalu diulang 5,6 kali, bagi buku perancangan yang bak kata win copy n paste tue.., tapi mujur alhamdulilah aku dapat juga jadi guru kelas 1A, mungkin aku akan ajar juga 1E, BM, tapi tak pa lah, kalau semua cikgu tak nak ajar kelas last, siapa lagi nak ajar, kesian pulak kat budak2 tue,

Kali ni jawatan aku masih lagi kekal penyelaras Kia2m, su panitia BM, ditambah lagi satu penyelaras RMT, ada lagi 2,3 sebagai AJK, tak kisah lah tue, jawatan tue tetap dan berpencen lah kot selagi aku tak tukar sekolah...

Tahun 2009, beban guru kelas terutama cikgu tahun satu dah berkurang, tak payah kutip yuran lagi (dimansuhkan) tak payah nak kutip duit untuk peralatan sekolah budak2, semua mak bapak pergi beli sendiri untuk anak2. Lega sikit aku, kalau tak, nak uruskan tali leher, baju sukan,ntah apa2 lagi lah, yang membanyakkan kerja.Jumaat orientasi tahun satu, cikgu cuma kutip duit insuran takaful rm1.50 jer, yang lain cuma semak dokumen2 murid.
Suka aku...!!!!

No comments: